BAB 2
PADA masa yang sama, di Fakulti Seni Bina, Pembangunan dan Ukur, UiTM Seri Iskandar, Bota, Perak kedengaran sekumpulan pelajar ketawa di suatu sudut dari arah kafetaria. Rancak sekali.
“Hahaha…kelakar betullah Prof. Adam tu tadi. Boleh pulak tersalah masuk kelas. Hahaha…” ujar Ahmad Aris, salah seorang yang berada di situ.
“Yelahkan. Apa taknya, ada ke patut masuk kelas tapi bukan waktu dia. Dah tu, siap nak bagi assignment bagai. Aku tadi nak terlepas je ketawa, tapi control..control… hehehe…” ujar Nur Areesa Ayuni sambil ketawa lepas. Tak hiraukan langsung orang yang lalu di kawasan mereka berkumpul tu.
“Haahlah. Aku pun sama. Dah rasa nak terlepas ketawa tadi. Tapi aku tahan je. Naik sakit jugaklah perut aku duk tahan ketawa tu. Hehehe…” sampuk Iman Nur Anis pula.
“Merah padam muka Prof. masa tu. Habis satu kelas gelakkan dia. Tapi boleh pulak dia buat slamber badak je. Macam takde perasaan Nampak gayanya,” sambung Iman Nur Anis lagi.
Kalau akulah yang terkena macam tu, tak tahulah mana aku nak sorok muka aku yang hansome ni. Hahaha….” tambah Aliff fikri pula.
Empat sekawan ini sudah berkawan hampir tiga tahun lamanya. Sejak dari semester satu hinggalah sekarang. Pertemuan mereka berempat bagai suatu kebetulan. Ye ke? Keempat-empatnya ada satu hobi yang ‘ganas’. Ganas ke? Eh… takdelah ganas sangat. Suka menyakat, mengusik orang je. Nak kenakan orang tu belum sampai tahap tu lagi. Tahu jugak takut. Karang tak pasal-pasal ada irang masuk lokap, sebab mengenakan orang. Maklumlah orang zaman sekarangkan. Bukan buat olok-olok. Real punyalah. Tujuannya apa? Cuma satu, untuk mencari keseronokan kepuasan. Ada pulak macam tu. Tulahlah orang zaman sekarang. Zaman teknologilah katakan. Semua nak canggih-canggih.
Sedang mereka berempat asyik rancak sangat berbual, tiba-tiba ada seseorang yang menghampiri meja mereka.
Mereka masih lagi belum sedar tentang kehadiran orang itu, sampai ada yang menampar-nampar permukaan meja sebab rasa lucu tak hingat.
“Wah! Meriah sungguh meja ni kan. Boleh saya tumpang sekali,” ujar orang berkenaan.
Terus terdiam empat sekawan itu.
“Err… prof..” ujar salah seorang dari empat orang yang berada di situ. Siapa lagi kalau tak lain tak bukan Iman Nur Anis. Dia yang mula tersedar lelaki itu berada di meja mereka.
“Rancak korang berbual. Bualkan ape? Boleh saya join sekali?” ujar Prof. Adam Hakim lantas duduk di sebelah Iman Nur Anis.
Terkedu Iman Nur Anis. Rakan-rakan yang lain turut sama terlopong. Terkejut barangkali dengan kemunculan yang tak diduga. Tulah siang pandang-pandang. Ye ke?
“Err… Prof. Adam… buat apa kat sini?” tanya Nur Areesa Ayuni pula. Rakan-rakan yang lain turut mengangguk. Macam burung belatuk pula gayanya. Terangguk-angguk. Tulahlah orang dah buat salah katakana. Mengumpat tak hingat… Padan muka korang. Hehehe….
“Emm… dari jauh lagi saya macam dengar-dengar orang panggil nama saya. Saya pun carilah. Tak sangka pulak korang semua yang panggil. Ada apa-apa masalah ke?” ujar Prof. Adam Hakim slamber sambil meletakkan kedua-dua belah tanggannya di atas meja.
“Err.. Oh! Tadi tu kitaorang bincang pasal…pasal tajuk yang kitaorang tak faham masa dalam kelas Prof. adam hari tu… err… betul kan kawan-kawan…” ujar Ahmad Aris tergagap-gagap.
‘Woi! Backup lah aku wei…’ bisik hatinya sambil membuat isyarat mata kepada rakan-rakannya itu.
“Ye…ye.. betul tu Prof. Kitaorang bincang tajuk yang kitaorang tak faham…” ujar Nur Areesa Ayuni sambil terangguk-angguk. Ape da… hangguk hangguk geleng-geleng… last-last pening kepala.
Iman Nur Anis dan yang lain mengangguk tanda setuju.
“Err… betul tu,” tambah Aliff Fikri pula.
Iman Nur Anis hanya diam. Rasa bersalahlah tu. Tahu pun. Tadi duk kutuk-kutuk tak sedar. Aih… manusia-manusia…
“Ooo… macam tu ke? Bagus-bagus. Patutlah kamu berempat selalu dapat full mark untuk paper saya. Saya ada jugak terfikir korang ni meniru ke apa. Tapi, telahan saya selama ni salah rupanya. Saya mintak maaf,” ujar Prof. Adam Hakim memohon maaf kepada pelajar-pelajarnya itu.
“Err…takpelah Prof. Kami semua tak ambik hati pun. Kalau Prof. tak beritahu pun takpe. Small matter je tu…” ujar Ahmad Aris.
Prof. Adam Hakim tersenyum mendengar kata-kata itu. Dikalih pandangan ke arah gadis yang berada di sebelahnya. Dari tadi diam je.
Prof. Adam Hakim merupakan pensyarah baru yang bertukar dari Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Muar, Johor. Sejak dari hari pertama Prof. Adam Hakim mula mengajar di kelas yang dihuni oleh empat orang pelajar ini, dia sering kali diusik oleh pelajar-pelajar dalam kelas itu. Termasuklah keempat-empat sekawan itu. Ahmad Aris, Aliff Fikri, Nur Areesa Ayuni dan juga Iman Nur Anis.
“Iman, dari tadi saya duduk kat sini awak diam je. Selalunya awak yang paling kecohkan. Hari ni nampak tak bermaya je saya tengok. Awak sakit ke?” soal Prof. Adam Hakim sambil memandang gadis itu.
“Hah! Eh! Takdelah Prof. Ade pulak kata saya paling kecoh. Ni hah yang paling kecoh. Cik Ayuni kita,” ujar Iman Nur Anis pantas. Sebetulnya dia masih lagi terkejut Prof. Adam Hakim boleh duduk sebelah dia. Mana taknya, kalau dalam kelas selalu sangat diusik pensyarahnya itu.
“Emm… ye ke? Tapi kalau dalam kelas, selalu je saya terkena dengan usikan awak,” usik Prof. Adam Hakim kepada Iman Nur Anis apabila melihat gadis itu nampak kalut. Lucu pulak tengok aksinya. Tulah suka sangat sakat orang. Kan dah terkena batang hidung sendiri. Sapa nak jawab tu?
“Oh! Ye ke Prof.? Maaflah Prof. Saya sekadar bergurau je. Takde niat lain. Saya mintak maaf ye Prof,” ujar Iman Nur Anis gelabah.
Rakan-rakan yang lain hanya memerhatikan perbualan mereka berdua.
‘Apasal Anis ni? Gelabah semacam pulak aku tengok. Tak pernah-pernah Anis gelabah kalau cakap dengan Prof. Selalunya kalau nampak aje Prof. Adam kat mana-mana tanpa segan silu ditegurnya. Kenapa hari ni Anis nampak macam… macam ape ek? Ada yang tak kena ni,’ bisik Nur Areesa Ayuni pelik.
Ahmad Aris dan Aliff Fikri pun rasa perkara yang sama. Mereka berdua buat isyarat mata tanda bertanya apa yang berlaku ni?. Kena tanya dengan budak Anis ni.
“Err…Prof. tak nak makan ke? Kalau Prof. nak, kita orang boleh tolong orderkan sekali untuk Prof. Prof nak makan apa?” soal Nur Areesa Ayuni bersuara sejak sedari tadi dia diam.
“Oh! Tak payah… tak payah. Saya dah makan tadi. Saya singgah sekejap kerana nampak kamu semua kat sini. Takpelah saya mintak diri dulu. Assalamualaikum,” ujar Prof. Adam Hakim lantas bangun dan berlalu dari situ. Sempat lagi dijeling Iman Nur Anis sebelum beredar. Nakal betul.
“Waalaikummussalam,” jawab mereka serentak lantas menarik nafas lega.
“Fuh! Nasib baik. Nyaris-nyaris terkantoi tadi. Agak-agak koranglah Prof. Adam dengar tak yang kita duk mengumpat dia?” soal Aliff Fikri lantas memandang satu persatu wajah rakannya mencari jawapan.
“Tak kot,” ujar Ahmad Ari scuba menyedapkan hati. Tulah dah buat salah baru nak tersedar. Apa-apa pun korang amiklah ikhtibar ye.
Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam hati-hati. Betul ke?
“ANIS, aku rasakan…emm… aku rasakan..” belum pun sempat Nur Areesa Ayuni menghabiskan ayatnya pantas dipotong Iman Nur Anis.
“Kau rasa ape ni? Cakap tergagap pulak. Sejak bila jadi gagap ni?” usik Iman Nur Anis lantas ketawa melihat cebekan daripada Nur Areesa Ayuni.
“Apa kau ni. Tak kelakar pun. Aku nak cakap, aku rasa Prof. Adam tu suka kat kaulah Anis,” ujar Nur Areesa Ayuni. Amik kau. Kan terngaga mulut tu. Nasib baik budak berdua tu takde. Kalau tak buat malu je dengar statement macam ni.
“Hah!!”
“Ari apasal pulak kau babitkan nama aku ni? Tak lawak langsung. Teori mana kau pakai ni hah? Tak logik.. tak logik…” ujar Iman Nur Anis terkejut dengan kata-kata uang diucapkan rakannya itu. Tak masuk dek akal langsung. Saje je nak kenakan orang.
“Apa tak betulnya. Betullah tu aku cakap. Kau nak teori kan. Meh sini aku nak beritahu. Mengikut teori aku, sembilan puluh peratus berpihak pada kau. Ini bermakna…”
“Ah! Takde maknenya…” potong Iman Nur Anis bengang.
“Hei! Tunggulah aku habis cakap dulu. Kau ni potong betulah,” marah Nur Areesa Ayuni. Bukan marah betul-betul pun. Saje je tu.
“Apa pulak? Aku tak nak dengar. Kau mengarut apa ni? Teori apa kau pakai ni? Apa sebab kau cakap macam tu?” soal Iman Nur Anis bertubi-tubi.
“Aku nak ceritalah ni. Kau ni tak pasal-pasal naik minyak pulak,” tambah Nur Areesa Ayuni pula.
“Bila masa pulak aku naik minyak? Aku bengang je. Tu pun tak tahu beza ke?” marah Iman Nur Anis lantas memaling mukanya kea rah lain. Marah sangatlah tu.
“Alah samalah tu. Marah jugakan,” ujar Nur Areesa Ayuni pula masih ada niat nak menyakat.
“Ikut suka kaulah,” marah Iman Nur Anis lagi sampai memuncung mulutnya. Merajuklah katakan.
“Aik! Takkan merajuk kot. Aku cuma cakap apa yang dari aku lihat dan rasa je. Itu pun salah ke?” ujar Nur Areesa Ayuni Cuma menjernihkan keadaan.
“Tak salah kau kata? Kau ada bukti ke? Mana boleh pakai teori mengarut kau tu. Lihat dan rasa. Itu andai kau je kan,” ujar iman nur Anis dengan nada marah yang masih berbaki.
“Adoi! Kau ni Anis apasal emo sangat ni. Aku cuma cakap je. Kau nak ambik hati sangat ni pesal pulak?” ujar Nur Areesa Ayuni pelik dengan keadaan temannya itu.
Iman Nur Anis tersentak.
‘Ye tak ye jugak. Pasal pulak aku nak ambik hati dengan kata-kata Ari ni? Isyk… tak logik-tak logic,’ bisik hatinya tiba-tiba.
“Kenapa kau diam pulak ni Anis? Adui…pening kepala aku ni tau. Dari tadi duk fikir pasal kau. Macam-macam hallah kau ni,” keluh Nur Areesa Ayuni
“Yang kau susah payah fikir pasal aku tu kenapa? Aku tak suruh pun,” ujar Iman Nur Anis selamba.
Nur Areesa Ayuni mencebik.
“Yelah, aku yang salah. Tak fikir sebelum cakap. Aku mintak maaflah. Kau takyahlah buat muncung cam tu. ‘Comel’ bebeno aku nengoknya,” ujar Nur Areesa Ayuni dengan nada bergurau.
Iman Nur Anis terus berpaling ke arah Nur Areesa Ayuni itu lalu menampar bahu temannya itu untuk melepaskan geram.
“Adoi! Sakitlah Anis. Kau ni ganaslah. Kesianlah kat Prof. Adam tu nanti dapat bini macam kau,” ujar Nur Areesa Ayuni masih lagi hendak bergurau lantas dia ketawa lepas. Tak control langsung. Habis hilang keayuannya.
“Ari! Kau jangan… tak pasal-pasal kena kau nanti,” ugut Iman Nur Anis pula.
“Ni apa kecoh-kecoh. Sampai kat sana dengar. Controllah sikit suara korang tu. Malu kita orang nanti,” ujar Aliff Fikri yang tiba-tiba menyampuk.
“Haah.. korang ni. Kot ye pun nak bergurau, balik rumahlah. Ni ada ke main bergurau kat sini. Alih-alih ada yang nak mengorat terus reject. Tak ke begitu Tuan Aliff kita,” giliran Ahmad Aris pula yang menambah.
“Adui… korang ni tiba-tiba muncul. Kot ye bagilah salam. Terkejut aku. Ni hah cacing-cacing dalam perut aku ni pun pakat terkejut sekali tahu tak,” gurau Nur Areesa Ayuni lantas ketawa lepas.
Iman Nur Anis turut ketawa sama. Dah habis merajuklah tu.
“Hei, korang tak nak makan ke? Kita orang dah siap order dah ni. Pergi la. Nanti makin ramai orang pulak. Tu hah, nak panjang barisan tu. Pergi cepat sebelum makanan habis. Pergi…..” ujar aliff Fikri. Nampak macam menghalau je. Hehehe…
Ahmad Aris hanya mengangguk. Mulut penuh dengan makanan. Uih… makan tak ingat orang langsung.
“Isyk… korang ni tak tunggu kita orang langsung. Makanlah puas-puas jangan sampai tercekik sudah,” ujar Iman Nur Anis selamba.
Tersedak Ahmad Aris.
“Hah! Tulahlah, aku baru cakap tadi. Kan dah terkena. Aku ni berdaulat tahu,” ujar Iman Nur Anis. Banggalah sikit. Huhuhu…
“Yah…padan muka,” tambah Nur Areesa Ayuni pula.
Aliff Fikri sibuk mengosok belakang temannya itu.
“Uih! Korang ni tak kesian langsung kat dia. Karang tak pasal-pasal pengsan pulak budak ni. Apa aku nak cakap kat mak bapak dia nanti,” ujar Aliff Fikri bimbang masih lagi mengosok belakang temannya itu.
Merah padam muka Ahmad Aris sebab tersedak. Dahlah makan mee kari. Uh.. pedih hidung tu. Alih-alih kari tu masuk dalam rongga hidung sekali. Eee…
Iman Nur Anis dan Nur Areesa Ayuni panik.
“Isyk…kau Aris jangan buat aku panik. Kau okey tak ni,” ujar Nur Areesa Ayuni bimbang.
“Haah… Aris kau tak apa-apakan?” tambah Iman Nur Anis pula. Bimbanglah katakan.
Aliff Fikri menghulurkan segelas air kepada temannya itu.
“Aaa…lega rasanya,” ujar Ahmad Aris lantas sendawa lepas.
“Eee… tak senonoh kau ni Aris. Eee… yuks… bau …eee…” ujar Iman Nur Anis sambil menutup hidungnya dengan tangan.
Kedua-dua rakan yang lain turut membuat aksi yang sama.
“Buat malu kaum je kau ni,” tambah Aliff Fikri pula.
“Jom! Anis, kita pergi order. Tak nak aku duduk sini lama-lama. Silap haribulan termuntah pulak aku kat sini,” ujar Nur Areesa Ayuni lantas menarik tangan Iman Nur Anis menuju ke arah kaunter membeli makanan. Iman Nur Anis hanya menurut.
“Eleh… itu pun nak kecoh. Biasalah kalau sendawa cam ni. Tak kan nak control jugak kot,” ujar Ahmad Aris tak puas hati.
“Dah lah kau ni. Habiskan makanan tu. Nanti sambung lagi,” ujar aliff Fikri. Tak makan saman jugak budak ni. Ada ke dia pulak yang provok kawan dia macam tu?
“HEI! Tadi korang cerita pasal apa hah, masa kita orang pergi order makanan?” soal Ahmad Aris kepada dua orang gadis itu.
Kedua-duanya saling berpandangan. Iman Nur Anis dengan pandangan memberi amaran. Nur Areesa Ayuni pula berkira-kira hendak cerita.
Ketika itu mereka berempat berada di kawasan istirehat di bawah bangsal yang ada berdekatan dengan library. Apasal tak masuk aje kat dalam library. Ye tak ye jugakkan. Alang-alang dah ada kat situ, apasal tak masuk aje. Oh ye, bukan ape korang semua tahu jelahkan budak berempat ni. Kalau dah namanya buat study group tu, mulut sorang-sorang bukan boleh duduk diam. Karang tak pasal-pasal kena halau dek mengganggu orang lain yang hendak mentelaah. Betul tak? Betul..betul..betul…
“Hei! Apa hal korang berdua ni. Duk terjeling-jeling. Cerita jelah kalau korang anggap kita orang ni masih kawan korang lagi,” ujar aliff Fikri pula. Uih… main ugutlah pulak.
Nur Areesa Ayuni memberi isyarat kepada Iman Nur Anis membenarkannya bercerita.
Iman Nur Anis pulak nampak serba salah. Nak benarkan ke tak? Nanti buat malu aku je. Dahlah main ugut-ugut camtu. Tapi takpelah. Bukan serius sangat pun cerita tu. Lantas Iman Nur Anis mengangguk tanda setuju.
“Korang berdua nak dengar cerita best dan sensasi tak?” ujar Nur Areesa Ayuni memulakan mukaddimahnya. Nampak excited budak dua tu nak tahu.
“Nak…nak,” ujar kedua-duanya. Macam budak-budak nak dapat aiskrim je.
‘Ah! Dah mula dah intonasi maut dia. Ni malas aku nak kasi can ni. Buat malu je. Aduh...Jangan ditokok tambah sudah…’ bisik Iman Nur Anis gelabah.
“Pertama sekali aku mintak maaf ye Anis,” ujar Nur Areesa Ayuni
Berkerut-kerut dahi budak lelaki dua tu.
‘Apahal pulak ni?’ bisik Ahmad Aris. Lantas berpaling ke arah Aliff Fikri. Aliff Fikri hanya menjungkit bahu.
‘Tunggu dan dengar jelah,’ Aliff Fikri membuat isyarat mata kepada temannya itu. Uih! Hebat tu, tahu guna isyarat mata. Macam ada wayar je yang tersambung. Hahaha…
Iman Nur Anis hanya tersenyum diam.
‘Cerita jelah,’ bisik Iman Nur Anis.
“Macam ni, tadi aku ada beritahu Anis yang Prof. Adam macam suka kat dia. Tapi..” belum pun sempat gadis itu berkata-kata lantas dipotong oleh mereka berdua.
“Hah!”
Terkejut kedua-duanya.
“Biar betul Ari. Betul ke Anis?” potong Ahmad Aris.
“Mana kau tahu?” tanya Aliff Fikri pula.
“Err..”
Iman Nur Anis hanya diam. Dia menbuat isyarat mata kepada Nur Areesa Ayuni suruh teruskan ceritanya.
“Aris, Aliff korang tak perasan ke? Kalau dalam kelas time Prof. Adam masuk, mesti mata dia menghala kat tempat kita selalu duduk kan. Nak kata dia tengok kau berdua tak logik. Nak kata tengok aku pun tak kot. Kalau tengok Anis mungkin… betul tak?” ujar Nur Areesa Ayuni sambil menepuk bahu Iman Nur Anis.
Tersentak iman Nur Anis. Dia yang dari tadi termenung tersedar. Menimbang-nimbang kata-kata yang diucapkan oleh temannya itu.
Kedua-dua lelaki di hadapan Mereka berfikr sejenak, memikirkan kata-kata yang dikeluarkan oleh Nur Areesa Ayuni tu betul atau tidak.
“Haah!” kedua-duanya berkata serentak.
Terkejut dua orang gadis itu. Pelajar-pelajar lain yang kebetulan lau di situ berpaling ke arah mereka berempat. Tertanya-tanya apa yang berlaku.
Spontan kedua-dua lelaki itu menutup mulut masing-masing. Malulah tu kot.
“Yelah . baru aku perasan. Tapi betul kea pa yang aku cakap ni Ari? Kau dah selidik ke? Jangan main teka je. Nanti tak pasal-pasal perasan pulak si Anis ni karang,” ujar Aliff Fikri dengan nada bergurau.
“Isyk… kenapa pulak aku nak perasan. Takde maknanya…” ujar iman Nur Anis sedikit gelabah. Kenapa hah?
“Haah, betul ke Ari?” sampuk Ahmad Aris pula.
“Mahunya tak betul. Kalau setiap kali mengajar acap kali aku nampak Prof. Adam pandang kata rah kumpulan kita. Lepas tu, kalau dia kemukan soalan mesti Anis orang pertama yang dia tanya. Kenapa tak orang lain? Betul tak?” ujar Nur Areesa Ayuni lagi. Bila pulak si Ari ni jadi mata-mata. Siap ada fakta lagi.
Iman Nur Anis diam tak terkata. Apa yang dikatakan oleh temannya itu, buat dia tidak senang dudk.
“Kau biar betul Ari?” soal Iman Nur Anis inginkan kepastian. Selama ini dia rasa itu perkara biasa yang dilakukan oleh setiap pensyarah. Mengajukan soalan kepada pelajarnya. Tapi, memang aku orang yang pertama selalu kena tanya. Betul ke apa yang Ari cakap ni? Oh! Tidak. Takkan lah Prof. Adam jatuh cinta dengan pelajarnya sendiri.
“Alah… betul la apa yang aku cakap tu. Kalau kau tak percaya, kau boleh tanya Prof. adam sendiri,” cadang Nur Areesa Ayuni dengan niat mengusik temannya itu.
“Ah! Tak kuasa aku. Karang tak pasal-pasal aku jadi Hulk sebab marah kat kau. Sebab apa yang aku cakapkan ni macam tak masuk akal je,” ujar Iman Nur Anis cuba menutup rasa gugupnya. Dalam hatinya mengiakan kata-kata temannya itu. Tapi dia berfikir secara rasional. Itu hanya tekaan je bukan betul pun. Saja nak sedapkan hati.
Ahmad Aris dan Ariff Fikri hanya memerhati kedua-dua orang gadis itu ‘berdebat’.
“Oit! Bila nak habis ni? Macam nilah. Dari cerita yang aku dengan Aris dengar, kita orang membuat kesimpulan lima puluh peratus memang Prof. Adam suka kat Anis dan lima puluh peratus lagi, Prof. Adam layan Anis macam pelajar kesayangan dia aje. Boleh ke buat kesimpulan macam ni Ari?” ujar Aliff Fikri kononnya menyelesaikan masalah cinta. Nak jadi doctor cinta ke apa? Hehehe..
Nur Areesa Ayuni berfikir sejenak.
“Boleh diterima kesimpulan tu. Tapi, still aku dengan teori aku,” ujar Nur Areesa Ayuni tidak mahu mengalah.
Iman Nur Anis hanya mengeluh.
“Apasal kau ni Ari macam suka sangat nak matchkan aku dengan Prof. Adam. Tak rasa pelik ke?” ujar Iman Nur Anis tak puas hati.
“Hah! Soalan cepu emas tu. Aku nak jawab ni. Korang berdua dengar ye. Kau pun dengar sama Anis. Sebabnya, mengikut kiraan aku, kau dengan….” tak sempat habiskan ayat pun, dah kena potong. Selalu je ada orang nak potong cakap aku. Isyk….
“Lah.. kiraan pulak. Kau ingat, ni nak selesaikan masalah add math ke? Adoi ai… kau ni Ari… geram aku dibuat kau,” potong Iman Nur Anis bengang.
Ahmad Aris dan Aliff Fikri hanya mampu menggelengkan kepala mereka.
“Tengok, kau ni suka sangat potong ayat aku. Cuba bagi aku peluang habiskan ayat aku tu dulu. Isyk… kau ni..” ujar Nur Areesa Ayuni pula geram
“Okey, kau sambung Ari,” ujar Ahmad Aris.
Aliff Fikri turut mengangguk.
“Okey, mengikut kiraan aku, Anis dengan Prof. Adam ni secocok. Bagai pinang dibelah dua. Sweet sangat aku tengok Prof. Adam duduk sebelah kau tadi. Kau pun suka jugakan Anis?” ujar Nur Areesa Ayuni menganggat-anggat keningnya. Nampak macam nakal bunyinya.
“Ari! Kau tak habis lagi ke nak sakat aku. Dah-dah la tu wei. Aku tadi bukan apa, Cuma rasa bersalah sebab kita duk mengumpat Prof. Adam khaw-khaw gitu. Dia siap mintak maaf kat kita, sebab ingat kita meniru dalam ujian masa paper dia. Korang tak rasa ke kita ni jahat,” ujar Iman Nur Anis.
Ketiga-tiga rakannya itu diam tak terkata.
“Betul jugak tu. Kita siap tipu kat Prof. Adam lagi yang kita tengah study matapelajaran yang dia ajar. Uih… melampau jugak kan kita ni,” tambah Ahmad Aris pula.
“Yela. Kita duk sibuk mengumpat dia. Sampai sakit perut aku ni,” ujar Aliff Fikri pula dengan nada nak ketawa.
“Ada betul jugak tu. Tapi…”
“Hah! Apa pulak ada tapi-tapi. Dah-dah la tu Ari wei. Tutup cerita pasal tu. Kita cerita pasal lain pulak sementara kita menunggu nak masuk kelas ni,” ujar Iman Nur Anis mematikan kata-kata Nur Areesa Ayuni.
Nur Areesa Ayuni mencebik.
‘Eleh.. tak takut pun,’ bisik gadis itu. Tak makan saman langsung.
“Ah! Aku tak peduli. Kalau tak percaya kau tengok sendirilah esok,” ujar Nur Areesa Ayuni geram sebab takde orang nak dengar cerita sensasi dia. Huhuhu…
“Kenapa pulak dengan esok? Kau ni ada ada jelah,” ujar Iman Nur Anis tidak puas hati.
“Yalah kan esok ada kelas Prof. Adam. Kau perhatikanlah dia,” tambah Nur Areesa Ayuni lagi.
“Ah! Tak kuasa aku. Karang tak pasal-pasal aku dicop perempuan gatal, perasan dan seangkatan dengannya. Isyk…Penatlah aku melayan kau ni Ari. Kau tak penat ke? Dah berapa jam entah cakap pasal ni je memanjang,” kata Iman Nur Anis pula.
“Ala…”
“Dahlah tu Ari, kalau Anis kata camtu tak payahlah nak desak dia. Jomlah masuk kelas. Dah dekat pukul sebelas dah ni. Kejap lagi kan ada kelas Puan Saleha. Kang tak pasal-pasal kena denda macam hari tu. Aku dah tak sanggup…” sampuk Aliff Fikri lantas bangun jalan beriringan dengan Ahmad Aris.
“Hah! Yelah. Jomlah cepat Ari,” ujar iman Nur Anis lantas mencapai temannya itu supaya bangun mengikutnya pergi ke kelas.
Nur Areesa Ayuni dengan muka tak puas hati mengikut temannya itu.
Mereka berempat beriringan masuk ke dalam kelas. Terkejar-kejar mereka menuju ke arah bilik kuliah. Bilik itu menempatkan lebih kurang lima puluh orang semuanya. Nasib baik sempat. Puan Saleha Haslinda masuk tepat pada masanya. Kelas hari itu bemula dengan lancar bagi mereka berempat.
komen2 lah..
BalasPadam