BAB 4
“PUKUL berapa sekarang?” soal Ilham Izany pada seorang gadis yang berada di sebelahnya. Itu tektik mengurat yang selalu digunakan olehnya pada perempuan yang dirasakan menarik perhatiannya.
Gadis itu tidak memberi sebarang tindak balas. Hanya memandang ke hadapan.
“Isyk…dia buat dek je,” ujar Ilham Izany bengang.
Lantas dia melambaikan tangannya di hadapan muka gadis itu. Terkejut gadis itu lantas berpaling ke arahnya. Gadis itu memandangnya pelik.
“Hah! Pandang pun,” ujar Ilham Izany lantas tersenyum kerana berjaya menarik perhatian gadis itu. Dia menyatakan sesuatu kepada gadis itu. Tapi, gadis itu hanya mengerutkan dahinya. Dia tidak faham apa yang dikatakan oleh Ilham Izany itu, lantas dia gunakan bahasa isyarat. Memang dia guna bahasa isyarat dah dia ni pelajar ‘istimewa’. Aiseh… terkena kau Ilham Izany. Kui..kui..kui…
Ilham Izany menepuk dahi.
“Alamak! Terkena aku sebijik,” ujarnya. Lalu dia pun beredar dari situ. Tanpa disedari lelaki itu, kebetulan ada seorang gadis yang berada berdekatan tempat itu hanya tersenyum mengejek. Huh! Padam muka.
Ilham Izany pulak sambil berjalan mulutnya membebel.
“Aduh…macam mana pulak aku boleh tak perasan tadi? Dah terang-terang tadi ada pengenalan kad tag nama dia. Tulah nak usha orang pun agak-agaklah. Padan dengan muka aku ni,” bebelnya lantas berjalan laju menuju ke kelasnya.
“Isyk…kalau Iqbal dapat tahu ni, malu aku,” bebelnya lagi. Langkah kakinya semakin dilajukan. Tiba di pintu kelasnya dia bergegas lantas menolak kuat pintu itu tanpa sedar ada orang di sebaliknya.
“Adoi!!”
Terkejut Ilham Izany. Lantas dia pergi ke arah orang itu.
“Oh! Sorry..sorry. Aku tak sengaja. Tak perasan ada orang kat belakang,” ujar Ilham Izany cemas. Dibelek-belek dahi orang itu. Perihatinlah konon. Ramai jugaklah yang pergi kerumun mamat dua orang ni. Orang famous lah katakan. Famous ke? Huhuhu…
“Apa sorry…sorry…? Ingat Super junior ke? Sakit tahu. Kalau benjol dahi aku ni nanti, siap kau,” ujar orang itu. Siapa eh? Oh! Tu Iqbal Daniel. Kawan baik budak tulah. Siapa lagi? Ilham Izany lah. Isyk.. itu pun tak dapat teka… Hehehe…
“Maaflah Iqbal… Aku bukan sengaja pun. Tak perasan ada orang tadi. Yang kau pergi duk belakang pintu tu pasal apa? Saja cari nahas,” ujar Ilham Izany cuba mempertahankan diri.
“Yelah tu tak sengaja. Kau tu yang tak tengok kiri kanan. Menonong je masuk. Lepas tu sengaja pulak tolak pintu tu. Aduh… Kau tengok benjol tak dahi aku ni?” ujar Iqbal Daniel sambil menyuakan dahinya kepada temannya itu.
“Mak oi! Benjol siot,” ujar Ilham Daniel mengusik. Sengaja dia menekan-nekan dahi temannya itu.
“Aduh! Sakitlah. Kau jangan. Aku bagi sebijik baru kau tahu. Woi! Betul ke benjol? Malu aku siot. Tu tengok tu, ramai orang tu. Mana aku nak sorok ni?” ujar Iqbal Daniel malu. Apalah yang nak dimalukan. Dah kena reda jelah.
“Relaks la bro. Itu pun nak kecoh. Macam budak manja je aku tengok. Alah takdenya benjol kepala kau tu. Merah je. Aku gurau je tadi,” ujar Ilham Izany lantas ketawa lepas.
“Banyaklah kau punya relaks. Yang kau ni, aku tengok tergesa-gesa kenapa? Kena kejar dengan siapa pulak kali ni? Kau memang tak serik-serikkan,” ujar Iqbal Daniel meneka. Dia dapat meneka apa yang berlaku pada temannya itu.
“Apa pulak? Kejar apanye? Merepek aje kau ni. Tak tengok ke aku bergegas nak masuk kelas tadi. Kau ni macam-macamlah,” dalih Ilham Izany cuba mengelak.
“Hek eleh kau ni Zany… Kau ingat aku baru kenal kau sehari dua ke? Dah lama tau. Aku kenal sangat perangai kau tu. Kita berdua ni lebih kurang sama je perangai tu. Cuma kau tu maju sikitlah dari aku,” ujar Iqbal Daniel masih lagi mengurut-urut dahinya.
“Kau ni, perangai tak baik tu jugak kau nak puji,” ujar Ilham Izany pula.
“Tahu pulak kau perangai macam tu tak baik. Yang kau pergi buat jugak tu apesal,” balas Iqbal Daniel pula.
Ilham Izany hanya mencebik. Mereka berdua duduk di ruang yang paling belakang. Kelihatan sudah ramai pelajar yang memenuhi bilik kuliah itu. Mereka berdua masih lagi sibuk berbalah kata. Bukan bergaduh okey. Cuma berbalas kata. Hehehe…
“Baik kau cakap apa yang berlaku? Kalau tak karang aku beritahu kat satu kelas rahsia kau,” ugut Iqbal Daniel.
“Eh! Kau janganlah main ugut-ugut macam tu. Apalah kau ni Iqbal. Itu pun nak kecoh. Malu le aku nanti. Jatuhlah air muka aku nanti. Okeylah… aku cerita,” ujar Ilham Izany dengan muka tidak puas hati.
“Macam tulah kawan. Cu cite cu cite (pinjam dialog filem Hantu Kak Limah Balik Rumah),” ujar Iqbal Daniel tidak sabar.
“Kau ni tak menyempat-nyempat. Cerita orang nak sangat tahu, cerita sendiri susah nak beritahu. Rahsialah konon. Menyampah aku,” ujar Ilham Daniel bengang.
“Nak mengelatlah tu,” balas Iqbal Daniel.
“Tak penting pun ceritanya. Cuma..”
“Cuma apa?” potong Iqbal Daniel tidak sabar.
“Isyk… kau ni suka sangat potong cakap aku. Aku nak ceritalah ni,” balas Ilham Izany. Geram.
“Sambunglah cepat,” desak Iqbal Daniel lagi.
“Macam ni, tadi tu aku nampak seorang awek ni. Cun gila. Nasib baik aku tak jadi gila. Macam biasalah aku guna tektik lama. Mula-mula dia buat dek je. Aku benganglah. Aku cuitlah dia. Dia berpaling kat aku. Lepas tu, aku ayatlah dia dengan teknik aku, tapi Nampak dia macam bluar je. Last-last yang buat aku terkedu tu dia guna bahasa isyarat. Terkena aku beb,” ujar Ilham Izany bersungguh-sungguh lantas ketawa dengan cerita sendiri.
Iqbal Daniel apa lagi, ketawalah. Ilham Izany turut ketawa. Bergabung tenaga ketawa. Hahaha. Ade ke? Naik semput nafasnya melepaskan ketawa. Pelajar yang berada di kelas itu berpaling ke arah mereka. Apa kena budak dua tu? Apahal pulak tu? Ketawa sakan. Apa yang lawak? Kena sampuk ke apa? Mengganggu ketenteraman awam betul.
Terkekeh-kekeh mereka ketawa tanpa sedar pensyarah subjek Elektrik sudah masuk ke dalam kelas.
“Iqbal Daniel dan kamu Ilham Izany, apa yang seronok sangat tu? Apa yang kecoh sangat? Saya masuk pun kamu tak sedar. Boleh kongsi cerita dengan kawan-kawan kamu?” perli Pn. Rosmila sambil bercekik pinggang merenung ke arah kedua-dua orang pelajarnya yang terkenal dengan kenakalan mereka itu.
“Alamak! Pn. Ros dah masuklah Zany,” ujar Iqbal Daniel perlahan kepada temannya itu dengan sisa ketawanya.
Ilham Izany mengawal ketawanya.
“Oh! Pn. Ros, maaf puan. Kami tak perasan puan dah masuk. Takde apa yang nak dikongsikan, Cuma subjek tambahan je sementara menunggu puan masuk,” ujar Ilham Izany mengawal keadaan. Dia ni kalau bab macam ni memang ekspert.
“Kamu berdua ni, entah ye entah tidak. Kamu mengutuk saya ye?” ujar Pn. Rosmila cuba serkap jarang.
“Eh! Mana puan tahu ni. Memang kita orang sedang bercakap pasal puan pun. Kita orang mana main kutuk-kutuk orang ni. Mengumpat tu adalah sikit-sikit. Tapi umpat yang elok-elok je. Betul tak Iqbal?” ujar Ilham Izany membodek pensyarahnya itu.
Semua yang berada di dalam kelas itu ketawa pabila mendengar kata-kata Ilham Izany.
“Sudah…sudah.. diam kelas. Kamu berdua ni ada saja alasannya. Okey kelas kita sambung pelajaran kita untuk hari ini,” ujar Pn. Rosmila memulakan kelas.
Pelajaran hari itu berjalan dengan lancar bagi mereka semua termasuklah Iqbal Daniel dengan Ilham Izany. Mereka berdua sangat rapat dari semester pertama lagi. Walaupun umur mereka berbeza dua tahun, tetapi keakraban mereka macam adik beradik. Adik beradik pun tak macam tu kan? Ilham Izany adalah junior Iqbal Daniel semasa Ilham Izany berada di semester satu lagi.
Pada waktu itu, sepatutnya Iqbal Daniel sudah berada di semester dua, tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan Iqbal Daniel terpaksa mengulang semester. Semasa semester satu, Iqbal Daniel suka membuli Ilham Izany. Bukan buli teruk-teruk. Cuma dia disuruh membuat assignment oleh lelaki itu. Lama kelamaan mereka menjadi semakin rapat. Boleh buat study group bersama lagi. Ilham Izany pula yang menjadi mentor kepada Iqbal Daniel. Sebabnya, tak mahu tersangkut lagi untuk sem sem yang akan datang. Sem singkatan bagi semester. Kui..kui..kui…
Walaupun jangka masa perkenalan mereka dah nak masuk tahun ke dua, tetapi hubungan mereka sangat rapat bagaikan orang dah lama kenal. Ada jugak orang mengatakan mereka kembar siam. Ke mana saja asyik nampak berdua. Ada juga desas desus mengatakan mereka berdua ni gay. NAUZUBILLAH. Tapi hakikatnya mereka berdua lelaki normal. Hanya orang yang tidak mengenali mereka mengatakan mereka sebegitu rupa. Ikut suka dioranglah. Janji mereka bukan begitu.
bab4 ni pendek je..
BalasPadam