Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 24 Jun 2011

@w@k L@gi!? - b@b 5

BAB 5
                RIUH rendah dari yang datang dari arah cafeteria, tidak membantutkan perbualan di antara dua orang gadis ini. Perbualan hangat yang dinimcangkan oleh mereka adalah berkisarkan tentang pensyarah mereka iaitu Prof. Adam Hakim.
                “Betul tak apa yang aku cakap kat kau tempoh hari?” ucap Nur Areesa Ayuni memulakan bicara.
                Iman Nur Anis buat mimik muka keliru.
                “Betulkan!?” tambah Nur Areesa Ayuni lagi cuba menyakunkan temannya itu.
                “Apa yang betulnya?” tanya Iman Nur Anis terpingga-pingga. Yelah salam tidak apa tidak tetibe je tanya gitu. Betul tak? Hehehe…
                “Isyk… kau ni buat-buat tanyalah pulak. Kau sajakan Anis. Padahal tahu aku cakap pasal apa kan?” ujar Nur Areesa Ayuni
                “Ape bendanya? Ingat aku ahli nujum ke? Boleh tahu apa yang kau tengah fikir? Merepek betul kau ni Ari,” ujar Iman Nur Anis lantas ketawa kecil.
                “Ala… pasal Prof. Adamlah, siapa lagi?” ujar Nur Areesa Ayuni buat muka bosan.
                Iman Nur Anis tersentak. Lantas berpaling ke arah temannya itu.
                “Aa..Apanye?” soalnya Iman Nur Anis.
                Nur Areesa Ayuni pulak ketawa apabila melihat mimik muka terkejut. Lawak gile. Hehehe…
                “Takyah lah buat muka terkejut beruk macam tu Anis. Sakit perut aku ni tahu tak,” ujar Nur Areesa Ayuni masih lagi dengan sisa ketawanya. Entah apa yang lucu sangat agaknya.
                Iman Nur Anis yang terasa geram dengan lagak Nur Areesa Ayuni itu, lantas mencubit lengan temannya itu.
                “Ah!!!” jerit Nur Areesa Ayuni.
                Terkejut Iman Nur Anis dengan jeritan temannya itu. Orang yang lalu lalang berdekatan meja mereka itu lantas berpaling ke arah mereka. Tertanya-tanya apa yang dah berlaku.
                Iman Nur Anis Nampak kalut lalu mengosok lengan temannya itu.
                “Kuat sangat ke aku cubit?” soalnya kepada Nur Areesa Ayuni.
                Nur Areesa Ayuni buat muka merajuk. Memuncung mulutnya.
                “Mahu tak kuat. Sakit tahu tak. Alamatnya lembamlah lengan aku ni. Aku mengadu kat prof. nanti. Tengok la…” ujar Nur Areesa Ayuni masih lagi sempat mengusik temannya itu.
                Membulat mata Iman Nur Anis yang sedia bulat tu.
                “Kenapa pulak kau nak pergi mengadu kat prof pulak? Tak faham aku dengan kau ni…” ujar Iman Nur Anis
                “Eh! Takkan cemburu kot? Aku baru cakap nak mengad…” belum pun sempat dia menghabiskan ayat, Iman Nur Anis terus potong.
                “Ah!! Tak payah teruskan. Merepek je kerjanya. Cakap bende tak betul. Takde maknenya nak cemburu-cemburu. Aku ni sapa dengan prof? Takde hubungan istimewa pun,” potong Iman Nur Anis.
                “Aik! Marah nampak. Kalau kau takde rasa apa-apa kat prof, kenapa nampak kalut semacam je aku tengok?” ujar Nur Areesa Ayuni masih mahu mengusik.
                ‘Ye ke aku nampak kalut?’ bisik hatinya.
                “Mana ade? Aku biasa-biasa je. Kau saje je nak sakat aku kan,” ujar Iman Nur Anis masih lagi mahu berselindung. Padahal dalam hati ada cecambah. Hehehe… Yelah baru nak berputiklah katakan.
                “Sepandai-pandai kau nak sembunyi perasaan tu macam mana pun, aku dapat tangkap jugak,” ujar Nur Areesa Ayuni ketawa kecil. Apa punya ayatlah tunggang terbalik. Siap campur dengan peribahasa segala.
                Iman Nur Anis buat muka bosan.
                “Ari kau tak habis-habis lagi ke nak match-matchkan aku dengan prof tu? Aku dah naik bosanlah nak fakta-fakta kau. Siap dengan peribahasa entah apa-apa. Punah bahasa kau buat. Hai… Ari..Ari..” bebel Iman Nur Anis.
                Nur Areesa Ayuni hanya mencebik dengan kata-kata temannya itu.
                “Eleh! Padahal suka,” ujar Nur Areesa Ayuni perlahan.
                “Apa kau cakap? Kurang jelaslah,” ujar Iman Nur Anis lalu menyua-yuakan telinga di sebalik tudungnya itu kepada Nur Areesa Ayuni.
                Nur Areesa Ayuni apalagi, ditarik telinga temannya itu. Balas dendam. Hehehe… tadi cubit aku kan. Huhuhu…
                “Auch!”
                “Apa ni Ari? Sakitlah,” ujar Iman Nur Anis lantas mengosok telinga yang berada di sebalik tudungnya itu.
                “Wek… padan muka,” ajek Nur Areesa Ayuni menjelirkan lidahnya kepada Iman Nur Anis.
                “Ceh! Macam budak-budak rebina je aku tengok. Langsung tak matang,” ujar Iman Nur Anis pula masih lagi mengosok telinganya.
                “Ikut suka akulah. Kau ni Anis, nak kata lembap dah sam…”
                “Oit! Sesedap mulut kata aku lembap,” potong Iman Nur Anis lantas tangannya ingin mencubit lengan gadis itu. Tapi kali ini Nur Areesa Ayuni bertindak pantas menjauhi temannya itu. Lantas dia ketawa. Hehehe…
                “Alah.. aku belum habis cakap lagi. Tulah cepat sangat potong,” ujar Nur Areesa Ayuni dengan sisa ketawanya lantas duduk di hujung meja di sebelah sana. Takut kena cubit lagi. Langkah berjaga-jaga. Hehehe…
                Iman Nur Anis buat muka tak puas hati. Nanti kau.
                “ Tadi aku nak cakap, kau ni Anis nak kata lembap dah masuk universiti. Nak kata cerdik tak faham-faham apa yang aku sampaikan. Jadi aku buat hipotesis kau ni Anis adalah gadis yang paling lurus aku pernah jumpa. Kau aje tak perasan,” ujar Nur Areesa Ayuni sambil tersengeh dengan kata-katanya sendiri.
                “Banyaklah kau punya hipotesis. Semakin kau buat kajian tentang aku dengan prof semakin kau jadi bertambah biul. Hah! Tu baru betul hipotesis daripada aku,” ujar Iman Nur Anis pula lantas ketawa kecil.
                “Ceh! Terkena aku. Biul kau kata kat aku. Takpelah…” balas Nur Areesa Ayuni buat muka sedih. Dia ni tahu je kelemahan temannya itu. Iman Nur Anis mana boleh tengok orang bersedih sebab dia. Tulah salah satu kelemahannya.
                Iman Nur Anis apa lagi bila dah nampak mendung di wajah temannya itu, lantas dia pergi ke arah Nur Areesa Ayuni. Nak pujuklah tu. Belum pun sempat Iman Nur Anis memujuk temannya itu pantas berkata.
                “Takyah lah nak pujuk aku. Aku tahulah aku ni..” belum pun sempat dia menghabiskan kata Iman Nur Anis pantas memotong.
                “Aik! Mana kau tahu aku nak pujuk. Perasan betul,” ujar Iman Nur Anis kelentong. Lantas dia duduk di atas kerusi di sebelah temannya itu. Eleh… action konon.
                Nur Areesa Ayuni memuncungkan mulutnya. Kalau ikat muncung tu, boleh buat tempat sangkut baju. Hehehe…
                “Anis, kau tak perasan ke atau buat-buat tak perasan? Aku ni rasa dah naik juling bila tengok prof dengan kau. Bila prof pandang kau, kau tak pandang dia. Bila kau pulak pandang prof, dia pulak tak pandang kau. Naik pening kepala aku ni tengok korang berdua,” ujar Nur Areesa Ayuni 
                “Ari kau ni… Isyk…Yang kau tengok kita orang tu pehal pulak. Dah takde keje lain ke kau nak buat Ari? Kerja part time yang takde gaji tu jugak kau nak buat. Tak dapat apa-apa keuntungan pun kau buat kerja tu. Lebih baik kau tumpukan perhatian pada sesi pelajaran dan pembelajaran prof tu kan senang. Takde lah nak pening-pening duk fikir pasal orang lain,” ujar Iman Nur Anis panjang lebar.
                “Alah Anis, kalau pasal kau mana aku tak ambil peduli. Kita kan dah berkawan. aku tahu suka duka kau. Aku tak naklah, masa senang aku dekat dengan kau. Tapi bila kau susah takkan aku nak ketepikan kau. Betul tak?” ujar Nur Areesa Ayuni penuh perasaan. Berkerut-kerut dahinya buat muka sedih. Nak dapat simpatilah katakan.
                “Kau ni Ari, buat aku rasa terharulah. Tak sangka aku ada teman yang begitu memahami. Sayang kau Ari,” ujar Iman Nur Anis lantas memeluk temannya itu.
                Tersentak Nur Areesa Ayuni.
                ‘Oit! Aku buat-buat je tadi tu. Masaklah kalau si Anis ni nangis,’ bisik Nur Areesa Ayuni kaget.
                Di saat itu Iman Nur Anis teringat kepada seseorang. Adam Aiman. Nama yang memberi satu kenangan tragis yang tak dapat dilupakan. Teringat peristiwa setahun yang lalu, hatinya mula sebak.
                “Aiman..” ucap Iman Nur Anis perlahan tapi nama itu jelas di pendengaran Nur Areesa Ayuni.
                “Kenapa Anis?” soal Nur Areesa Ayuni.
                “Emm… aku tetibe je teringat kat dia. Dia pergi setelah aku memberi ruang hati aku kepadanya. Aku rasa terkilan kerana tak sempat nak beritahu yang aku turut menyayanginya,” ujar Iman Nur Anis sebak. Ditahan supaya air mata tidak keluar. Matanya dah nak berkaca-kaca.
                Teringat peristiwa pada tahun lepas, gempar UITM Seri Iskandar apabila salah seorang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kereta dan motosikal. Pelajar yang menaili motosikal meninggal di tempat kejadian. Semasa jenazah diangkat ke dalam ambulans, di gengaman tangannya ada sebuah kotak kecil. Kalau tengok dari bentuk kecilnya mesti kita dapat mengagak ia sebentuk cincin atau barang berharga untuk diberikan pada sesorang kan. Huhuhu… sedihlah pulak.
                “Anis, sabrlah. Dia dah taka da. Tak usah dikenang orang yang dah tiada. Dia telah selamat. Apa yang boleh kita buat sekarang, Cuma kita doakan supaya dia di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin…” ujar Nur Areesa Ayuni memujuk. Aik! Terbaliklah pulak. Siapa yang pujuk siapa ni? Hehehe…
                “Eh! Kenapa menangis ni?” soal Aliff Fikri yang tiba-tiba muncul entah dari mana.
                 Tersentak kedua-dua gadis itu. Lantas disapu pipi dengan belakang tangan.
                “Apa kau ni main segah-sergah. Kalau ye pun bagilah salam dulu. Ni tak main redah je. Kalau kita orang ada penyakit jantung tadi macam mana. Dah lama jalan tahu,” ujar Nur Areesa Ayuni kepada kedua-dua orang temannya itu.
                Iman Nur Anis hanya tersenyum mendengar omelan temannya itu. Ari kalau dah mula membebel kalah mak nenek. Hehehe…
                “Alah Ari… kita orang dah bagi slam dah tadi. Korang aje yang tak dengar. Sibuk sangat berbual sampai menangis-nangis. Apa yang korang bualkan hah?” ujar Aliff Fikri ingin tahu.
                Nur Areesa Ayuni hanya mencebik. Aku debik sebijik baru tahu.
                “Haah la Ari, Anis. Kami pun nak tahu jugak. Cerita apa yang best sangat sampai menangis aku tengok si Anis ni,” ujar Ahmad Aris pula ingin tahu.
                “Huh! Sibuk je nak tahu. Hal perempuan, lelaki mana boleh tahu. Secret,” ujar Nur Areesa Ayuni sambil membuat isyarat menzip mulutnya.
                Iman Nur Anis masih lagi diam. Memandang teman-temannya itu membalas kata.
                “Ceh! Kedekut. Apa-apa jelah,” ujar Aliff Fikri mengalah. Tak kuasa nak paksa-paksa.
                “Yang korang berdua ni dari mana hah!? Dari tadi kita orang tunggu, baru sekarang Nampak batang hidung. Janji pikul berapa? Datang pukul berapa? Kan tadi dah janji nak jumpa kat sini,” marah Nur Areesa Ayuni. Saje je tu.
                “Maaflah Ari, Anis. Bukan kami sengaja pun. Tadi tu Puan Ainun mintak tolong. Dia mintak tolong kami angkatkan kotak yang ada kertas soalan yang akan dia bagi esok. Kita orang bukan sengaja nak datang lewat pun. Dah habis laju si Aliff ni bawak motor. Nasib baik tak accident tadi tau,” ujar Ahmad Aris bersungguh-sungguh.
                “Yelah tu. Nak kelentong pun agak-agaklah. Kalau jadi betul-betul macam mana? Apa aku nak cakap kat mak bapak korang nanti,” ujar Nur Areesa Ayuni mengertak.
                “Apa pulak kelentong. Betullah. Kali ni memang betul. Tak ada tipu-tipu dah. Kami dah serik Ari oi…” ujar Aliff Fikri.
                “Betul tu Ari, Anis,” tambah Ahmad Aris pula mengiyakan kata-kata Aliff Fikri.
                Kedua-dua orang rakan itu cuba sedaya upaya menyakinkan temannya itu.
                “Oit! Anis. Dari tadi kami sampai, hang diam memanjang. Pehal? Ada masalah ke? Tak nak kongsi cerita ke? Ke kau sakit?” soal Aliff Fikri bertubi-tubi.
                “Ari, kenapa dengan kawan kita sorang ni?” soal Ahmad Aris pula.
                Kedua-dua temannya itu memandang ke arah Iman Nur Anis yang sedang termenung. Langsung tidak menghiraukan pertanyaan temannya itu.
                Nur Areesa Ayuni menepuk perlahan bahu temannya itu.
                Tersentak Iman Nur Anis.
                “Hah!? Apa? Kenapa?” soal Iman Nur Anis lantas memandang ke arah ketiga-tiga orang temannya itu.
                “Kau kenapa Anis?” tanya Aliff Fikri hairan.
                “Haah… kau kenapa? Dari tadi diam je. Kau ada problem ke?” soal Ahmad Aris pula. Risau pulak tengok keadaan Anis ni. Tetibe je jadi pendiam. Tak pernah-pernah jadi macam ni. Tu yang pelik tu.
                Iman Nur Anis terpingga-pingga.
                “Err… korang sorry lah. Aku tengah layan blues tadi. Sorry. Eh! Korang bila nak start kerja kita ni? Dari tadi duduk bebrbual je. Perut aku dah berbunyi-bunyi minta diisi. Cepatlah, bila nak mula ni? Aku dah lapar ni,” ujar Iman Nur Anis cuba mengalih perhatian teman-temannya itu.
                “Okey. Sekarang ni kita isi perut dulu. Nanti kalau start kerja masa perut kosong, karang entah apa-apa idea yang keluar nanti. Jom makan dulu,” ujar Ahmad Aris lantas bangun berjalan beriringan dengan Aliff Fikri.
                “Makan time. Jom Ari kita beli makanan,” ujar Iman Nur Anis lantas bangun menarik tangan temannya itu.
                Nur Areesa Ayuni sedari tadi memerhati tingkah laku temannya itu. Dia tahu Iman Nur Anis masih lagi bersedih.
                “Anis! Kejap.” Panggil Nur Areesa Ayuni lantas berlari ke arah Iman Nur Anis yang menunggunya di situ.
                “Pehal pulak kau ni Ari? Aku dah lapar ni. Cepatlah. Aku nak apa?” tanya Iman Nur Anis pelik dengan perangai temannya itu yang tetibe je jadi serius.
                “Kau taka pa-apa? Soal Nur Areesa Ayuni ingin tahu.
                “Kenapa kau ni Ari? Aku okey je. Betul cakap kau. Jangan dikenang orang yang tiada. Kita yang hidup ni sepatutnya bersyukur kerana ALLAH s.w.t masih memberi kita ruang dan peluang kita beribadat kepadaNYA. Maka, kita kenalah ambil peluang membuat yang terbaik untuk diri kita untuk mendapat keredhaan daripadaNYA,” ujar Iman Nur Anis panjang lebar.
                Nur Areesa Ayuni tersenyum mendengar kata-kata temannya itu.
                “Woi! Korang berdua tak nak makan ke? Kami dah siap beli makanan ni. Jomlah makan. Hah! Apa yang ditunggu lagi tu? Jomlah!,” teriak Aliff Fikri memanggil teman-temannya itu yang sedari tadi jauh tertinggal ke belakang.
                Iman Nur Anis dan nur Areesa Ayuni yang terpingga-pingga bergegas ke arah temannya itu. Mereka berkejar-kejaran berlumba siapa yang sampai dulu. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang sedari tadi memerhati gerak geri mereka berdua. Dari awal hingga akhir. Menggeleng-geleng kepala Prof. Adam Hakim melihat telatah mereka. Tidak pernah dia melihat kawan yang seakrab itu. Kagum dia seketika.
                “Tadi kenapa budak berdua tu Nampak macam sedih je?” soal Prof. Adam Hakim kepada dirinya sendiri.
                ‘Ah! Budak-budak remaja zaman sekarang macam tulah. Kalau tak pasal boyfriend girlfriend tak sah,’ bisik hatinya.
                Terdetik juga di hati Prof. Adam Hakim. ‘Dia sudah berpunya kah? Ah! Apa aku melalut ni. Biarlah dia dah berpunya ke belum. Yang aku sibuk kenapa? Apa aku peduli,’ bebel Prof. Adam Hakim dalam hati.
                Prof. Adam Hakim menghabiskan makanan yang masih berada dalam pinggannya itu. Lantas lepas siap dia berlalu ke singki yang berada tidak jauh darinya untuk membasuh tangan.
                Kecoh sekali meja makan yang diduduki oleh empat sekawan itu. Prof. Adam Hakim yang sengaja melintasi meja mereka menghala pandangannya ke arah gadis yang membelakanginya. Tersenyum dia apabila salah seorang daripada mereka menyedari kehadirannya. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka menyapanya. Terpaksalah dia berpaling dan berhenti. Ceh! Terpaksalah konon. Padahal sengaja. Hehehe…
                “Prof. Adam!” panggil Aliff Fikri.
                Iman Nur Anis yang sedang enak menjamu selera tersedak. Terbatuk dia seketika.
                ‘Uh! Peritnya tekak aku,’ bisiknya.
                Pantas Iman Nur Anis mencapai gelas air yang berada di sebelah pinggannya.
                Nur Areesa Ayuni pulak mengosok-gosok perlahan belakang temannya itu.
                “Kenapa dengan awak Iman?” soal Prof. Adam Hakim tiba-tiba. Dipandang gadis itu. Merah muka gadis itu menahan perit agaknya. Dia tersenyum memandang gadis itu.
                “Err… takde apa-apa prof. Tersedak je sikit,” ujar Iman Nur Anis gugup.
                ‘Kenapalah si Aliff ni pergi panggil prof. Isyk… ada jugak yang nak kena flying kick aku ni,’ bisik hatinya geram.
                Prof. Adam hakim berbual-bual dengan Aliff Fikri dan Ahmad Aris. Apa yang dibincangkan entah?
                Nur Areesa Ayuni yang berada di sebelah menjeling-jeling ke arah Iman Nur Anis. Disiku lengan Iman Nur Anis, memberi isyarat bahawa Prof. Adam Hakim berada di belakang Iman Nur Anis.
                Iman Nur Anis pula gelisah di tempat duduknya. Panas rasa kerusi yang didudukinya. Makanan yang dijamah tadi sikit lagi nak habis. Perlahan-lahan disuapnya masuk ke dalam mulut. Sikit lagi. Tak baik membazir.
                ‘Hei… lama lagi ke nak berbual ni? Aku dah panas hangat ni. Cepatlah…” bisik hatinya.
                “Okeylah, nanti saya akan beritahu masa dan tarikhnya. Bila dah confirm kita bincang dengan semua rakan sekelas kamu nanti,” ujar Prof. Adam Hakim lantas bersalaman dengan kedua orang lelaki itu. Sempat lagi dikerling gadis yang membelakanginya itu.
                “Orait! Cayalah prof. nanti sya beritahu pada mereka. Terima kasih prof,” ujar Aliff Fikri.
                Ahmad Aris hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju.
                “Anis, Ari saya pergi dulu. Makan elok-elok,” ujarnya lantas berlalu dari situ.
                Iman Nur Anis tersentak. Nasib baik dah habis makan. Tak sempat nak balas kata dah pergi. Dia memandang ke arah temannya, Nur Areesa Ayuni. Temannya itu hanya mengangkat bahu.
                “Oit! Rancangan apa pulak ni? Kenapa kami tak tahu menahu ni?” tanya Iman Nur Anis kepada Aliff Fikri dan Ahmad Aris.
                “Haah.. korang ni rancang apanya?” tambah Nur areesa Ayuni pula ingin tahu.
                Mereka berdua memandang sesame sendiri lalu berpaling ke arah temannya itu, inginkan jawapan.
                Kecoh sekali mereka berempat. Iman Nur Anis dan Nur Areesa Ayuni tidak puas hati apabila teman mereka itu tidak mahu memberitahu apa rancangan yang mereka bincangkan dengan Prof. Adam Hakim. Kata mereka itu rahsia.
                Nur Areesa Ayuni dan Iman Nur Anis mendesak jugak suruh mereka beritahu. Sampai mengugut nak pecah rahsia dia orang. Budak dua orang tu apalagi terpaksalah cerita. Hampeh betul gadisk dua orang tu. Nakal bukan main. Bukan mereka nak betul-betul nak pecah rahsia pun. Acah je tu. Tak sangka dia orang berdua tu ingat betul-betuil. Ceh! Penakut betul.
                Akhirnya Aliff Fikri dengan Ahmad Aris pun mengalah. Mereka memberitahu tentang rancangan bercuti ke Pulau Pangkor pada hujung minggu ini untuk satu aktiviti yang masih dirahsiakan. Kerek betul. Itu pun nak rahsia. Bersorak kedua-dua orang gadis itu kegembiraan. Tak sangka dapat juga mereka ke sana setelah semester lepas rancangan ini tergendala saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Apalah nasib.  

1 ulasan: