BAB 1
“HOI!! Buta ke? Tak nampak ke kereta aku kat depan ni? Punyalah besar kereta ni pun kau tak nampak ke hah?!” jerkah Iqram Daniel sambil membeliakkan matanya kepada gadis itu.
Terkedu Iman Nur Aleeya. Debaran di dadanya masih belum reda akibat perlanggaran di antara motor skuter Naza miliknya dengan kereta Toyota Vios milik lelaki berkenaan, ini ditambah pula dengan jerkahan sebegitu rupa. Tersirap rasa darahnya hingga ke muka. Seram sejuk rasanya.
“Woi! Pekak ke?” tengking Iqram Daniel lagi.
‘Dari tak pekak, sah-sah boleh jadi pekak aku nanti,’ bebel Iman Nur Aleeya dalam hati lantas bangun mengibas-gibas seluarnya.
Diangkat skuternya yang terbaring elok di atas jalan raya itu.
‘Kesian kat kau kan Zaza,’ ujarnya dalam hati. Sedihlah pulak. Dibelek-belek skuternya. Tak sedar tangan kakinya yang cedera. Alah sikit je ni. Tak heran mana pun.
Iqram Daniel merenung tajam ke arah gadis itu. Turun naik nafasnya menahan marah.
Iman Nur Aleeya hanya mampu terkebil-kebil melihat ke arah motor skuternya dengan kereta Vios milik lelaki itu.
“Isyk… apa aku nak buat ni?” ujar Iman Nur Aleeya buntu.
“Yang kau termenung ni apasal pulak? Macam mana sekarang ni? Kau nak bayar ganti rugi?” ujar Iqram Daniel masih dalam nada yang sama. Belum reda lagi marahnya.
Iman Nur Aleeya masih lagi diam. Otaknya ligat mencari jalan, macam mana nak selesaikan kes ni? Cewah, macam cerita penyiasatanlah pulak. Main-main kes pulak.
“Dari tadi aku aje yang cakap ni, apa kes?” ujarnya.
“Kau ni bisu ke hah?! Dari tadi aku marah kau, tak ada reaksi langsung,” ujarnya lagi.
Gadis itu masih macam tadi. Tiada sebarang tindak balas dari Iman Nur Aleeya dengan kata-kata lelaki itu.
Iqram Daniel berang, bengang, marah semua ada.
“Woi! Dengar tak ni? Kenapa kau langgar ‘wife’ aku ni hah? Mata kau tu letak kat mana? Kat lutut? Ke kat siku? Dah takde tempat lain ke kau nak main? Tempat parking ni jugak kau nak main ye. Tak pasal-pasal ‘wife’ aku ni jadi mangsa kau. Isyk…Geramnya aku dengan kau ni…” bebel Iqram Daniel dengan gaya nak mencekik batang leher gadis itu.
‘Er…Eh! Bila masa pulak aku langgar orang ni?’ ujar Iman Nur Aleeya dalam hati sambil matanya melilau memerhati sekeliling.
Iqram Daniel turut memerhati sekeliling apa yang dilihat oleh gadis itu.
“Apa yang kau cari? Aku yang duk terconggok kat depan kau ni dari tadi takde pulak kau perasan,” perli Iqram Daniel.
“Er… maaf ye saudara. Saya rasa hanya kereta saudara saja yang saya terlanggar. Tak nampak pulak badan manusia yang saya terlanggar,” ujar Iman Nur Aleeya .
“Eh! Bila masa pulak aku kata kau langgar orang? Ni hah bontot kereta aku ni yang kena langgar, siapa nak bertanggungjawab?” ujar Iqram Daniel selamba.
‘Eh! Mamat ni tadi tu dia kata wife tu apa? Wife tu bukan isteri dia ke? Isyk… pening-pening…’ keluhnya.
‘Habis tu skuter aku siapa nak bertanggungjawab,’ ujar Iman Nur Aleeya tapi dalam hati jelah. Mahu kena balun dengan lelaki ni kalau dia jawab macam tu.
Iman Nur Aleeya mengaru kepalanya yang tidak gatal.
‘Eh! Apasal pulak kepala aku keras gan licin semacam ni. Laillahaillallah, helmet aku rupanya. Patutlah rasa besar semacam je,’ bisik hatinya lantas tersenyum.
Lantas dibuka helmet yang berada di atas kepalanya. Terasa beratlah pulak.
Iqram Daniel yang melihat senyuman itu terpana. Tapi pantas dia tersedar.
“Isyk… boleh pulak dia tersenyum time-time macam ni. Dah sewel agaknya,” ujar Iqram Daniel perlahan.
Namun, kata-kata itu dapat didengari oleh Iman Nur Aleeya.
“Hei! Saudara, cakap tu elok-elok sikit ye. Ingat saya tak dengar ke tadi. Agak-agaklah nak mengata pun. Saya tahulah saya salah tapi tak payahlah nak mengata macam tu,” ujar Iman Nur Aleeya dengan nada suara yang agak tinggi.
“Apasal kau ni hah? Tetiba naik angin. Betullah tu apa yang aku kata. Tak ke sewel namanya sesuka hati langgar kereta orang. Bontot kereta aku pulak tu. Kenalah apa yang aku gelar kau tu,” ujar Iqram Daniel. Puas hatinya dapat membalas kata dengan gadis itu.
“Apa pulak? Saya kan dah minta maaf tadi. Awak kot yang sewel agaknya. Dah terang-terang saya minta maaf. Awak ni memang…memang…erh…. Geramnya aku,” ujar Iman Nur Aleeya melepaskan geramnya sambil mengepal tangannya. Geram sangatlah tu.
Dalam diam Iqram Daniel memerhati serta merenung tajam ke arah gadis itu.
‘Comellah pulak minah ni,’ pujinya dalam hati tanpa sedar.
Iman Nur Aleeya memerhati sekeliling. Nasib baik kat parking lot bukan kat tengah-tengah jalan. Kalau tak buat malu je. Tayangan free. Tu pun ada yang terintai-intai. Bukannya nak tolong. Aih.. apalah nasib.
“Aik! Mamat ni tetiba diam pulak. Tadi bukan main,” bebel Iman Nur Aleeya sambil mengalihkan skuternya ke parking yang kosong. Takut mengganggu laluan orang pulak.
Dia tidak perasan yang lelaki itu asyik memerhati setiap tingkah lakunya. Dibelek-belek tangan dan kakinya apabila terasa sakit tiba-tiba.
“Uih! Luka? Bila masa pulak ni? Hayoo! Memanglah luka. Dah aku jatuh sekali gan kau kan Zaza. Tapi tadi tak rasa sakit pun,” bebelnya lagi sambil mengosok-gosok skuternya.
Iman Nur Aleeya mengalih pandangannya ke arah lelaki itu. Dia ingin mengata sesuatu. Tapi tidak jadi apabila dilihatnya lelaki itu sedang asyik merenungnya. Tajam. Uih.. bahaya tu. Iman Nur Aleeya terkedu.
“Apa hal pulak mamat ni? Aku cungkil bijik mata tu karang, tak jadi pasal-pasal buta,” bebel Iman Nur Aleeya sorang diri.
“Isyk…tak boleh jadi ni. Sampai bila dia nak pandang aku ni? Aku takkan larilah,” bebelnya lagi.
“Err…saudara,” panggil Iman Nur Aleeya.
Iqram Daniel masih lagi tidak berganjak dari posisinya yang sedang bersandar sambil berpeluk tubuh di belakang bontot keretanya.
“Saudara Vios!” panggil Iman Nur Aleeya. Kali ini dikuatkan suaranya.
Tersentak Iqram Daniel. Macam baru tersedar dari tidur nampak gayanya.
“Ada ke patut panggil aku Vios,” bebelnya.
Tersenyum gadis itu dengan aksi lelaki itu.
“Hei! Yang kau senyum-senyum ni kenapa? Aku tak buat lawak pun. Kau tak payah nak tayang muka kau yang macam minah senget tu kat sini. Sekarang ni, aku nak kau bayar ganti rugi. Tengok habis bontot kereta ni kau kerjakan,” gertak Iqram Daniel.
Serta merta mati senyuman Iman Nur Aleeya.
‘Aku senyum pun salah ke? Apa hal mamat ni. Mak aih… takkan kena bayar gantu rugi. Aku mana ada duit. Kerja pun takde. Mana aku nak cekur duit ni? Harap-harap janganlah dia mintak banyak. Setakat seratus dua ratus lepas lagilah kot,’ rungut Iman Nur Aleeya susah hati.
“Aku mintak tak banyak cuba ringgit Malaysia dua ribu sahaja,” ujar Iqram Daniel merenung tajam ke arah gadis itu. Biar dia takut sikit.
“Hah! Apa? Du..dua ribu… Saya mana ada duit banyak tu. Skuter saya ni pun kena repair jugak bukan kereta awak je. Takkan kemek sikit macam tu pun kena dua ribu. Awak jangan cari pasal dengan saya. Saya bukan bodoh. Ketuk sikit kat dalam tu dah elok. Jangan nak perbodohkan sayalah saudara,” ujar Iman Nur Aleeya tegas walaupun dia masih terkejut dengan jumlah wang sebegitu banyak hanya untuk kerosakan yang kecil.
“Kecik kau cakap. Ni apa ni?” ujar Iqram Daniel sambil jarinya menunjuk ke arah bahagian kereta yang nampak sedikit lekuk.
Iman Nur Aleeya melihat ke arah yang sama.
“Lah.. kan sikit je tu,” ujar Iman Nur Aleeya masih mempertahankan dirinya.
“Ah! Aku tak peduli. Aku nak jugak ganti rugi tu. Kalau tak aku bawak kes ni ke mahkamah,” ugut Iqram Daniel sambil tersenyum sinis.
Iman Nur Aleeya yang sedari tadi berdiri tersentak.
“Apa halnya sampai nak bawak sampai ke mahkamah. Bukan besar sangat pun kesalahan saya. Saya bukan langgar lari pun,” ujarnya sebak. Nasib baik tak nangis. Sedih sikit je.
Disandar badannya ke skuternya. Berpaut dia di situ.
“Saudara, saya minta maaf sebab dah terlanggar kereta saudara. Saya tak berniat pun na…”
Belum pun sem[pat Iman Nur Aleeya menhabiskan katanya pantas dipotong lelaki itu.
“Habis tu kalau lain kali kau berniatlah nak langgar kereta orang ye,” ujar Iqram Daniel memotong percakapan Iman Nur Aleeya.
‘Cis! Mamat ni, aku dah cakap elok-elok dia main tengking-tengking lagi. Nak cair taik telinga aku ni. Sat lagi dah bernanah agaknya kalau aku masih tadah telinga kat sini,’ bisik hatinya lantas tanpa sedar dia tersenyum.
“Kenapa diam? Tengok aku senyum lagi. Memang dah sahlah kau ni sewel,” ujar Iqram Daniel lepas. Mulut takde insurans. Main terjah je. Tak jaga hati orang langsung.
“Saudara, awak ni dah lebih. Dari tadi tak habis-habis nak kata saya ni sewel. Saya ni masih waras lagi tahu. Tak tahu pulak kalau saudara ni yang sewel. Orang dah mintak maaf dia jual mahal pulak,” ujar Iman Nur Aleeya membalas kata. Bila nak habis cerita kalau macam nilah gayanya. Tak mahu beralah.
“Apa maaf-maaf. Kau ingat dengan maaf boleh eloklah kereta aku ni ye… bukan senang nak repair bontot kereta ni tahu,” ujar Iqram Daniel lagi.
‘Dia ni tak habis lagi ke? Aku dah penat dah ni nak lawan kata-kata dia. Kering idea dah ni. Someone help me…’ keluh Iman Nur Aleeya.
‘Asyik-asyik bontot kereta dia je yang dia risau,’ bebel gadis itu lagi dalam hati.
‘Baru aku perasan dari tadi mamat ni cakap bontot kereta. Ingat ni bontot kuali ke? Orang katalah bumper kereta baru senonoh sikit. Ini main bontot segala,’ bebelnya lagi.
Tapi sekadar dalam hati. Nak mampus cakap depan-depan. Dari elok aku luka sikit tak ke naya aku jadi luka banyak. Pastu masuk hospital. Ah!! Tak nak. Tak nak, I hate hospital.
“Jadi macam mana sekarang nak bayar ke tak? Kalau tak aku telefon balai polis sekarang,” ugut Iqram Daniel lagi.
Iman Nur Aleeya kaget. Takkan dia nak buat betul-betul. Aku tak nak masuk penjara. Rasa macam nak nangis je. Sabar Aleeya sabar…
“Er… saudara takkan sampai macam tu sekali. Janganlah bergurau pulak,” ujar Iman Nur Aleeya cuba menjernihkan keadaan.
“Ada kau Nampak aku macam orang sedang bergurau senda ke? Takdekan. Keputusan aku muktamat. Apa nak jadi jadilah,” ujar Iqram Daniel masih lagi dengan nada mengugut.
Iman Nur Aleeya tiba-tiba berasa bengang. Jaga-jaga…
“Hei! Saudara, jangan ingat kau lelaki aku takut dengan ugutan kau. Aku tak heranlah. Sesuka hati kau jekan nak ugut-ugut aku. Nempak je aku kecik macam ni aku ada tali pinggang hitam tahu,” ujar Iman Nur Aleeya berani.
Terkedu Iqram Daniel dengan bahasa yang digunakan gadis itu. Boleh tahan bias mulut minah ni. Tadi elok-elok orang tu bersaya berawak kau berlagak. Sekarang kau rasakan. Padam muka. Apa lagi balas balik la.
Iqram Daniel yang ingin membalas kata gadis itu terdiam. Apabila tidak semena-mena tiba-tiba gadis itu meluru laju ke arahnya. Terkejut Iqram Daniel. Biar betul minah ni. Nak lawan dengan aku ke?
‘Apa dia nak buat,’ bisiknya.
Dilihat gadis itu menyeluk saku seluar mengeluarkan dompetnya dan gadis itu menarik tangan Iqram Daniel lalu menyerahkan segulung duit kertas kepadanya. Terkedu lelaki itu. Lah nak bagi duit rupanya. Ingatkan nak lawan tadi. Lega hatinya.
Lalu dengan pantas Iman Nur Aleeya berlari ke arah skuternya lantas menghidupkannya dan berlalu dari situ.
Iqram Daniel yang sedari terkedu tersedar semula pabila mendengar deruman enjin motor yang kuat.
“Aik! Sekejap je dah hilang. Laju gila bawak motor. Patutlah pun main langgar je kereta aku tadi. Aduhlah…” keluh Iqram Daniel smabil membuka gulungan duit kertas yang di beri gadis tersebut.
Dikira duit itu. Bercampur –campur. Ada duit merah, hijau, biru. Nasib baik takde duit syiling. Kalau tak kan satu keje pulak aku nak kira.
“Eh! Dua ratus je. Aku mintak dua ribu tadi. Pandai minah ni ye. Larikan diri. Takpe-takpe… kalau aku jumpa kau lagu kat mana-mana siap kau,” ujar Iqram Daniel geram. Tertipu dia hidup-hidup. Takkan dia tak boleh fikir.
Gadis bertudung purple tadi tu kan bawak skuter, maknanya hanya itu takat kemampuan yang mampu dia beli. Apalah kau ni Iqram. Benda macam ni pun kau tak boleh fikir ke?. Tulah ego tak hingat.
Lain pula cerita Iman Nur Aleeya. Dia mengutuk dirinya sendir.
“Adui…. Apasal aku pergi pegang tangan dia tadi. Kalau aku letak kat atas bonet kereta dia pun takde masalah. Uish…macam aku ambik kesempatan je kat mamat tu…,” bebelnya.
“Uh! Biar padan dengan muka dia tu kena tipu dengan aku. Berlagak sangat. Tapi, habis melayang duit aku bulan ni. Dua ratus tu. Banyaklah jugak untuk aku yang takde kerja buat ni,” ujar Iman Nur Aleeya kesal.
“Jahat jugak aku ni. Mesti mamat tu kutuk aku habis habisan. Tu lah siapa suruh main-main dengan aku. Kan dah terkena,” bebelnya lagi.
“Tapi….rasa berdosalah pulak aku buat macam tu. Nak patah balik ke?” ujar Iman Nur Aleeya berkira-kira hendak berpatah balik atau tidak.
“Ah! Baik tak payah. Kalau dia serang aku macam mana? Tak ke naya,”bebelnya lagi. Bila lah nak habis membebel ni.
“Kesian kat kau Zaza. Maaflah aku tak jaga kau baik-baik. Lain kali aku akan berhati-hati ye,” ujar Iman Nur Aleeya sambil mengosok kepala skuternya itu. Macam orang longgar skru je cakap dengan motor.
“Uih… mintak-mintak takde orang tengok aku cakap dengan kau Zaza,” ujar Iman Nur Aleeya lagi sambil memandang sekeliling.
Skuternya masih dipandu sederhana. Hala tujunya mestilah balik rumah. Nak mengadu kat umi. Hehehe… nak manjalah katakana. Manja ke? Kelajuan skuternya masih di paras yang boleh dikatakan selamat. Taklah laju sangat cuma seratus kilometer per jam je. Hehehe…
“MANA pulak pergi budak angah ni? Anak dara sorang ni memang tak lekat kat rumah. Nak kata pergi kerja, kerja tak lagi. Awal pagi dah keluar. Sampai sekarang belum balik-balik lagi. Isyk… naik risau pulak hati ni,” bebel Datin Nur Aisyah seorang diri.
Datin Nur Aisyah mempunyai empat orang cahaya mata. Tiga daripadanya adalah kembar perempuan dan seorang lelaki. Di antara keempat-empat orang anaknya itu, Iman Nur Aleeya yang merisaukan hati tuanya. Apa taknya, anak yang sorang ni degilnya bukan main. Dah besar panjang pun masih lagi degil. Suka ikut kata sendiri, keras kepala, asyik nak membangkang aje kerjanya. Tapi taklah sampai melawan cakap orang tuanya. Memprotes tu adalah jugak sekali sekala.
“Kak Zah! Oo… Kak Zah,” panggil Datin Nur Aisyah.
Tiada sahutan.
‘Mana pulak Kak Zah ni?’ bisik hati tuanya.
“Kak Za…” belum pun sempat Datin Nur Aisyah memanggil lagi, Kak Zah pun muncul dari arah dapur sambil memegang senduk di tangannya. Tercunggap-cunggap pembantu rumahnya itu.
“Er… ye puan. Maaflah Kak Zah tak sedar tadi. Dengar sayup-sayup je. Ingat Kak Zah khayal tadi. Kak Zah khusyuk sangat tadi mengacau gulai. Maaf ye..” ujar Azizah kepada majikannya itu.
“Emm… takpelah. Saya cuma nak tanya, ada nampak angah? Dia dah balik? Dari pagi tadi saya tak nampak dia. Dia ada bagitahu mana dia nak pergi?” soal Datin Nur Aisyah kepada Kak Zah.
“Pagi tadi ada Aleeya beritahu Kak Zah dia nak keluar pergi jogging. Nak ambik udara segar katanya. Ingatkan dia dah beritahu pada puan,” ujar Azizah kepada majikannya.
“Oh! Ye ke… Saya terlupa agaknya. Takpelah Kak Zah, nanti kalau angah balik beritahu saya ye,” ujar Datin Nur Aisyah kepada Kak Zah. Lantas dia menuju ke arah tangga untuk ke biliknya.
Belum pun sempat Datin Nur Aisyah menjejakkan kaki ke anak tangga ketiga, tiba-tiba terdengar bunyi enjin motorsikal dan serentak dengan suara orang memberi salam.
“Assalamualaikum umi,” ucap Iman Nur Aleeya apabila ternampak uminya yang kebetulan berada di situ. Dibuka helmet di atas kepalanya lalu diletakkan ke arah rak yang tidak jauh dari uminya itu.
“Waalaikummussalam,” jawab Datin Nur Aisyah sambil tersenyum menyambut kepulangan anaknya itu yang sedari tadi ditunggu.
“Umi buat apa kat tangga tu? Angah tengok tangga tu dah cukup bersih dah untuk dilap lagi. Karang tak pasal-pasal licin berkilat pulak tangga tu. Jatuh pulak sorang-sorang nanti,” gurau Iman Nur Aleeya lantas ketawa lepas di hadapan uminya itu.
“Isyk… budak bertuah ni, ada pulak ke situ difikirkannya. Umi tunggu angah dari tadi. Angah pergi jogging kat mana sampai sekarang tengahari baru balik. Jogging apa panas-panas cam ni. Karang tak pasal-pasal deman pulak sebab main panas. Angah tu bukan umi tak tahu, kena panas lama sikit dah tak tahan. Sampai seminggu deman,” bebel Datin Nur Aisyah. Dia bukannya nak membebel sangat kat anaknya tu cuma dia risau. Itu aje. Harap-harap budak comel tu faham.
Iman Nur Aleeya hanya diam. Hatinya bersoal jawab.
‘Nak cakap ke tak kat umi ni? Kalau aku beritahu, confirm aku kena ceramah nanti. Kalau tak cakap umi nampak macam risau je aku tengok. Isyk… susah sangat ke nak cakap,’ bisik hati Iman Nur Aleeya. Matanya tak lepas memerhati ke wajah uminya mencari kekuatan untuk bercerita.
Datin Nur Aisyah hanya memerhati tingkah anaknya itu. Hati tuanya meneka ada yang tidak kena dengan anaknya itu. Gelisah semacam.
“Umi… sebenarnya kan angah terlanggar kere…”
Belum pun sempat Iman Nur Aleeya menghabiskan katanya lantas dipotong oleh uminya.
“Apa? Langgar kereta. Siapa yang angah langgar? Angah cedera tak? Orang tu macam mana? Teruk tak keadaan dia? Dia mintak ganti rugi tak?... Blar…blar… lagi dan lagi. Kan betul kena.
“Umi.. umi… cop-cop..Relaks okey. Angah tak apa-apa. Orang tu pun tak apa-apa. Angah belum habis cakap lagi umi dah potong. Dengar dulu angah cerita,” ujar Iman Nur Aleeya memimpin uminya duduk di atas sofa kat ruang tamu lah. Kat mana lagi kan.
“Okey… cerita kat umi sekarang macam boleh berlaku kejadian tu?” ujar Datin Nur Aisyah sambil memegang tangan ankanya itu. Nak beri semangatlah katakan
“Emm…macam mana nak mula ek..?” ujar Iman Nur Aleeya tak pasti nak mula dari mana.
“Angah?” panggil uminya inginkan jawapan daripadanya.
“Err… tadi masa angah dah siap jogging, angah pun nak baliklah. Macam biasalah angah bawak motor. Angah lalu lah kat tempat biasa angah selalu lalu,” Iman Nur Aleeya berhenti seketika menarik nafas. Lantas sambung semula ceritanya. Datin Nur Aisyah hanya mendengar tanpa mencelah.
“Entah dari mana datang kereta tu pun angah tak perasan, tak sempat nak brek pastu, gedeng angah pun terlanggar belakang kereta tu. Lepas tu, angah pun terjatuhlah sekali dengan Zaza. Kesian Zaza habis calar balar badan dia. Nasib baik lampu depan tak rosak teruk. Pecah sikit lah. Umi… nanti angah nak mintak duit sikit nak repair Zaza ye…” ujar Iman Nur Aleeya memujuk uminya. Tebalkan muka mintak duit dengan uminya. Nak buat macam mana habis duitnya dia beri kat lelaki tu.
“Emm…habis tu orang yang angah langgar tu macam mana?” tanya Datin Nur Aisyah ingin tahu.
“Umi mana ada angah langgar dia. Angah terlanggar belakang kereta dia aje. Dia tu kerek nak mampus. Kemek sikit je nak suruh bayar dua ribu. Melampau tu. Yang buat angah kecut tu dia nak bawak perkara ni kat mahkamah kalau angah tak bayar. Ada pulak macam tu. Kemek sikit macam tu takdelah sampai beribu-ribu. Ketuk sikit je dah elok balik. Kelentong betul mamat tu,” ujar Iman Nur Aleeya bengang.
“Habis tu angah bayar tak?” tanya uminya.
“Alah umi… umi macam tak tahu anak comel umi ni mana kerja lagi. Mana ada duit nak bayar banyak tu. Angah bagi je berapa yang angah ada masa tu. Lepas tu angah terus blah. Amals nak duduk situ lama-lama. Boleh bernanah telinga kalau angah duduk situ lama-lama,” ujar Iman Nur Aleeya algi.
“Dah tu dia tak cakap apa-apa lepas angah bagi duit kat dia?” soal Datin Nur Aisyah lagi.
“Angah malas nak ambik tahu apa dia nak cakap. Sebab tu, angah terus pergi je lepas bagi duit tu,” jawab Iman Nur Aleeya jujur.
“Tapikan umi, boleh tahan jugaklah mamat tu. Sedap mata memandang. Ada iras-iras Amer Munawer. Tapi dia ni tinggi sikitlah dari penyanyi tu. Badan dia tegap sikit kot,” ujar Iman Nur Aleeya tanpa sedar memuji lelaki yang dilanggarnya itu.
“Hai…sempat lagi tenung anak teruna orang. Ingat angah pandangan kena jaga. Jangan sampai lalai. Tapi sape pulak Amer Munawer ni?,” ujar uminya. Sempat lagi berpesan supaya anak gadisnya itu tidak terus hanyut.
Tersenyum simpul Iman Nur Aleeya apabila ditegur uminya. Masakan tidak, masa tengah bergaduh sempat lagi duk tilik anak teruna orang. Uih… buat malu je.
“Ala umi ni… Umi kan tahu angah minat gila kat kumpulan ruffedge. Amer Munawer tu salah seorang anggota kumpulan tulah. Tapi, dia dah keluar dari group tu. Dia beralih kepada nyayian islamik pulak. Apa-apa pun angah still minat jugak kat dia. Hehehehe….” ujar Iman Nur Aleeya panjang lebar sambil tersengih menampakan barisan giginya yang putih. Putih ke?
Datin Nur Aisyah hanya mampu mengelengkan kepalanya. Memang dari dulu lagi anak gadisnya itu minat sangat kat kumpulan tu. Sampai simpan gambar-gambar group tu. Isyk… angah-angah.
“Umi nak tahu tak. Ada satu perkataan yang membuatkan angah nak rasa macam nak guling-guling kat atas jalan tu. Ada ke patut dia cakap bonet kereta tu bontot kereta. Tak senonoh betul. Nasib baik angah dapat control. Kalau tak dah lama dia jadi mangsa gelakkan angah,” ujar Iman Nur Aleeya diselangi ketawa lepas sambil menekan-nekan perutnya.
Datin Nur Aisyah hanya tersenyum melihat telatah anaknya itu. Kalau dia dah mula ketawa macam tulah gayanya.
“Umi…angah laparlah,” rengek Iman Nur Aleeya. Nampak sangat macam anak manja.
“Mari kita ke dapur tengok apa yang ada. Pagi tadi sebelum keluar angah tak makan?” soal Datin Nur Aisyah.
“Emm… pagi tadi adalah tiga ketul karipap angah bedal. Sedap… Umi yang buat kan,” ujar Iman Nur Aleeya lantas tersengeh kea rah uminya.
“Patutlah kurang karipap tu. Ingatkan kucing yang kebas. Padahal ‘ibu kucing’ ni yang bedal,” ujar uminya lantas tertawa kecil sambil tangannya mengosok-gosok tangan anaknya tanda kasih yang tidak berbelah bagi.
Tiba-tiba…
“Auch!” jerit Iman Nur Aleeya.
“Kenapa?” soal uminya pula.
“Err….”
Belum pun sempat Iman Nur Aleeya memberi alasan uminya pantas membelek tangannya.
“Eh! Kenapa luka ni?” tanya Datin Nur Aisyah sambil membelek-belek badan anaknya itu.
“Kat sini pun ada luka. Banyak ni. Jom pergi hospital. Nanti melarat pulak luka-luka ni. Masuk kuman kea pa ke. Jom…” ajak Datin Nur Aisyah yang sudah sedia bangun untuk mengajak anaknya itu.
“Err… tak payahlah umi. Luka sikit je ni. Nanti angah letak ubat gamat je. Nanti baik lah tu,” ujar Iman Nur Aleeya ingin mengelak.
“Apa pulak sikit. Banyak ni. Kat tangan, kat kaki pun ada. Jom pergi hospital,” arah Datin Nur Aisyah lagi.
“Umi… tak naklah pergi hospital. Tak nak… bukan best pun pergi sana. Nanti letak ubat gamat elok lah luka ni,” rayu Iman Nur Aleeya kepada uminya.
“Isyk…degil betul budak ni,” rungut uminya lagi.
“Merengek macam budak kecik. Luka kecik macam tu jangan dibuat main. Nanti melarat umi tak tahu. Tak pasal-pasal kena potong tangan dengan kaki tu,” ugut Datin Nur Aisyah pula. Tulah degil sangat. Kan dah kena sakat dengan umi sendiri.
“Hah! Kenapa pulak kena potong, bukan teruk mana pun,” ujar Iman Nur Aleeya memprotes tak puas hati.
“Memanglah sekarang tak teruk, lepas-lepas ni mana tahu…” ugut uminya lagi cuba menakut-nakutkan budak comel tu.
‘Emm… tahu pun takut,’ bisik hati tuanya. Rasa nak ketawa melihat wajah tak puas hati anak gadisnya itu, tapi ditahan. Takut terkantoi pulak sebab menipu. Pandai jugak aku kelentong anak sendiri.
“Isyk… mamat nilah punya pasal. Tak pasal-pasal aku dapat luka. Entah dari mana datang tetiba je ada kat depan aku. Aku terkejut tak sempat nak brek je. Kalau sempat… isyk tak baik kata kalau. Kalau tu kalau ni… isyk… susah betullah,” bebel Iman Nur Aleeya bengang.
Datin Nur AIsyah hanya mendengar bebelan anak gadisnya itu.
“Umi takyahlah pegi hospital. Pergi klinik pun tak pe. Tak nak hospital ye…” pujuk Iman Nur Aleeya sambil memaut lengan uminya.
“Kenapa takut sangat nak pergi hospital? Bukan diorang buat apa pun, cuma perikasa apa yang patut je,” balas Datin Nur Aisyah pula.
“Err….tak naklah… kita pergi klinik jelah umi,” ujar Iman Nur Aleeya lagi masih lagi memujuk.
“Okey… jom kita pergi klinik,” ajak Datin Nur Aisyah sambil memaut lengan anak gadisnya. Macamlah budak comel tu nak lari. Hehehe….
kpd sesiapa yg add... sila2lah beri komen...
BalasPadammaaf le kalau ade kesilapan ejaan... saya budak baru belajar...