BAB 10
PADA suatu pagi, Iman Nur ‘Ain dipanggil oleh abahnya, Datuk Indra Ihsan. Kenapa? Entahlah? Cuciter… cuciter… (pinjam ayat orang sikit. Jangan marah. Peace). Kini gadis itu telah pun berada di dalam bilik abahnya itu. Waa… suspen je ni. Hehehe…
‘Apa pulak kesalahan aku kali ni? Pagi-pagi lagi abah dah cari kau. Tadi masa sarapan abah tak cakap apa-apa pun. Ni yang buat aku tak sedap hati ni,’ bisik gadis itu. Dia gelisah di tempat duduknya itu. Aircond yang terpasang tidak mampu menyejukkan badannnya yang tiba-tiba rasa berpeluh. Ye ke? Perasaan je kot.
Iman Nur ‘Ain yang duduk di atas kerusi di hadapan abahnya itu tunduk sambil memandang fail yang sedang diteliti oleh abahnya itu. Nampak serius wajah itu. Takut pulak nak bukak mulut bertanya apa masalahnya? Beberapa minit sudah berlalu. Namun tiada sebarang perbincangan dibuat antara dua beranak ini.
Tiba-tiba selepas dua puluh minit berlalu…
“Iman Nur ‘Ain binti Indra Ihsan!” panggil Datuk Indra Ihsan tiba-tiba setelah lama berdiam diri.
Tersentak gadis itu. Habis semua lamunannya sebentar tadi. Lantas dia mengangkat mukanya yang sedari tadi menunduk memandang permaidani. Eleh… macam lawa sangat permaidani tu nak ditenungnya.
‘Ah! Sudah. Abah panggil nama penuh aku siap dengan binti lagi tu. Aduh… ni mesti silap lagi. Apalah masalah aku ni? Asyik buat silap je akhir-akhir ni,’ bisik hati Iman Nur ‘Ain. Tak senang duduk dia apabila dia merasakan dia ada buat salah.
Cepat-cepat dia menyahut panggilan abahnya itu.
“Ya…ya Datuk,” jawab gadis itu tergagap-gagap.
Itulah panggilan yang selalu digunakan kepada abahnya itu apabila berada di pejabat. Semua protokol dan etika kerja mesti dipatuhi. Tak kiralah dia anak bos ke apa ke. Yang penting protokol tetap protokol. Mesti kena ikut. Betul tak? Datuk Indra Ihsan tidak pernah membezakan status anaknya itu dengan pekerja-pekerja yang lain. Baginya kerja tetap kerja. Jika anaknya itu membuat kesilapan, pasti ditegurnya. Bukannya apa untuk kebaikan bersama. Yelah tu. Betullah tu. Apa yang tak betulnya. Aiseh… ada jugak yang dengki ni. Huhuhu…
Datuk Indra Ihsan memandang wajah anaknya itu yang nampak sedikit gelisah. Nampak tak senang duduk je.
“Iman Nur ‘Ain, kenapa kontrak ini belum dibetulkan? Saya dah semak. Semuanya belum diperbaiki. Apa yang awak buat selama ni?” soal Datuk Indra Ihsan tidak berpuas hati dengan prestasi kerja anaknya itu. Semakin hari semakin merosot. Apa dah jadi? Kerap sangat buat silap.
Iman Nur ‘Ain hanya diam. Lantas dia menunduk semula. Apahal? Takut sangat ke dengan abahnya itu?
“Awak ada apa-apa masalah ke Iman Nur ‘Ain?” soal Datuk Indra Ihsan lagi apabila anaknya itu tidak menjawab pertanyaannya itu.
“Err… tak ada apa-apa masalah Datuk,” jawabnya perlahan.
“Habis tu, kenapa masih buat kesilapan yang sama?” soal Datuk Indra Ihsan lagi dengan nada suara yang sedikit tinggi. Marah nampaknya bos kita ni. Sabar… sabar…
Tersentak Iman Nur ‘Ain. Lantas dia mengangkat mukanya menghadap abahnya itu.
“Sudah saya katakan dari awal lagi, jangan campur adukkan soal kerja dengan masalah peribadi. Selesaikan dulu masalah awak. Selepas itu, baru tumpukan pada kerja awak. Kalau tak inilah jadinya. Kerja entah ke mana. Masalah pun bertambah. Betul tak apa yang saya katakan ini Iman Nur ‘Ain?” ujar Datuk Indra Ihsan tegas. Tapi, kali ini nada suaranya tidak setinggi tadi. Dikawalnya apabila melihat wajah anaknya itu terkejut dengan suaranya tadi.
“Err…”
‘Alamak! Aku bagi yang mana tu? Takkan aku silap bagi yang lama? Ya ALLAH kenapalah aku cuai sangat? Bukan ke aku dah siap asingkan yang lama dengan yang baru? Habis kenapa aku boleh silap bagi pulak ni? Siapa pulak yang memandai alih ni? Eee… ni yang buat aku geram ni…’ rungut Iman Nur ‘Ain sekadar dalam hati.
Datuk Indra Ihsan semakin pelik melihat reaksi anaknya itu. Berkerut-kerut mukanya seperti menahan sakit.
‘Kenapa pulak dengan along ni? Sakit kepala lagi ke?’ bisik hati tuanya.
Datuk Indra Ihsan ingin bertanya tapi belum sempat dia membuka mulut, tiba-tiba anaknya itu terlebih dahulu bersuara.
“Err… Maaf Datuk. Sebenarnya saya dah siapkan semua yang Datuk nak tu. Cuma saya tersilap bagi yang lama. Maaf di atas kecuaian ini,” ujar Iman Nur ‘Ain mengaku akan kecuaiannya itu. Silap dia juga kerana tidak menyemak terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada orang atasannya itu. Sepatutnya perkara itulah yang perlu dititikberatkan. Apa-apa pun lain kali jangan ulangi perkara itu ye Ain…
Datuk Indra Ihsan tersenyum sambil mengelengkan kepalanya. Iman Nur ‘Ain tidak seperyi anak-anaknya yang lain. Walaupun Iman Nur ‘Ain mempunyai kembar, namun dual lagi kembarnya itu lain benar perangainya. Betullah kata orang, kembar tak semestinya sama perangai walaupun rupa dan wajah mereka sama.
Iman Nur ‘Ain pelik melihat abahnya itu. Tersenyum dengan kesalahan yang dilakukannya atau ada sebab lain.
‘Kenapa pulak abah ni? Tetiba je senyum memanjang. Apa yang abah fikir agaknya sekarang ni ye? Isyk… tak mahu fikirlah. Buat sakit kepala je. Buat tak tahu ajelah,’ bisik hati Iman Nur ‘Ain sambil memandang abahnya itu.
Datuk Indra Ihsan turut memandang anaknya itu.
“Along…” panggilnya.
“Err… ye…” jawab gadis itu sedikit gagap.
“Along ada masalah ke?” soal Datuk Indra Ihsan straight to the point. Takyah kona-kona.
Tersentak Iman Nur ‘Ain.
‘Abah boleh kesan ke aku ada masalah?’ bisik hati kecilnya.
“Err… Eh… takdelah. Err… along takde apa-apa masalah pun setakat ni. Abah… Eh! Datuk jangan risau. Semuanya dalam keadaan baik,” ujar Iman Nur ‘Ain cuba berselindung dari perkara sebenar sampai tergagap lagaknya.
“Betul? Betul takde apa-apa?” soal Datuk Indra Ihsan tidak puas hati.
“Ye. Takde apa-apa,” jawab Iman Nur ‘Ain dengan confidentnya.
“Betul ke? Tapi, abah tengok lain macam je sejak akhir-akhir ni. Abah tengok along lain sikit sejak kebelakangan ni. Dah pandai melawa. Dulu tu abah tengok along cuma sapu bedak je. Tapi, sekarang ni abah dapat tengok perubahan anak abah ni,” ujar Datuk Indra Ihsan sambil menarik hidung mancung milik anaknya itu. Mancung ke? Hehehe…
Iman Nur ‘Ain menjerit kecil sambil mengosok hidungnya yang menjadi mangsa tarikan tu. Dikerling abahnya itu.
‘Abah tahu ke?’ bisik hatinya.
“Ada apa-apa yang abah tertinggal?” soal Datuk Indra Ihsan ingin tahu. Niatnya hanya ingin mengusik anak gadisnya itu. Dia tahu sikap pemalu anaknya itu.
Datuk Indra Ihsan tertanya-tanya perkara apa yang disembunyikan oleh anaknya itu. Dia seakan dapat meneka Iman Nur ‘Ain memyembunyikan sesuatu daripadanya.
Iman Nur ‘Ain pulak tidak keruan. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu abahnya itu tentang perasaannya itu. Al maklumlah baru first timelah katakan. Ye ke? Hehehe…
“Along…” panggil Datuk Indra Ihsan pabila melihat anaknya itu diam. Tapi, pada masa yang sama nampak gelisah.
Iman Nur ‘Ain memandang Datuk Indra Ihsan.
“Abah… along… along… tak tahu macam mana nak cerita kata bah. Benda ni datang tetiba je. Along malu nak cakap kat abah,” ujar gadis itu lantas menundukkan mukanya dari abahnya itu. Dia malu sebenarnya. Kui…kui…kui…
Datuk Indra Ihsan mengelengkan kepalanya.
‘Masalah cinta agaknya ni,’ bisik hati tuanya.
“Along… abah tak paksa kalau along tak nak cerita. Itu soal peribadi along. Cuma satu je abah nak ingatkan, jangan ikutkan sangat kata hati. Kadang-kadang ia membawa keburukan kepada kita. Hati kita perlu dijaga supaya ia tidak mudah terpedaya dengan anasir luar. Kita juga dikurniakan akal yang boleh membezakan yang mana baik yang mana buruk. Ingat tu,” ujar Datuk Indra Ihsan berpesan kepada anak gadisnya itu.
Iman Nur ‘Ain mengangguk tanda dia akan ingat semua nasihat serta peringatan daripada abahnya itu.
“Abah… insyaallah along akan ingat semua nasihat abah,” ujar gadis itu.
Datuk Indra Ihsan tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu.
Sebenarnya sedar tak sedar sudah hampir dua bukan Iman Nur ‘Ain bekerjasama dengan Syed Iskandar. Dalam tempoh itu mereka mungkin tidak menyedari ada timbul perasaan asing di antara satu sama lain. Mulut tidak terucap, tapi kalau dilihat dari bahasa tubuh dan pandangan mata mungkin kita dapat meneka mereka berkongsi perasaan yang sama. Eh…eh… macam nujum pulak. Memandai je nak teka-teka. Eleh… suka hatilah…
Datuk Indra Ihsan memerhati anaknya itu. Tetiba je termenung.
“Along,” panggilnya.
Tiada sahutan. Nampak macam tuan punya badan takde kat sini.
“Along…” dipanggil sekali lagi.
Masih juga tiada sahutan. Datuk Indra Ihsan mengelengkan kepalanya.
‘Kenapa pulak dengan along ni?’ bisik hatinya.
“Iman Nur ‘Ain!!” panggil Datuk Indra Ihsan lagi dengan nada yang sedikit tinggi.
Tersentak gadis itu. Tulah berangan lagi. Kan dah terkantoi. Habis semua lamunannya yang entah apa-apa. Terkebel-kebel matanya memandang abahnya itu.
“Err… ya… abah…” jawabnya tergagap-gagap. Dipandang wajah abahnya itu dengan tanda tanya.
“Err… kenapa abah?” soalnya. Hai… boleh pulak soal balik.
“Hai… along ni. Baru tadi abah beritahu, jaga hati. Ni belum apa-apa lagi along dah terlalai. Macam mana ni along?” keluh Datuk Indra Ihsan. Dia sedikit kecewa dengan anaknya itu.
“Along minta maaf abah. Along terlalu banyak sangat berfikir. Tu yang melayang habis tadi tu. Maaf ye abah. Lain kali dah tak buat lagi. I’m promise,” ujar gadis itu sambil mengangkat tangannya macam orang nak berikrar lagaknya. Hehehe…
“Jangan berjanji kalau tak mampu nak tepati. Abah tak nak anak abah ni merana di kemudian hari. Kalau ada apa-apa yang menganggu fikiran, along boleh cakap terus kat abah. Abah tak nak jadi orang yang paling last tahu pasal anak abah sendiri. Bolehkan along? Jangan simpan dalam hati sorang-sorang. Abah risau tengok anak abah ni,” ujar Datuk Indra Ihsan kepada Iman Nur ‘Ain itu sambil menggosok kepala anak gadisnya itu yang dilindungi oleh kain tudung.
Iman Nur ‘Ain menunduk malu mendengar kata-kata abahnya itu.
Nampak macam tahu je rahsia budak tu.
“Okey. Sekarang ni, abah nak along siapkan kerja terbaru yang baru kita dapat dua hari lepas. Abah nak tengok hasilnya lebih baik daripada sebelum ini ye. Bolehkan along?” ujar Datuk Indra Ihsan.
“Baik datuk!” ujar Iman Nur ‘Ain lantas mengangguk. Yah! Semangat tetiba. Dia berasa sedikit lega, apabila beban perasaan yang selama ini dipendam sorang-sorang terkeluar jugak akhirnya walaupun bukan kepada tuan empunya diri. Kui…kui…kui…
“Abah harap, along ingat pesan abah ni,” ujar Datuk Indra Ihsan tetiba buat muka serius. Takut tak? Hehehe…
Iman Nur ‘Ain mengangguk laju lantas meminta diri untuk keluar. Lalu dia menuju ke arah pintu. Pada ketika itu juga pintu diketuk dari luar. Terkejut gadis itu.
‘Fuh! Nasib baik aku tak pulas lagi. Nanti jadi macam hari tu,’ ujar Iman Nur ‘Ain dalam hati. Dia mengurut dadanya. Datuk Indra Ihsan yang pelik melihat kelakuan anaknya itu lantas mendekati gadis berkenaan.
“Kenapa along?” tanya Datuk Indra Ihsan lantas menepuk bahu anaknya itu.
“Hah!” tersentak gadis itu.
“Ya ALLAH! Kalau selalu macam ni boleh sakit jantung aku,” gumam gadis itu perlahan tapi masih mampu didengar oleh abahnya itu.
“Kenapa sampai nak sakit jantung pulak ni?” soal Datuk Indra Ihsan lagi sambil menuju ke arah pintu. Sebenarnya dari tadi dia sedang menunggu Syed Iskandar untuk berbincang sesuatu dengan pekerjanya itu.
Kedengaran ketukan di pintu entah berapa kali agaknya baru nak terdengar. Adui… apa da… Kesian orang kat luar tu asyik duk ketuk dari tadi.
Datuk Indra Ihsan lantas memulas tombol pintu lalu membukanya. Kelihatan orang yang ditunggu dah pun datang. Lalu dijemputnya masuk.
Iman Nur ‘Ain masih berdiri di tempatnya tadi. Tak bergerak. Dah jadi patung ke apa? Hehehe… gurau je…
“Jemput masuk Iskandar,” ujar Datuk Indra Ihsan menjemput lelaki itu masuk.
Iman Nur ‘Ain yang terkaku di depan pintu mula tersedar. Terkejut dia apabila melihat Syed Iskandar ada di dalam bilik abahnya itu.
‘Aik! Bila masa dia ada kat sini?’ bisik hatinya. Tu la berangan lagi…
Syed Iskandar turut terkejut apabila melihat dirinya. Terkedu dia apabila lelaki itu memandang tepat ke arahnya. Berdegup laju jantung. Macam-macam irama ada. Pantas dia meminta diri untuk beredar. Tak kuat rasanya nak menghadap lelaki itu untuk hari ini. Ceh! Boleh pulak buat camtu ye… Macam mana nak elak ye?
‘Hai… kalau tiap-tiap hari macam ni, kena hard attack jugak aku nanti. Uih… nauzubillah…
“Err… Cik Ain ada di sini rupanya,” ujar Syed Iskandar cuba menutup kegugupannya. Apahal pulak mamat ni gugup tetiba. Cuciter sikit. Yelah mana tak gugup. Orang yang dicari telah ketemu. Musing ketam cari padahal ada kat dalam bilik bos besar rupanya. (Musing means berpusing-pusing. Ni ayat ganu ye adik-adik) Kui…kui…kui…
“Err… kenapa?” soal gadis itu. Tak jadi dia nak melangkah keluar. Di pandang lelaki itu. Tapi sekejap je. Lepas tu tunduk. Bahaya nak pandang lama-lama. Huhuhu…
Datuk Indra Ihsan pulak yang berasa pelik melihat kedua-duanya.
‘Kenapa pulak budak berdua ni? Cakap tergagap-gagap. Ada yang tak kena ni,’ bisik hati tuanya.
“Takde apa-apa sangat. Cuma, saya nak serahkan kertas kerja yang kita bincang hari tu. Saya dah siapkan. Cik Ain nak sekarang?” ujar Syed Iskandar lantas memandang wajah Datuk Indra Ihsan yang ada di situ. Hailah… dia pun tak mampu nak pandang Cik Ain dia tu lama-lama. Huih! Mengaku Cik Ain tu dia punya. Hahaha… ada kemajuan. Cantek…
“Oo… ye ke? Takpe-takpe. Nanti kalau saya nak, saya akan minta sendiri kat awak ya. Saya minta diri dululah. Err… Datuk saya minta diri dulu,” ujar Iman Nur ‘Ain. Dengan langkah panjang dia keluar dari bilik pejabat abahnya itu. Fuh! Lega…
Datuk Indra Ihsan dan Syed Iskandar menganggukkan kepala mereka. Datuk Indra Ihsan mempersilakan lelaki masuk.
iman Nur ‘Ain yang sedang berdiri di hadapan lif berfikir seketika. Ceh! Sempat lagi tu. Apa bendanya dia fikir agaknya. Lif dah terbuka. Tapi gadis itu masih tercegat kat depan lif tu. Takde tanda-tanda nak masuk ke dalam perut lif tu.
Aduiyai… Apa nak jadi dengan si Ain ni. Boleh pulak duk tercongok kat depan lif tu. Bila nak sedar da… Alih-alih kena tegur di Kak Ita baru sedar. Tertidur ke apa? Hehehe…
Kak Rosita berasa pelik melihat gadis itu. Boleh pulak termenung kat depan lif. Si Ain ni pulak kalut punya nak cover malu menonong je masuk ke dalam lif. Malu beb… Alah Kak Ita je kot. Lain la kalau yang tegur tu si Iskandar tu. Mau setahun malu agaknya. Opps… terlebih pulak...