BAB 9
HARI itu merupakan hari pertama Prof. Adam Hakim menjejakkan kaki ke UiTM Seri Iskandar di Bota, Perak. Bukan sebagai pelajar tetapi sebagai tenaga pengajar di institusi tersebut.
Dalam perjalanan beliau ke bilik pengarah untuk melapor diri, pada ketika itulah dia terpandangseorang gadis yang sedang asyik mentelaah di bawah teduhan pokok sambil mulut gadis itu terkumat kamit membaca sesuatu. Entah mengapa, ringan saja kakinya melangkah menuju ke arah gadis tersebut. Namun, belum pun sempat dia mendekati gadis itu, tiba-tiba gadis itu di datangi dua orang lelaki dan seorang perempuan. Nampak macam sebaya. Terbantut niatnya untuk mendekati gadis tersebut.
‘Kawan-kawan dia agaknya,’ bisik hati kecilnya.
Rancak sekali mereka berbual. Sesekali kelihatan si gadis tersenyum dan ketawa riang. Macam kanak-kanak rebinalah pulak. Ah… senyumannya yang manis cukup memikat untuk sesiapa saja yang melihatnya. Dihiadi pula dengan lekuk di dagunya. Menawan sekali. Mata jantannya tidak lepas dari memandang kearah gadis tersebut.
‘Dah jatuh cintakah aku?’ bisik hatinya.
Diamati wajah comel itu dari jauh. Tidak jemu matanya memandang. Dia sedar yang perbuatannya itu tidak manis jika dipandang orang.
‘Alah sekali sekala apa salahnya,’ bisik hatinya lagi.
Hai… ‘makhluk bertanduk’ ni memang suka rialah sekarang agaknya. Terlalai seorang lagi anak adam. Astaghfiruallahhalazim. Woi! Cukup-cukuplah tu tenung anak dara orang.
Di seberang sana, Iman Nur Anis berasa seperti sedang diperhatikan. Lantas matanya terus memerhatikan kawasan sekelilingnnya. Pantas matanya menangkap kelibat seorang pemuda yang sedang asyik memandangnya di laluan pejalan kaki tidak jauh dari tempatnya mentelaah.
Prof. Adam Hakim yang seakan tersedar dirinya telah tertangkap dek curi-curi pandang anak gadis orang segera, memalingkan pandangannya ke arah lain. Lantas berlalu dari situ. Malunya bukan kepalang. Tulah asyik sangat duk tenung anak gadis orang. Kan dah kantoi.
“Isyk… macam mana boleh tertangkap pulak ni? Hah! Padan dengan muka aku. Tulah pandang sangat lama-lama. Sekejap dahlah. Adui… malunya aku,” bebel pemuda itu.
Tanpa disedarinya di hadapannya terletak sebuah tong sampah yang sederhana besarnya.
Agak-agak korang dia langgar tak?
Tiba-tiba…
Bedebuk!!
“Adoi!”
Terjatuh Prof. Adam Hakim. Kenapalah duk langgar tong sampah tu? Cari penyakit sungguh mamat ni. Kan tak pasal-pasal dapat sakit.
“Huh! Nasib baik takde orang kat sini,” ujarnya sambil matanya memandang sekeliling.
Dengan muka selamba, lelaki itu bangun membaiki cermin mata yang tersenget dan membetulkan tali leher serta menepuk-nepuk permukaan seluarnya.
Tanpa disedari ada sepasang mata yang menyaksikan kejadian itu.
Tersenyum gadis itu melihat dari jauh.
Iman Nur Anis geli hati melihat gelagat pemuda yang tak dikenali itu. Tergeleng-geleng kepalanya menahan lucu di hati. Ditahan ketawa dari meletus kerana teman-temannya yang lain tidak melihat apa yang dilihatnya.
Selepas terasa agak jauh dari tempat itu, Prof. Adam Hakim sempat lagi berpaling ke arah gadis yang berada di seberang sana. Terkedu dia seketika apabila gadis itu turut memandang ke arahnya sambil tersenyum. Boleh pulak nampak orang tu tersenyum. Dahsyat sunggung zooming prof ni kan. Kanta jenis apa agaknya dia pakai sampai boleh nampak gadis itu tersenyum. Padahal rasanya agak jauh jugak jarak mereka tu. Huhuhu…
Pantas Prof. Adam Hakim berpaling ke arah lain. Malunya.
“Ya ALLAH!. Malunya aku. Dia nampak ke tadi? Memang dia nampaklah tu agaknya. Siap senyum lagi. Hai… apalah nasib,” keluh lelaki itu.
Dengan pantas, dia terus melangkah menuju ke arah bilik pengarah. Tak paling belakang dah. Serik kot. Hehehe…
APABILA terkenangkan peristiwa yang hampir lima bulan lalu, Prof. Adam Hakim akan tersenyum seorang diri.
Apa tidaknya, setiap kali masuk ke kelas budak architecture tu, dia sering kali diusik oleh pelajarnya itu. Tak lain tak bukan, siapa lagi kalau tak Iman Nur Anis.
‘Budak tu masih ingat lagi kejadian itu rupanya,’ bisik hatinya.
Prof. Adam Hakim tersenyum seorang diri di taman mini di halaman rumahnya. Kadang-kadang tu nampak macam orang tak betul je. Yelah asyik tersenyum sorang-sorang. Nak kata angau pun ye kot. Hehehe…
Tanpa disedarinya kelakuannya itu diperhatikan oleh ibunya.
“Eh! Budak Am ni, dah buang tabiat ke apa? Hah! Tengok tu, siap tersengeh lagi tu. Nampak macam orang angau pulak aku nengoknya,” ujar Pn. Amira sambil mengelengkan kepalanya. Lantas dia terus menuju ke arah anaknya itu.
Prof. Adam Hakim yang masih tidak menyedari kehadiran ibunya itu masih melayan angaunya itu. Kui…kui…kui…
“Amboi! Anak bujang sorang ni senyum aje memanjang dari tadi,” sampuk Pn. Amira yang sedang menghampiri anak bujangnya itu.
“Err… mama. Terperanjat Am,” ujar Prof. Adam Hakim terkejut dengan sapaan ibunya itu.
Macam mana tak terkejut, habis tu dari tadi duk melayan perasaan aje.
“Hah! Dah sembahyang ke belum ni?” soal Pn. Amira.
“Dah. Am baru lepas solat tadi,” ujar Prof. Adam Hakim.
“Lewat Am sembahyang? Tulah sapa suruh tidur lepas maghrib. Mamakan dah pesan. Aii… Am… Am…” keluh Pn. Amira.
“Err… Am terlelap tadi masa nak tunggu azan Isyak. Mama pun tak kejutkan. Nasib baiklah tak sampai ke subuh Am tertidur. Ni dapat bangun pun sebab terkejut dari tidur dapat mimpi pelik-pelik…” ujar Prof. Adam Hakim.
“Emm… lain kali beringatlah,” ujar Pn. Amira memberi peringatan kepada anaknya itu.
“Insyaallah. Eh! Mama tak tidur lagi? Hari dah jauh malam ni,” ujar Prof. Adam Hakim kepada ibunya.
“Hah! Tahu pun dah jauh malam. Habis tu anak mama yang sorang ni tak reti-reti nak masuk tidur?” balas Pn. Amira pula.
‘Aiseh… terkena aku,’ bisik hati Prof. Adam Hakim. Dia hanya tersenyum mendengar kata-kata mamanya itu.
“Emm… dari tadi mama perhatikan Am duk tersenyum sorang diri. Duk pandang bulan tu, kenapa? Terkenangkan siapa agaknya?” tanya Pn. Amira ingin tahu.
‘Adalah tu nak korek rahsia ni,’ bisik hati anaknya itu.
“Err…”
“Siapa orangnya? Kenalkanlah pada mama. Mama nak berkenalan jugak, siapa yang menyebabkan anak mama jadi angau macam ni,” ujar Pn. Amira. Dia dapat mengagak apa yang tersirat di fikiran dan hati anak bujangnya itu. Cewah! Macam ahli nujum la pulak.
“Err… apa mama cakap ni? Siapa apa pulak ni? Isyk… mama ni. Ada-ada ajelah,” ujar Prof. Adam Hakim cuba berdalih.
“Alah Am ni, ingat mama tak perasan ke? Sejak akhir-akhir ni Am selalu sangat termenung. Naik risau pulak mama negoknya. Am beritahu mama siapa budak tu? Nanti senanglah kerja mama nak uruskannya,” ujar Pn. Amira tekad.
“Eh! Budak mana pulak ni mama? Senangkan kerja mama? Kerja apa mama? Mama ni ada-ada ajelah,” ujar Prof. Adam Hakim masih lagi mahu berselindung.
“Hah! Tengok tu, nak berdalih lagi. Mama tahu Am suka kepada seseorang kan? Betulkan? Jangan tipu mama. Mama dapat lihat dari perubahan anak mama ni. Betulkan apa yang mama cakapkan ni?” soal Pn. Amira cuba serkap jarang.
Prof. Adam Hakim hanya memandang ibunya itu. Mengangguk tidak, mengeleng pun tidak. Apa da. Buat tak tahu je dengan pertanyaan seorang ibu. Karang kecik hati batu tahu. Huhuhu… Dia bukan apa, Cuma tak tahu apa yang perlu di katakan kepada ibunya itu.
Pn. Amira masih menunggu jawapan dari mulut anaknya itu. Padahal dia mahu mengertak anaknya itu. Nak suruh jugak budak tu mengaku. Nakal jugak orang tua…opps… orang emas ni. Hehehe…
“Err… mama… Am… Am…”
“Emm… Am lah satu-satunya anak lelaki mama yang tinggal. Aiman dah takde. Dia dah tinggalkan kita. Sebelum mama pun ikut jejak abah dengan adik kamu tu, mama nak tengok kamu hisup berkeluarga, ada orang jaga. Adik kamu si Ainul tu tak telefon-telefon. Dah berapa lama kat sana. Dia dah tak ingat kat mama agaknya,” ujar Pn. Amira dengan nada sebak.
Prof. Adam Hakim termanggu.
‘Aiseh… mama masuk kisah sedihlah pulak. Ni yang aku tak sanggup ni,’ bisik hati kecilnya.
“Mama, ALLAH s.w.t lebih sayangkan Aiman dengan abah. Sebab tu DIA amik diaorang. Mama janganlah sedih-sedih macam ni. Kita doakan supaya roh Aiman dengan abah di tempatkan dalam orang yang beriman. Amin…” ujar Prof. Adam Hakim cuba mententeramkan ibunya itu.
Pn. Amira hanya mampu mengangguk.
“Emm… pasal Ainul pulak, mama janganlah risau sangat kat dia. Am yakin dia pandai jaga diri dan adab. Nanti Am telefon dia. Mungkin dia sibuk dengan assignment agaknya. Sebab tu tak sempat nak telefon mama kot,” ujar Prof. Adam Hakim lagi.
Pn. Amira yang sedari tadi melayan sedihnya tiba-tiba kembali ceria. Kenapa pulak ek? Entah-entah… Oi! Jangan ucapkan perkataan tu. Adalah tu dia teringat sesuatu. Sebab tu nampak ceria semacam je. Hehehe… Hai…backup nampak…
Prof. Adam Hakim pulak berasa pelik dengan perangai ibunya itu. Tetiba je ceria. Ni mesti ada something ni…
“Am beritahulah siapa budak tu?” soal Pn. Amira ingin tahu.
Hah! Kan betul.
‘Lah… tak habis lagi ke topic tadi. Ingatkan boleh terlepas tadi. Hai… nampak gayanya terpaksa jugak aku cerita,’ keluh hatinya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Emm… macam nilah mama, Am beritahu klu aje ya,” ujar Prof. Adam Hakim masih lagi cuba menyembunyikan perkara sebenar. Sebolehnya dia tidak mahu ibunya tahu sekarang tentang seseorang yang sentiasa ada dalam ingatannya. Ceh! Itu pun nak berahsia.
“Lah… kenapa tak nak beritahu detail terus. Dengan mama pun nak berahsia. Am tak percayakan mama ke?” ujar Pn. Amira masih tidak mahu mengalah. Dia ingin tahu siapa yang membuatkan anaknya jadi begitu. Alah… macamlah kena penyakit teruk pun. Angau je lebih. Hah! Mengatalah kat orang. Kena kat batang hidung sendiri, sendiri tanggung. Huw…huw…huw… gelak jahat…
‘Mama ni buat aku serba salah pulak. Tapi, salah ke aku beritahu kat mama? Tak salahkan. Adui… nasib… nasib…’ keluh Prof. Adam Hakim. Aiseh… mengeluh aje mamat ni.
“Mama, sebenarnya… Am malu nak cerita kat mama,” ujar Prof. Adam Hakim sambil memandang ke arah lain. Nak cari kekuatan agaknya.
“Apa yang nak dimalukan? Am ada buat salah ke? Am suka kat bini orang ke?” soal Pn. Amira bertubi-tubi. Perasaan ingin tahu membuak-buak. Nasib baik tak melimpah ruah. Hehehe…
“Eh! Tak adalah sampai macam tu sekali mama. Tapi,”
“Tapi… tapi apa?” soal Pn. Amira lagi. Adohh… apa da cakap sekerat-sekerat letih da…
Prof. Adam Hakim sesak dengan desakan ibunya itu. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan bicara. Tenangkan hati…
“Mama, budak yang Am duk teringat sangat tu sebenarnya pelajar Am sendiri. Am malu dengan diri sendiri. Ada pulak tersuka dengan pelajar sendiri. Am tak tahu macam mana boleh terbit perasaan ni,” ujar Prof. Adam Hakim sambil menundukkan kepalanya. Dia kalah dengan renungan ibunya itu. Entah apa yang difikirkan oleh ibunya. Termenung dia seketika. Menerawang jauh. Ke mana lagi kalau tak teringatkan pelajarnya itu. Iman Nur Anis, gadis yang mencuit hatinya di awal pertemuan yang tidak disengajakan.
“Adam Hakim…” panggil ibunya.
Prof. Adam Hakim masih berdiam diri. Tidak menyahut panggilan ibunya itu. Pekak ke apa? Hehehe… saje je.
“Adam Hakim! Dengar tak mama panggil ni?” panggil Pn. Amira agak kuat.
Tersentak lelaki itu. Lantas menoleh ke arah ibunya itu.
“Ye… Ada apa mama?” balas Prof. Adam Hakim yang masih lagi memandang ke arah ibunya itu. Tidak pernah-pernah ibunya memanggil dengan nada sebegitu.
‘Mama marah ke?’ bisik hatinya. Dikerling ibunya itu.
‘Hailah… kenapa mama tengok aku macam tu? Malu la pulak,’ bisik hatinya lagi.
“Am ni kenapa? Mama cuma nak tahu aje. Tak payahlah nak malu. Lumrah la kalau lelaki suka perempuan. Lainlah kalau Am suka kaum sejenos. Tu mama tak boleh nak terima. Ada faham?” ujar Pn. Amira sambil tersenyum.
Kali ini baru Prof. Adam Hakim tersedar.
‘Kenapa mama asyik senyum je dari tadi?’ bisik hatinya. Haiyoo… asyik cakap dalam hati je…
Prof. Adam Hakim rasa tak sedap hati je bila melihat senyuman ibunya itu. Ni mesti ada apa-apa nak tanya lagi tu.
“Am, mama nak tanya ni satu soalan lagi. Boleh?” ujar Pn. Amira. Dia tidak berpuas hati selagi tidak tahu maklumat sebenar. Cewah! Macam penyiasat la pulak. Kui…kui…kui…
Hah! Kan betul.
“Emm… mama nak tanya apa pulak ni? Buat suspen je,” ujar Prof. Adam Hakim berdebar.
‘Janganlah mama tanya soalan yang bukan-bukan,’ bisik hatinya.
“Mama nak tahu, siapa nama budak perempuan tu? Dia tinggal kat mana? Umur dia berapa? Bla… bla…” soal Pn. Amira ingin tahu. Huh! Soalan… macam nak cari menantu je…
Terkejut Prof. Adam Hakim dengan soalan ibunya itu. Kata nak tanya satu soalan je. Ni dah terlebih soalan pulak.
“Err… mama kata satu soalan je. Ni nak lebih dari satu,” ujar Prof. Adam Hakim terkebil-kebil memandang wajah ibunya itu.
Pn. Amira tersenyum mendengar rungutan anaknya itu.
“Alah sama je tu. Soalan untuk satu bab tu. Bab lain tak tanya lagi tu,” ujar Pn. Amira tersenyum memandang anaknya itu.
Membulat mata Prof. Adam Hakim pabila mendengar kata-kata ibunya itu.
‘Adui mama ni boleh pulak buat lawak,’ kata hatinya.
“Emm… beritahulah kat mama, siapa nama budak tu?” soal Pn. Amira sekali apabila soalannya itu tidak dijawab lagi oleh anaknya itu.
“Emm… namanya…” ujar lelaki itu lambat-lambat.
“Namanya siapa?” tanya Pn. Amira pantas.
“Alah… kenapa nak tahu nama pulak mama? Tak penting pun. Kalau mama tahu pun, mamam nak buat apa? Mama nak pergi cari dia? Ataupun mama nak pergi pinang dia?” ujar Prof. Adam Hakim dengan lemah. Malas rasanya nak bincang hal ini. Tetapi dia tidak menyedari dirinya telah terperangkap dengan kata-katanya sendiri.
“Hah! Good idea. Apa kata mama pergi pinang budak tu aje? Nak?” ujar Pn. Amira teruja dengan kata-kata anaknya itu. Dia cuma nak menyakat anaknya itu. Tapi kalau betul pun apa salahnya kan?
“Hah!! Apa?” spontan anaknya itu menjerit dengan pantas juga dia menutup mulutnya. Terkejut.
Pn. Amira tersenyum melihat reaksi anak bujangnya itu. Terkejut sangat ke?
‘Biar betul mama ni? Tak boleh jadi ni. Kalau mama betul-betul buat nanti macam mana? Tak kena naya aku nanti,’ bisik hatinya. Dia perlu mancari jalan supaya hal ini tidak menjadi rumit di kemudian hari. Ye ke? Eleh! Takkan tak suka kot. Mama kan dah bagi lampu hijau tu. On jelah takkan tu pun tak nak… Hehehe…
“Macam mana Am? Bijak tak idea mama? Opps! Bukan idea mama seratus peratus. Tu idea Am kan. Macam mana? Nak? Mama bukan apa. Daripada tengok anak mama yang asyik termenung teringatkan budak tu, lebih baik bagi budak tu terus tinggal kat sini je. Caranya, mama pinangkan terus dia untuk Am. Lepas t uterus je nikah. Kan senang. Ok tak?” ujar Pn. Amira bersungguh-sungguh memberi cadangan. Dah tak sabar agaknya nak bermenantu Pn. Amira ni.
“Apa ni mama? Kenapa hal ni nak dibangkitkan pulak? Tak bestlah mama,” ujar Prof. Adam Hakim lemah nadanya. Tak bersemangat je. Ye ke? Entah-entah dalam hati suka kot. Hahaha…
“Apa pulak tak bestnya. Baguskan cadangan mama ni. Am macam tak tahu. Mamakan dah lama mengidam nak anak menantu, ada cucu untuk diajak bermain. Ada jugak yang temankan mama berbual. Taklah sunyi sangat mama nanti. Ada orang jaga kamu. Cuba Am tengok sepupu Am tu. Siapa nama budak tu? Alah… mama dah lupalah. Ni… anak Mak Ngah Rina kamu yang nombor dua tu. Fa… Fahul ke Fatul ke apa namanya… Apa namanya Am?” ujar Pn. Amira panjang lebar.
“Fathul Hadi namanya mama,” ujar Prof. Adam Hakim kepada ibunya itu.
“Hah! Betul tu Fathul Hadi. Haa… yang tulah. Dah kahwin pun dia. Muda lagi mama rasa, sama umur dengan Aiman. Dah nak dapat anak agaknya. Dengar-dengar cerita dari mak ngah kamu tu diaorang pergi buat ultrasound katanya kembar. Hai… bertuahnya mak ngah kamu tu dapat cucu dua sekali gus. Mama ni bila lagi agaknya. Hai…” keluh Pn. Amira. Sebak pulak rasanya. Huhuhu…
Sekali lagi terkeluar nama adiknya itu. Prof. Adam Hakim dapat melihat redupan mata ibunya itu apabila nama adiknya itu disebut.
“Mama, mama okey tak ni?” soal Prof. Adam Hakim pabila melihat raut wajah ibunya itu.
“Mama okey je. Mama tak apa-apa Am. Sebak je sikit bila tersebut nama arwah adik kamu tu. Tak apalah kalau Am tak mahu beritahu pasal budak tu. Mama tak paksa. Itu hak Am nak beritahu atau tidak kan. Mama hormati soal peribadi kamu,” ujar Pn. Amira dengan wajah sayu. Lalu dia ingin berlalu masuk ke dalam rumah.
Prof. Adam Hakim tidak sampai hati untuk melukakan hati ibunya itu. Dilihatnya ibunya berjalan menuju ke pintu rumah. Tiba-tiba…
“Iman Nur Anis!” laung Prof. Adam Hakim kepada ibunya itu.
Pn. Amira berpaling apabila terdengar laungan anaknya itu.
“Apa?” soal Pn. Amira untuk memastikan apa yang didengarinya.
“Nama budak… perempuan… tu… Iman Nur Anis mama,” ujar Prof. Adam Hakim lambat-lambat kepada ibunya itu. Lantas dia menuju ke arah ibunya yang sedang tercegat di hadapan pintu masuk itu.
Pn. Amira tersenyum. Prof. Adam Hakim membalas senyuman ibunya itu. Tengok! Kuasa seorang ibu. Hehehe…
“Manis nama budak tu mungkin semanis orangnya?” ujar Pn. Amira sambil mengerling wajah anak bujangnya itu.
“Emm…”
Pn. Amira terdiam seketika. Nampak macam berfikir sesuatu. Berkerut-kerut dahinya yang telah tersedia kedut itu berfikir akan nama yang diberitahu anaknya itu. Dia macam pernah mendengar nama itu disebut. Tapi, kat mana ye?
“Kenapa mama?” soal Prof. Adam Hakim apabila melihat reaksi dari ibunya itu.
‘Tadi suruh aku cakap sangat. Ni terdiam pulak. Hai…mama…mama…’ bisik hatinya.
“Eh! Tak ada apa-apa Am. Emm… bila nak kenalkan pada mama?” ujar Pn. Amira sambil tersenyum kepada anaknya itu.
Prof. Adam Hakim hanya mampu menggelengkan kepalanya dengan permintaan daripada ibunya itu. Dia sudah sedia maklum dengan perangai ibunya itu.
“Mama… suatu hari nanti akan Am kenalkan dia pada mama ye. Am janji,” ujar Prof. Adam Hakim kepada ibunya sambil mengangkat tangannya seperti nak berikrar.
“Janji?” ujar Pn. Amira pula.
Prof. Adam Hakim hanya mengangguk tanda mengiyakan kata ibunya itu.
“Eh! Am, jom masuk. Rasa sejuk pulak mama berdiri lama-lama kat luar ni. Dah pukul berapa agaknya?” ujar Pn. Amira mengajak anaknya itu masuk ke dalam rumah.
“Yelah mama. Am pun dah rasa sejuk semacam je ni. Karang tak pasal-pasal kena ‘tegur’ nanti. Jom mama,” ujar Prof. Adam Hakim masih lagi sempat bergurau. Ada ke patut buat lawak tengahmalam buta ni. Kang kena ‘tegur’ betul-betul baru tahu.
Membulat mata ibunya itu mendengar gurauan anaknya itu. Lantas di piat teliga anaknya itu. Mengaduh jugaklah pensyarah kita yang sorang ni. Hehehe… besar-besar pun masih kena piat telinga. Buat malu je. Kui…kui…kui…
Kedua-dua beranak itu berjalan beriringan masuk ke dalam rumah mereka. Malam tersebut berlalu dengan perbincangan yang menjadi tanda tanya kepada Pn. Amira. Pernah suatu ketika dulu, dia ada terdengar nama itu diucap oleh seseorang. Tapi, siapa? Kat mana nama itu pernah didengarinya? Entah? Zero. Dia sendiri tidak ingat. Apa-apa pun dia akan tahu suatu hari nanti. Betul tak? Mungkin?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan