BAB 3
PADA hari yang sama, dalam waktu berlainan seorang gadis sedang sibuk menguruskan kerja-kerjanya yang bertimbun. Al maklumlah pembantunya cuti bersalin. Terpaksalah dia uruskan sendiri sebelum dapat pembantu lain.
“Aduh! Sakitnya kepala aku ni…” jerit Iman Nur’Ain seorang diri di dalam bilik pejabatnya itu.Tangannya ligat memicit-micit dahi dan kepala yang terasa sakit. Berdenyut-denyut rasanya. Banyak sangat beban yang dipikul agaknya.
“Ah! Macam mana nak buat kerja? Kalau macam nilah gayanya, sampai sudah tak siap satu pun kerja aku nanti,” bebelnya kepada diri sendiri.
“Isyk… Kenapa dengan kepala aku sejak akhir-akhir ni? Makin menjadi-jadi pulak sakitnya. Rasa macam kena hempap dek batu besar je,” bebelnya lagi.
“Alah…leceh betullah. Isyk…. tak boleh jadi ni. Nak pekena panadol Extend jugak. Kat mana aku letak ubat tu?” ujar Iman Nur ‘Ain lantas mencapai tas tangannya yang berada di atas meja kecil di belakangnya.
“Hah! Ada pun kau. Nasib baik aku tercapai kau tadi. Kalau tak pengsan jugak aku kat dalam pejabat nanti,” ujar gadis itu lalu mencapai botol air yang sudah sedia di atas meja tersebut. Ditelan dua bijik panadol tersebut. Nak bagi cepat sihatlah katakan.
Selepas itu, Iman Nur ‘Ain lantas duduk di kerusi kerjanya. Dia meneruskan kerja-kerja yang tergendala sebentar tadi. Berlambak-lambak fail, dokumen serta kertas di atas mejanya itu.
Sedang dia asyik melakukan kerjanya, tiba-tiba telefon di tepinya berbunyi. Tersentak Iman Nur ‘Ain lantas mengurut-urut dadanya.
“Uih! Lemah semangat aku,” ujarnya sendirian.
Iman Nur ‘Ain menekan butang intercom. Kedengaran suara Marisa Anita di talian. Marisa Anita tu bertugas sebagai penyambut tetamu di bahagian enterance a.k.a merangkap opereter angakat telefon di syarikat ini, Syarikat Indra Design Sdn. Bhd.
“Ye Marisa, ada apa?” soal Iman Nur ‘Ain tegas.
“Err.. Cik Ain, tadi Datuk Indra ada berpesan kepada saya, minta Cik Ain berjumpa dengannya sekitar jam dua petang ni,” ujar Marisa Anita.
“Oh! Ye ke? Ada Datuk Indra pesan apa-apa lagi?” soal Iman Nur ‘Ain lagi.
“Taka da. Yang tu je dia pesan tadi,” ujar Marisa Anita pula.
“Emm…Terima kasih ye Marisa,” ucap Iman Nur ‘Ain lembut.
“Sama-sama,” ucap Marisa Anita pula membalas ucapan.
Iman Nur ‘Ain menarik nafas.
“Abah nak jumpa dengan aku kenapa ye?” soalnya. Dia berfikir sejenak. Kenapa ye? Ada masalah ke?
“Baik aku telefon abah. Tanya kenapa?” ujar Iman Nur ‘Ain lantas mencapai hansetnya.
Telefon sendiri jugak dia guna. Telefon pejabat ada tak nak guna. Bukannya apa. Dia tak naklah menyalahgunakan kemudahan syarikat untuk kepentingan peribadi walaupun syarikat ini syarikat milik abahnya. Bagus sungguhlah budak ni.
Iman Nur ‘Ain masih menunggu talian seberang sana diangkat. Tak juga diangkat. Dicuba sekali lagi. Masih juga tidak berangkat.
“Isyk… abah pergi mana pulak ni? Nak kata off hanset ada deringan. Nak kata talian sibuk tak pulak. Baik aku telefon pejabat abah,” ujar Iman Nur ‘Ain lantas menekan intercom menhubungi pejabat abahnya.
“Hello… Kak Ita ab… Eh! Datuk Indra ada tak kat pejabat? Saya telefon dia tapi tak diangkatnya. Dia ada metting ke?” tanya Iman Nur ‘Ain tergesa-gesa sampai nak tersasul menyembut perkataan abah di pejabat.
Selain abahnya hanya Puan Arini sahaja yang tahu dia anak Datuk Indra Ihsan pemilik syarikat ini. Yang lain belum tahu lagi. Ini atas permintaan Iman Nur ‘Ain sendiri kerana dia tidak mahu dilayan seperti anak bos yang manja.
Sejak hari pertama masuk ke dalam syarikat ini, Iman Nur ‘Ain bukan terus memegang jawatan yang sekarang ni. Dia mula dari bawah. Selepas itu, semakin naik dan naik, sampailah ke posisi sekarang. Bukan senang tau. Lepas habis je belajar kat matrikulasi tu, dia terus bekerja di syarikat abahnya itu. Ambik kursus sains tapi buat kerja designer. Hebat tak tu? Memang hebatlah kalau macam tu. Hehehe…
“Oh! Datuk Indra sekarang takde di pejabatnya. Dia sedang menghadiri mesyuarat dengan pihak pengeluaran bahan mentah untuk projek yanag akan datang ni. Nak bincang pasal hargalah kot,” ujar Kak Ita atau nama penuhnya Rozita. Bukan Rozita Che Wan tau. Hehehe..
“Ooo… begitu ye. Okey takpelah Kak Ita. Terima kasih ye. Nanti saya call Datuk Indra semula,” ujar Iman Nur ‘Ain.
“Emm… sama-sama,” ujar Rozita pula.
Iman Nur ‘Ain menghela nafas lega. Aih! Belum lagi. Tak tahu benda apa yang abah nak bincang dengan aku sampai nak jumpa petang ni.
“KRING..kring..kring..”
Tersentak Iman Nur ‘Ain.
“Allah! Terkejut aku. Uih! Kalau hari-hari macam ni, lemah jantung jugak aku ni nanti. Silap haribulan dapat sakit jantung. Astagfirullahhalazim,” bebel Iman Nur ‘Ain lantas mengangkat ganggang telefon itu.
“Hello…Ain, Datuk Indra di talian sekarang. Kak Ita sambungkan ye,” ujar Kak Ita pantas tanpa sempat Iman Nur ‘Ain membalas.
“Err… okey..” ujar Iman Nur ‘Ain gugup.
Iman Nur ‘Ain sabar menanti. Terdengar talian disambung.
“Err… hello..”
“Ye, hello Along,”
“Ye Datuk. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” soal Iman Nur ‘Ain gugup. Macam ada buat salah je nampak gayanya. Dengan ayah sendiri pun nak takut. Ain..Ain…
“Along, tak payahlah nak berdatuk-datuk dengan abah kat telefon ni. Takde orang dengar pun,” ujar Datuk Indra Ihsan kepada anaknya itu.
Sejak dari hari pertama mula bekerja, Iman Nur ‘Ain sudah membahasakan diri abahnya itu Datuk. Itu juga salah satu syaratnya jika dia disuruh bekerja di situ. Kekok juga masa mula-mula tu. Tapi lama kelamaan sudah terbiasa. Sampai terbawa-bawa sampai ke rumah. Uminya pada mulanya rasa pelik tapi lama-lama dah terbiasa jugak mendengarnya.
“Alah…takpelah. Tadi pun Along dah nak tersasul masa cakap dengan Kak Ita. Tapi nasib baik sempat control,” ujar Iman Nur ‘Ain lantas ketawa.
“Oh ye Datuk, ada apa yang boleh saya bantu?” sambung gadis itu lagi sambil ketawa kecil. Degil betul. Masih memanggil abahnya itu dengan panggilan Datuk walaupun dalam telefon.
“Isyk…Along ni degil betul. Ikut suka Along lah. Abah nak tanya ni, Along dah siapkan dokumen Datuk Erman yang abah mintak hari tu?” ujar Datuk Indra Ihsan kepada anak gadisnya itu.
‘Ah sudah! Tak siap lagi. Ada part yang tak lengkap lagi. Mana mana ni? Apa aku nak jawab dengan abah ni?’ bisiknya.
“Dah siap ke belum Along?” soal Datuk Indra Ihsan lagi apabila soalannya itu masih belum terjawab.
“Err…err.. Datuk..err.. sebenarnya dokumen tu ada part yang belum lengkap. Saya ada semak dengan Pn. Arini hari tu. Dia kata ada part yang perlu dibaiki. Sebab tu tak complete lagi,” ujar Iman Nur ‘Ain jujur. Dia kalau bab-bab menipu ni dia fail. Baik berterus terang. Takdelah sakit kepala duk fikir nak buat alasan apa. Dia sanggup lagi kena marah daripada menipu orang. Apatah lagi orang itu abahnya sendiri. Tawakal jelah.
“Okey. Abah terima alasan Along tu. Tapi kalau boleh dokumen tu abah nak hari ni jugak. Kalau satu jam dari sekarang boleh tak Iman Nur ‘Ain?” ujar Datuk Indra Ihsan kepada anaknya itu. Tegas bunyinya.
Iman Nur ‘Ain hanya mampu mengiyakan kata-kata abahnya itu.
“Along satu lagi abah nak cakap ni. Kalau dokumen tak sampai kat tangan abah satu jam dari sekarang, Along tahu kan apa yang Along kena buat,” ujar Datuk Indra Ihsan. Macam mengugut je bunyinya.
“Err… baik Datuk,” lemah saj suara gadis itu.
Lemah tanganya meletakkan ganggang telefon itu.
Dia tahu dan sedia maklum apabila sesuatu pekerjaan yang dilakukan tidak siap dan tidak menepati waktu yang telah ditetapkan dia akan didenda. Dendanya ialah memasak. Memasak? Lah senang je tu. Yah! Senang bagi yang pakar masak. Habis kalau bagi dia, susah yang amat. Apa susahnya. Ambil buku resepi pastu ikut jelah cara-caranya. Betul tak? Okey boleh diterima. Tapi kalau dah banyak kali cuba dan banyak kali jugak yang fail macam mana tu? Dia tak sungguh kot? Apa pulak? Sungguh-sungguhlah sebab dah banyak kali cuba. Aiseh…ada jugak orang macam ni ek? Dia buat tak ikhlas kot. Sebab tu asyik gagal je. Betul tu. Tak ikhlas. Memang tak ikhlas. Dah tu nak ikhlas macam mana kalau setiap kali cuba asyik kena paksa je. Cuba dia buat dengan rela hati, mungkin berjaya. Siapa tahu?
“Okey. Ain kau kena siapkan jugak dokumen tu. Kalau tak masak kau kena masak malam ni,” ujar Iman Nur ‘Ain kepada dirinya sendiri. Semangat!
“Orait! Aja aja fighting,” cewah terlebih semangatlah pulak. Nasib baik takde orang. Kalau tak buat malu je. Hehehe…
KELIHATAN seorang pemuda tergesa-gesa keluar dari kereta Toyota jenis RAV4 menuju ke arah pintu masuk utama bangunan Indra Design Sdn. Bhd.
Sementara itu, di salah sebuah tingkat bangunan Indra Design Sdn. Bhd, kelihatan pula seorang gadis tergopoh gapah berjalan sambil membawa fail-fail yang berisi dokumen penting untuk diserahkan kepada pengarah syarikat berkenaan. Gadis itu menunggu di hadapan pintu lif berkenaan. Saat itu dikerling jam di tangannya.
“Adoi! Masa satu jam dah nak tamat ni. Cepatlah sikit wahai lif,” ujar Iman Nur ‘Ain seorang diri. Nasib baik aku sorang je ada kat depan ni. Kalau tak apa pulak pekerja-pekerja lain kata nampak aku cakap sorang diri. Mereng ke apa?
Tiba-tiba… pintu lif terbuka, lantas gadis it uterus meluru ke arah perut lif tersebut. Dalam masa yang sama pemuda yang berada di dalamnya tergesa-gesa keluar.
Bumm!!!
Maka berlakulah insiden yang tidak disengajakan. Nasib baik langgar orang sama orang. Kalau tidak pasti cedera teruk kedua-duanya. Apa taknya kelajuan kedua-duanya sama laju. Si gadis jatuh terduduk di atas lantai marmar yang berkilat manakala yang lelaki tu pulak stedy je. Tak jatuh pun. Mana taknya badan keras macam batu agaknya.
“Adoi! Sakitnya,” jerit Iman Nur ‘Ain mengerang kesakitan akibat perlanggaran itu. Jatuh macam nangka buruk lagaknya. Tapi dia terdiam seketika apabila melihat orang yang melanggarnya itu adalah seorang lelaki.
Malu beb jatuh depan lelaki. Terduduk pulak tu. Nasib baik tak terselak kain. Mana nak terselaknya dah dia pakai seluar hari ni. Nasib baik jugaklah tu. Huhuhu…
‘Oit! Tak nak bantu ke? Duk tengok je dari tadi. Dah lah aku tengah sakit ni. Aduh! Sengalnya bontot aku ni,’ gumam Iman Nur ‘Ain dalam hati.
Dalam diam dikerling lelaki itu.
‘Woo… hansome pulak hamba Allah ni. Apa aku melalut ni? Eh! Betullah. Kalau tengok muka dia nampak macam apa ke nama pelakon dalam cerita Adamaya tu? Hah! Syed Hussien. Betul…betul..betul. Syed Hussien. Cuma dia ni nampak tinggi lagi kot dari pelakon tu,’ bisik hatinya.
Lelaki itu tergamam memandang Iman Nur ‘Ain.
‘Comelnya,’ hatinya berbisik. Memuji tanpa sedar. Nasib baik dalam hati je.
“Err… sorry..sorry. Maaf tak sengaja. Saya nak cepat ni. Maaf ye,” ucap lelaki itu sambil menggenggam tangan Iman Nur ‘Ain lalu terus beredar dari situ.
Tergamam Iman Nur ‘Ain dengan tindakan di luar jangkaan lelaki itu. Macam terkena kejutan elektrik pulak. Nasib baik tak pengsan tadi. Dipandang lelaki itu yang sudah jauh meninggalkannya. Diraba bahagian tangan yang digenggam lelaki tadi.
“Astagfirullahhalazim! Aku dah lambatlah. Tulah berangan lagi,” ujar Iman Nur ‘Ain tersedar. Di pandang sekeliling. Ada tak hamba Allah yang lain melihatnya selain ‘makhluk bertanduk’ tadi. ‘Makhluk bertanduk’ tulah yang buat aku jadi lalai tadi. Masyallah!
Kebetulan ada pulak hamba Allah yang lalu di situ. Lantas dibantu Iman Nur ‘Ain mengutip kertas yang bertaburan di atas lantai itu. Diucapkan terima kasih kepada orang itu. Lantas gadis itu terus masuk ke dalam perut lif apabila pintu lif itu terbuka. Nasib baik takde orang kat dalam lif tu.
Sampai saja di tingkat pejabat abahnya, terus dia berjalan laju. Tak sempat nak tegur siapa-siapa yang ada di depan ke, kiri ke, kanan ke? Nampak macam sombonglah pulak. Biarlah hari ni je.
Sesampai je Iman Nur ‘Ain di hadapan pintu bilik abahnya, dia berhenti seketika. Lantas ditarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskannya. Maklumlah nak tenangkan fikiran.
Kak Marina yang melihat telatah gadis itu hanya menggelengkan kepalanya.
‘Gelabah semacam je si Ain ni. Macam buat salah lagaknya,’ bisik hatinya sambil matanya tidak lepas memerhatikan gadis itu.
DI DALAM bilik Datuk Indra Ihsan kelihatan Iman Nur ‘Ain tidak senang duduk. Diperhatikan abahnya yang sedang membelek satu persatu helaian dokumen yang disediakannya.
Dikerling jam di tangannya.
‘Fuh! Nasib baik sempat,’ bisik hatinya.
Beberapa minit sudah berlalu, tetapi Datuk Indra Ihsan masih lagi tidak berkata apa-apa. Apa lagi memberi komen berkenaan dokumen itu.
‘Takkan abah mengeja kot,’ bisik iman Nur ‘Ain nakal lantas tertawa kecil.
Datuk Indra Ihsan yang mendengarnya lantas mengerling ke arahnya. Dilihatnya gadis itu menunduk memerhati permukaan meja. Apa yang menarik sangat meja tu sampai ditenungnya.
‘Senyum pulak budak ni. Apa yang lucu sangat agaknya?’ bisik hati tuanya.
Tiba-tiba Iman Nur ‘Ain bersuara.
“Ada apa-apa yang silap ke Datuk?” soal gadis itu.
“Emm… setakat apa yang abah semak takde apa-apa masalah. Abah puji sikap Along. Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Bagus,” ujar Datuk Indra Ihsan bangga dengan pencapaian anak gadisnya itu.
Iman Nur ‘Ain menarik nafas lega.
“Fuh! Selamat aku,” ujarnya tanpa sedar.
Datuk Indra Ihsan yang mendengarnya tersenyum.
‘Selamat ke Along?’ bisik hati tuanya. Dalam hati ingin mengusik anak gadisnya itu.
“Aik! Apa yang selamatnya Along?” soal Datuk Indra Ihsan tiba-tiba.
“Hah!? Err… itu… emm… takde apa-apalah Datuk,” ujar iman Nur ‘Ain gugup.
‘Apasal pulak abah duk sergah-sergah aku ni. Janganlah dia dengar apa yang aku cakap tadi,’ bisik hatinya. Dikerling wajah abahnya itu. Dilihat abahnya sedang melihat ke arahnya sambil tersenyum.
‘Aik! Kenapa abah senyum pulak ni? Katakan tidak…’ bisik hatinya lagi.
“Ehem! Kenapa Along?” soal Datuk Indra Ihsan.
‘Ah! Sudah. Aku dapat rasakan sesuatu yang akan berlaku kat aku hari ni. Caye tak? Aci potong jari. Uih! Tak mau tak mau. Cacat pulak aku nanti. Tapi kenapa hati aku jadi berdebar semacam je ni?’ bisik hati Iman Nur ‘Ain. Nampak gelisah semacam.
“Err… ada apa-apa lagi Datuk?” soal Iman Nur ‘Ain dengan niat nak larikan diri situ.
Datuk Indra Ihsan tersenyum. Dia seakan dapat membaca hati anak gadisnya itu.
“Oh! Ye Along, oleh sebab Along dapat siapkan dokumen yang abah mintak, abah ada satu permintaan,” ujar Datuk Indra Ihsan dengan niat ingin mengusik anak gadisnya itu.
“Err… permintaan apa tu Datuk?” tanya Iman Nur ‘Ain dengan rasa tidak enak.
‘Takkan apa yang aku fikirkan aku berlaku. Oh! Tidak…’ jerit hatinya.
“Abah rasa Along dapat tekakan apa yang abah akan minta. Betul tak?” ujar Datuk Indra Ihsan tersenyum manis kepada anknya itu.
‘Alah…main tarik tali pulak abah ni. Cakap jelah nak suruh aku masakkan,’ teka hatinya.
“Saya tak tahu Datuk,” giliran Iman nur ‘Ain pulak main tarik tali. Buat-buat tak tahu konon. Padahal tahu. Saja je tu nak mengelak.
“Oh ye…” ujar Datuk Indra Ihsan lantas ketawa melihat wajah kelat anaknya itu.
“Err… Apa pulak abah. Alongkan dah siapkan dokumen yang abah mintak tu. Takkan kena jugak kot,” ujar Iman Nur ‘Ain tanpa sedar membahasakan Datuk Indra Ihsan abah. Bengang sangat kot.
Tertawa Datuk Indra Ihsan dengan ucapan anaknya itu.
“Itu semua tolak tepi. Yang penting malam karang abah mintak Along ada sekali kat dapur masak untuk kita semua. Okey Along,” pinta Datuk Indra Ihsan kepada anak gadisnya itu.
“Emm…tengoklah macam mana nanti abah,” ujar Iman Nur ‘Ain endah tak endah. Malas jugak budak ni.
“Ada pulak macam tu? Along kena belajar dari sekarang. Nanti takdelah terkial-kial nak masak untuk suami,” ujar abahnya lantas tersenyum.
“Kenapa timbul pasal suami pulak ni? Jangan kata abah cari jodoh untuk Along. Along tak kahwin lagi,” ujar Iman Nur ‘Ain gelabah.
“Takdelah. Abah saja je cakap macam tu. Nak suruh Along beringat. Along bukannya semakin muda. Takkan nak menanti tua baru nak belajar memasak. Betul tak apa yang abah cakapkan ni? Tak gitu Along?” ujar Datuk Indra Ihsan cuba menasihati anaknya itu.
“Err…betullah tu abah,” ujar Iman Nur ‘Ain lantas menundukkan kepalanya. Malu barangkali.
Suasana sepi seketika.
Tiba-tiba telefon di bilik itu berbunyi. Lantas Datuk Indra Insan menakan butang intercom.
“Yes, Rozita. Ada apa?” balas Datuk Indra Ihsan kepada pembantunya itu.
“Datuk Indra, ada tetamu nak jumpa. Dia kata ada temujanji dengan Datuk. Nak suruh dia masuk sekarang ke?” ujar Rozita kepada bosnya itu.
“Oh! Ye. Baru saya teringat. Okey! But give me a minute. Saya ada hal yang belum selasai. Beritahu dia ye tunggu sekejap,” ujar Datuk Indra Ihsan kepada pembantunya itu.
“Okey, baik bos,” balas Rozita di talian.
“Siapa bah? Abah ada temujanji? Dengan siapa? Pandai ye abah sekarang,” usik Iman Nur ‘Ain lantas tertawa kecil.
“Alah…dengan lelakilah. Bukannya dengan perempuan. Abah dah tualah nak bertemujanji ni,” ujar Datuk Indra Ihsan.
“Habis tu siapa dia tu yang bertemujanji dengan abah? Lelaki? Lelaki mana pulak ni? Along kenal tak? Dia supplier kita ke?” soal Iman Nur ‘Ain ingin tahu. Dia tidak tahu kenapa, dia ingin sangat tahu siapa tetamu abahnya itu.
“Macam nilah Along tunggu dia masuk nanti boleh kenal,” ujar Datuk Indra Ihsan membuat keputusan.
“Kenapa pulak Along kena tunggu sini abah? Penting sangat ke tetamu tu?” soal Iman Nur ‘Ain pelik.
“Penting jugaklah untuk Along. Sebab dia ni akan jadi pembantu Along nanti,” jawab abahnya.
“Hah! Abah tak cakap pun dengan Along hal ni? Abah ni… Abah kan tahu Along mana biasa ada pembantu lelaki. Selama ni semuanya perempuan. Kenapa pulak kali ni lelaki?” ujar Iman Nur ‘Ain rasa sikit tak puas hati. Sikit je? Hehehe…
“Tak biasa kena biasakan. Bukan abah suruh kahwin dengan dia pun,” ujar Datuk Indra Ihsan selamba. Orang tua pun pandai tau cakap selamba. Jangan tak tahu.
“Apasal pulak timbul soal kahwin ni abah. Tak nak la,” ujar Iman Nur ‘Ain bosan.
“Alah…abah cuma beri andaian je. Itu pun nak marah,” ujar Datuk Indra Ihsan lagi.
“Emm… ikut suka abah lah. Mana orangnya? Tak masuk lagi pun. Takkan kena jemput pulak kot?” ujar Iman Nur ‘Ain endah tak endah. Lantas dia bangun dari kerusinya berlalu kea rah almari yang berada berdekatan dengan pintu masuk.
“Kejap…”
“Rozita suruh dia masuk sekarang,” arah Datuk Indra Ihsan kepada setiausahanya itu.
“Baik bos,” balas Rozita pula.
Iman Nur ‘Ain yang sedari tadi leka memerhati barangan yang berada di almari kaca itu tersentak apabila pintu yang berdekatan dengannya itu diketuk dari luar. Lantas dia menuju ke arah pintu tersebut lalu ingin membukanya. Belum pun sempat dia memulas tombol pintu, orang dari luar sana sudah membuka. Tanpa dapat dikawal pintu itu terhantuk ke dahinya.
“Aduh!” jerit Iman Nur ‘Ain lantas memegang dahinya. Berpinar jugaklah mata.
Manakala orang yang berada di sebalik pintu itu kaget. Apa tidaknya. Dia sudah mengetuk pintu sebelum masuk tadi. Manalah dia tahu ada orang di sebaliknya.
“Oppss… sorry..sorry. Saya tak tahu ada orang. Sorry…” ujarnya rasa bersalah lantas cuba melihat dahi orang berkenaan. Tanpa sedar dialih tangan gadis itu untuk melihat dahinya.
“Eh! Err… takpe,” ujar Iman Nur ‘Ain terkejut lantas menjauhkan diri. Berani dia sentuh aku.
Datuk Indra Ihsan yang mendengar jeritan anaknya itu lantas meluru ke arah mereka berdua.
“Kenapa ni?” tanya Datuk Indra Ihsan. Dilihat anaknya itu mengosok-gosok dahi. Nampak merah.
“Err.. tak ada apa-apa ab.. err..Datuk. Sikit je ni. Terhantuk pintu ni hah,” ujar Iman Nur ‘Ain lantas menampar-nampar permukaan pintu itu.
Dikerling lelaki yang berada di hadapannya itu. Nampak sangat lelaki tu rasa bersalah.
“Err… saya minta maaf. Saya yang menyebabkan dia terhantuk kat pintu ni,” ujar lelaki itu mengaku salah.
Datuk Indra Ihsan memandang lelaki itu. Dikerling kepada anaknya pula. Takpelah dia tak sengaja tu. Takkan nak marah pulak.
Iman Nur ‘Ain dari tadi asyik mengosok dahinya. Nak bagi hilang rasa sakit kot. Sambil-sambil tu sempat lagi memerhati lelaki itu.
‘Eh! Bukan ke lelaki ni yang langgar aku kat lif tadi?’ bisik hatinya.
‘Takkan lelaki ni yang jadi pembantu sementara aku nanti?’ bisik hatinya lagi.
‘Ya Allah kuatkanlah iman ku untuk aku berhadapan setiap hari dengan lelaki ni. Amin,’ ujar Iman Nur ‘Ain dalam hati.
“Ni, Iskandar kan,” tanya Datuk Indra Ihsan sedari tadi diam.
“Oh! Ye..ye.. saya,” ujar lelaki itu pula.
“Jadi hari ni, saya nak perkenalkanlah bos awak mulai esok. Ni, Cik Ain. Mulai esok dia yang akan memantau semua kerja awak. Kiranya Iskandar ni akan jadi pembantu sementara Cik Ain lah selama pembantu sorang lagi tu masuk kerja. Al maklumlah cuti bersalin. Lama jugaklah tu berpantangnya,” ujar Datuk Indra Ihsan memperkenalkan mereka berdua.
“Saya Iskandar. Syed Iskandar,” ujar lelaki itu memperkenalkan diri lantas menghulukan tangannya ingin bersalam.
“Err… saya Iman Nur ‘Ain. Panggil Ain je,” ujar Iman Nur ‘Ain pula lalu membongkokkan sedikit badannya tanda hormat. Macam orang jepun tu. Tapi taklah sampaisSembilan puluh darjah. Tangan lelaki itu tidak disambut. Dia hanya tersenyum memandang tangan lelaki itu. Haram tahu.
Syed Iskandar lantas cepat-cepat melarikan tangannya. Timbul rasa malu. Salah sendiri jugak. Dah tahu gadis tu bertudung litup ada hati pulak nak bersalam. Haram tahu. Bukan muhrim. Dia kadang-kadang terlupa. Tulah manusia selau saja terlupa terleka.
Datuk Indra Ihsan yang melihatnya pura-pura tak nampak. Bangga hati tuanya. Anaknya itu pandai manjaga adab sopan sebagai wanita Islam. Sejuk hatinya. Dia lantas menjemput Syed Iskandar duduk. Iman Nur ‘Ain turut sama berada di situ. Bincang perkara yang berkait dengan masa bekerja dan juga cara kerja di syarikat itu.
Perkenalan yang singkat itu, memberi kesan kepada Iman Nur ‘Ain. Apa nak jadilah? Boleh ke dia bekerjasama dengan lelaki itu? Pandang sekejap pun dah tak tentu arah. Inikan pula tiap-tiap hari kena mengadap muka lelaki itu. Kuatkanlah Imannya.
Syed Iskandar ditugaskan membantu Iman Nur ‘Ain dalam kerja-kerja luar di tapak bina. Ringanlah sikit beban Iman Nur ‘Ain nanti. Bolehlah dia menumpukan sepenuh perhatian pada kerja-kerja di pejabat itu nanti. Tak payah bersusah ke hukur ke hilir dan berjemur di tapak projek itu nanti. Orang perempuanlah katakan. Tenaga tak sekuat lelaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan