Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 9 Julai 2011

@w@k L@gi!? - b@b 8

BAB 8
                KELIHATAN Iman Nur Anis dan rakan-rakannya dalam perjalanan ke kafeteria. Mereka berjalan sambil berbual-bual mengenai pembelajaran sebentar tadi. Tiba di selekoh kafeteria, mereka terserempak dengan Prof. Adam Hakim bersama Balqis Diana, pelajar jurusan Kejuruteraan Awam. Mereka berdua nampaknya begitu khusyuk berbual sampai  tidak perasan budak berempat itu berselisih dengan dengan mereka. Entah apa yang dibualkan…
                “Eh! Apa yang mereka bualkan hah!? Sampaikan Prof. Adam tak nampak kita,” soal Nur Areesa Ayuni kepada Iman Nur Anis sedikit curiga.
                Iman Nur Anis hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu.
                “Hei! Kau ni Ari tak payahlah nak sibuk-sibuk hal orang. Jaga diri sendiri tu. Biarlah prof dengan hal dia. Suka hati dialah nak keluar dengan siapa pun. Itu hak diakan?” ujar Aliff Fikri menyampuk pabila mendengar gadis itu bertanya kepada Iman Nur Anis.
                “Eleh! Macamlah orang tanya dia,” balas Nur Areesa Ayuni pula bengang.
                Iman Nur Anis tersenyum melihat temannya yang sorang tu. Muncung habis kalau tak puas hati. Hai… macam macam hal.
                Ahmad Aris pula tersengeh melihat gelagat rakan-rakannya itu.
                Anis, Ari, Aliff dan juga Aris bergegas menuju ke kafeteria. Mereka perlu cepat. Selepas ni, ada kelas Encik Yusuf Husaini pula yang mengajar subjek Sejarah Seni Bina. Mereka berempat memilih tempat duduk yang agak terlindung supaya tidak mengganggu orang lain dengan kekecohan yang bakal mereka lakukan. Tahu tak pe. Pandai pun.
                Aliff Fikri dan Ahmad Aris mendahului budak dua orang tu untuk membeli makanan. Tinggal Iman Nur Anis dan Nur Areesa Ayuni di meja tersebut. Bukan apa nak tanda tempat. Kalau tinggal karang takde tempat pulak nanti. Time macam ni memang ramai student berkerumun kat sini. Al maklumlah time rehat. Aliff dan Aris sudah kembali ke meja mereka. Kini tiba giliran Anis dan Ari pula pergi membeli makanan mereka.
                Sedang mereka asyik menjamu selera, mereka didatangi oleh Prof. Adam Hakim. Terpinga-pinga mereka seketika.
                ‘Baru cakap pasal dia tadi. Dah pun muncul. Panjang umur,’ bisik Nur Areesa Ayuni lantas menjeling ke arah temannya, Iman Nur Anis yang masih menunduk menjamu selera.
                “Assalamualaikum,” ucap Prof. Adam hakim memberi salam.
                “Waalaikumussalam w.b.t,” jawab mereka serentak.
                Tanpa dipelawa, Prof. Adam Hakim duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Iman Nur Anis yang tersedia kosong. Hai… macam tahu-tahu aje ada orang nak duduk kat situ. Bagaikan nak tersembur air yang diminum Iman Nur Anis. Apa tidaknya, tempat lain ada yang masih kosong. Tapi, sebelah Iman Nur Anis jugak dia nak duduk. Rakan-rakannya yang lain menjeling ke arah  mereka berdua. Lantas mereka tersenyum. Hei! Kenapa pulak ni?
Iman Nur Anis diam tidak terkata. Terkedu gadis itu. Tak tahu nak buat apa. Hendak dihalang dah duduk pun. Hendak beralih tempat nanti kecik hati pulak pensyarahnya itu. Nampak sangat tak hormat. Apa nak buat ni?
‘Hai… duduk ajelah Anis. Bukannya Prof. Adam nak buat apa pun. Ramaikan orang kat sini. Nak takut apa? Aduh… tapi aku tak selesalah,’ keluh hati gadis itu. Apalah nasib…
Rasa malu tiba-tiba menerjah hati Iman Nur Anis. Dia teringat kata-kata Nur Areesa Ayuni tempoh hari.
‘Betul ke?’ bisik hatinya. Leka dia seketika melayan perasaan. Selalunya dialah yang suka mengusik Prof. Adam Hakim tak kira tempat. Tapi kali ini lain pulak ceritanya. Diam seribu bahasa.
Tiba-tiba terasa lengannya disiku. Tersentak dia. Lantas berpaling ke arah temannya itu. Dia membuat isyarat mata tanda tanya.
‘Apa?’ terangkat keningnya memandang Nur Areesa Ayuni.
Dilihat temannya itu menjuih mulut ke hadapan.
Iman Nur Anis segera berpaling. Terkedu dia seketika. Masakan tidak dua pasang mata tertumpu ke arahnya. Apa kes?
‘Apa yang tak kena pulak ni?’ bisik hatinya tanda tanya.
“Iman Nur Anis,” kedengaran namanya dipanggil seseorang. Siapa ye?
Lantas dia berpaling ke arah orang itu.
“Hah!?” Iman Nur Anis terkejut dan tertanya-tanya.
“Kenapa?” soalnya.
Dilihatnya pensyarahnya itu memandang tepat ke arahnya.
‘Apa hal pulak ni?’ bisik hatinya lagi.
Rakan-rakan yang lain pelik melihat reaksi Iman Nur Anis itu.
‘Apa yang tak kena pulak ni?’ bisik hatinya lalu mengerling temannya itu.
“Iman Nur Anis!” panggil Adam Hakim sambil memandang tepat ke arahnya.
Terkedu Iman Nur Anis.
“Hah!? Ye prof. Aa… ada apa?” tanya Iman Nur Anis tergagap-gagap. Sejak bila minah ni jadi gagap? Hairan…
‘Kenapa semua pandang aku?’ bisiknya lagi. Tak senang duduk dia.
“Jauh awak ‘mengembara’. Dah sampai mana?” perli Prof. Adam Hakim sambil matanya masih lagi memandang pelajarnya itu.
Terpingga-pingga gadis itu.
“Err… emm… tak pi mana-mana pun. Saya kan tengah duk makan ni. Sedap sangat nasi ni. Tu saya khusyuk menghayatinya,” ujar Iman Nur Anis berdalih. Apa dah. Ingat drama filem ke nak hayati. Hehehe…
Ketawa Prof. Adam Hakim mendengar jawapan dari gadis itu. Cuba tengok apa yang dimakan oleh Iman Nur Anis. Bukannya nasi seperti yang dikatakan tapi maggi goreng. Apa nak jadi dengan si Anis ni? Tak boleh beza ke? Aduh… parah ni.
Temannya yang lain turut tertawa termasuklah Nur Areesa Ayuni.
“Betul ke nasi tu sedap sangat? Tak percayalah saya. Cuba awak tengok betul-betul apa yang awak makan tu?” ujar Prof. Adam Hakim tersenyum.
                Iman Nur Anis buat muka tak bersalah. Dilihat makanan yang berada di depannya itu.
                “Eh! Apasal nasi ni nampak lain?” soal Iman Nur Anis menanya dirinya sendiri, tapi mampu didengar oleh orang di sebelahnya itu. Prof. Adam Hakim tersenyum mendengar ayat gadis itu.
                Iman Nur Anis menepuk dahinya.
                “Aduh! Maggi goreng rupanya. Sorry prof. Saya silap cakap. Ayya… maggi…maggi rupanya,” ujar Iman Nur Anis cuba menutup malu.
                ‘Adui… kantoi aku. Apa dah kena dengan aku ni? Mabuk ke apa? Nasi dengan maggi pun tak tahu beza ke? Malu…malu… Mana aku nak letak muka ni?’ bisik hati kecil Iman Nur Anis. Merah padam mukanya menahan malu.
                Prof. Adam Hakim masih memandang pelajarnya itu. Lucu pulak melihat wajah Iman Nur Anis yang menahan malu. Merah padam. Macam udang kena bakar. Kalau letak telur kat muka tu mesti masak telur tu. Huhuhu…
                “Anis! Kau dengar tak apa yang kitaorang bincang ni? Kami dari tadi tunggu pendapat kau mengenai aktiviti apa yang akan kita buat kat Pulau Pangkor tu nanti. Tapi, kau boleh buat dek je dari tadi. Panas gak hati aku ni,” ujar Nur Areesa Ayuni kepada temannya itu yang nampak sedikit blur dan gelabah.
                Iman Nur Anis tersengeh mendengar ayat yang keluar dari temannya itu. Hehehe…
                “Sorry,” ujar Iman Nur Anis sambil menunjukkan tanda peace kepada temannya itu. Bukan apa nak cover malu sebenarnya tu.
                Prof. Adam Hakim pulak menjadi pemerhatinya.
                “Emm… Macam mana persiapan kamu semua nak ke Pulau Pangkor? Dah siap?,” tanya Prof. Adam Hakim tiba-tiba.
                “Mestilah dah siap prof. Tak sabar-sabar rasanya nak pergi. Habis satu kedai saya borong,” ujar Ahmad Aris teruja. Kelentong aje kerjanya. Banyak duit nak borong satu kedai.       
                “Hah! Biar betul kau Ris? Mana kau dapat duit? Banyak ke barang yang kau beli. Kalau ada lebih bagilah kat aku sikit ye,” ujar Nur Areesa Ayuni buat-buat teruja. Padahal dia tahu temannya itu mana ada banyak duit pun. Sesekali sakat orang. Ye ke sesekali?
                Ahmad Aris tersengeh mendengar kata-kata Nur Areesa Ayuni itu. Saje je.
                Prof. Adam Hakim dan Iman Nur Anis turut tersenyum mendengar omelan gadis itu.
                Aliff Fikri aje yang mencebik.
                “Itu pun kau percaya Ari? Aris tu kelentong lebih. Manalah dia ada duit nak memborong barangan. Nak beli makanan ni pun dia tak duit. Aku yang tolong bayarkan untuk dia ni tau,” ujar Aliff Fikri sambil mencebik ke arah Ahmad Aris.
                Ahmad Aris pula membalas cebikan temannya itu.
                “Alah… kau ni Aliff tu pun nak berkira. Nanti aku bayarlah balik. Ingat aku tak ada duit ke? Aku tertinggal dompet kat biliklah. Itu pun nak kecoh,” balas Ahmad Aris bengang.
                Semua yang berada di meja itu tersenyum mendengar kata-kata Ahmad Aris.
                “Iman, kenapa dari tadi awak diam aje? Selalunya awak yang paling kecoh. Mana pergi suara awak? Awak sakit ke Iman?” soal Prof. Adam Hakim ingin tahu. Dari tadi dia datang gadis itu becakap nak tak nak je. Ada masalah ke?
                ‘Kenapa dengan dia?’ bisik hati Prof. Adam Hakim.
                Prof. Adam Hakim lebih suka memanggil Iman Nur Anis dengan panggilan Iman. Ringkas katanya. Tapi, nama Anis pun ringkas jugak. Manis pun manis. Hehehe… Apa-apa ajelah Prof. Adam Hakim ni.
                Iman Nur Anis tersentak.
                “Err… tak ada apa-apalah prof. Saya sihat je setakat ni. Saya seronok tengok diaorang bercerita. Nampak excited nak pergi sana. Dah lama tak nampak mereka seronok macam ni,” ujar Iman Nur Anis berani tetapi masih menunduk.
                “Ye ke? Ke awak malu dengan saya Iman?” soal Prof. Adam Hakim. Statement berani mati. Yelah tu…
                Teman-temannya lain memandang satu sama lain. Mereka juga pelik melihat perangai gadis itu hari ni.
                “Hah! Kenapa pulak saya nak malu dengan prof?” dalih Iman Nur Anis masih lagi tidak mengangkat mukanya. Apa hal? Malu sangat kot.
                ‘Memang aku malu pun. Siapalah yang tak malu kalau ditegur sebegitu rupa,’ bisik gadis itu.
                “Ye ke? Tak percayalah saya. Tengok tu, cakap pun tak pandang muka saya. Tu kata tak malu lagi,” ujar Prof. Adam Hakim cuba mengusik gadis itu.
                ‘Aduh… prof ni. Tak payahlah kata macam tu. Aku dah bertambah malu ni. Ari tolong aku,’ bisik Iman Nur Anis sambil mengerling temannya di sebelah meminta pertolongan.
                Nur Areesa Ayuni macam rasa nak ketawa je melihat wajah temannya itu. Merah padam. Tulah action je lebih. Dulu berani sangat berdepan dengan prof. Tapi, tengoklah sekarang nak angkat muka pun tak mampu. Hai… Anis… Anis.
                Iman Nur Anis tidak membalas kata-kata pensyarahnya itu. Biar dia mati kutu dengan kebisuan aku. Hehehehe… Tektik jahat… huhuhu…
                “Err… prof, Anis ni memang macam tu. Kalau datang masa dia memang macam tulah jadinya,” sampuk Nur Areesa Ayuni cuba mengcover temannya itu. Ceh! Ayat rojak.
                “Masa apa pulak ni?” soal Prof Adam Hakim pula.
                Iman Nur Anis mengerling temannya itu. Dia membuat isyarat mata memberi amaran supaya temannya itu tidak meluahkannya. Dia dapat meneka dan menjangka apa yang akan diucapkan oleh gadis itu.
                Nur Areesa Ayuni tersengeh. Sengeh jahat tu…
                Ariff dengan Aris dari tadi menjadi pemerhati. Mereka tak nak masuk campur. Tambahan pula duk tengah makan tu. Karang menyampuk tersedak pula kang.
                ‘Kenapa gelabah sangat si Anis ni?’ bisik Ahmad Aris tertanya-tanya.
                “Oh! Masa. Masa apa ek? Alah prof… biasalah orang perempuan ni ada time dia. Prof. faham-faham ajelah,” ujar Nur Areesa Ayuni selamba. Dia memandang wajah temannya di sebelah.
                Iman Nur Anis menepuk dahinya.
                ‘Aku dah agak. Kau memang nak kena dengan aku Ari. Nanti kau Ari. Kena kau nanti. Dari malu sikit dah bertambah-tambah malu aku ni,’ bisik hati Iman Nur Anis sambil menjeling tajam temannya itu.
                Prof. Adam Hakim pula tersenyum lantas ketawa kecil mendengar kata-kata pelajarnya itu.
                Nur Areesa Ayuni bertindak menjauhkan dirinya daripada Iman Nur Anis sebagai langkah berjaga-jaga. Tengok mata dia aku dah tahu. Aku mengerti tu. Kejap lagi mesti kena ketip ketam ni.
                “Auch!”
                Hah! Kan dah kata. Betul tak?
                Semua mata yang berada di meja itu tertumpu kepada Nur Areesa Ayuni termasuk Iman Nur Anis. Tertanya-tanya mereka apa yang berlaku.
                “Kau kenapa Ari tetiba menjerit ni?” soal Aliff Fikri terkejut tetiba temannya itu menjerit.
                Nur Areesa Ayuni memandang wajah temannya di sebelah.
                Iman Nur Anis pula membuat isyarat, kenapa?
                ‘Aih! Buat-buat tanya pulak minah ni. Kau cubit kan?’ bisiknya sambil membuat isyarat geram dengan temannya itu.
                ‘Apa?’ soal Iman Nur Anis pula membuat isyarat mata.
                Iman Nur Anis melihat temannya itu mengosok pergelangan tangan.
                “Kau kenapa Ari?” soal Iman Nur Anis perlahan apabila temannya itu tidak lepas memandangnya tanda geram.
                Nur Areesa Ayuni mendekatkan badannya sedikit ke arah temannya itu. Dibisikkan ke telinga gadis itu.
                “Kau yang cubit aku kan?” soal Nur Areesa Ayuni perlahan. Memanglah perlahan kan berbisik tu.
                Iman Nur Anis membuat muka pelik.
                ‘Bila pulak aku cubit dia?’ bisik hatinya.
                “Hah! Apa bisik-bisik ni? Korang mengumpat ye?” sampuk Aliff Fikri tiba-tiba.
                Ahmad Aris pula membuat isyarat mengiyakan kata-kata Aliff Fikri itu.
                “Err… bukanlah. Mana ada kita orang mengumpat. Ni hah! Si Ari ni nak ke tandas katanya. Dah tak boleh tahan. Tu dia bisik kat aku tu. Kami mintak diri dulu ye prof,” ujar Iman Nur Anis selamba lalu dia cuba menarik lengan temannya itu supaya turut mengikutnya.
                Nur Areesa Ayuni menjeling temannya itu.
                ‘Ceh! Aku pulak yang terkena,’ bisik Nur Areesa Ayuni.
                “Eh! Anis, kau jadi ke tak pergi Pulau Pangkor tu nanti. Kalau kau tak pergi tak best la nanti, kan Aris,” ujar Aliff Fikri tetiba.
                “Yalah Anis, kalau kau tak pergi tak syok la,” sambung Ahmad Aris pula.
                Iman Nu ranis tidak jadi melangkah. Dia berhenti seketika. Lantas berpaling ke arah teman-temannya dan juga pensyarah itu. Nur Areesa Ayuni turut membuat perkara yang sama. Ceh! Tak aci meniru.
                “Hei! Korang dengar cakap siapa yang aku tak pergi? Pandai-pandai aje. Aku dah lama mengidam nak pergi sana tau. Sesuki hati korang je nak cancelkan aku punya rancangan ye,” ujar Iman Nur Anis bengang. Ye ke bengang? Geram je kot.
                “Habis tu kau macam tak minat je masa kita orang sibuk bincang pasal aktiviti tadi. Kau macam tak interested je nak ambil bahagian,” ujar Ahmad Aris.
                “Alah… sorrylah korang. Sorry ye,” ujar Iman Nur Anis masih cuba menenangkan dirinya. Lah kenapa pulak? Tu hah! Si pensyarah tu duk tengok dia. Apalah prof ni… adui… rosak… rosak.
                Prof. Adam Hakim hanya melihat kerenah pelajarnya itu. Macam-macam hal.
                “Baguslah kau dah kata macam tu Anis. Hah! Tunggu apa lagi tu. Karang terburai pulak si Ari tu kat sini. Kata tadi nak ke tandas. Cepatlah pergi. Go… go,” ujar Aliff Fikri selamba macam gaya menghalau je.
                “Kau… jaga kau Aliff. Tunggu kau kat situ. Nanti aku datang balik,” ujar Nur Areesa Ayuni memberi amaran.
                “Woo… takutnya aku,” balas Aliff Fikri.
                “Eee…” balas gadis itu geram.
               
                “KAU ni Anis kenapa kau cubit aku? Sakit tau,” ujar Nur Areesa Ayuni kepada Iman Nur Anis sambil menunjukkan pergelangannya yang nampak sedikit merah.
                 “Lah… bila masa pulak kau cubit? Kan kau beralih sikit dari aku tadi. Tak jadilah aku nak cubit. Memanglah aku geram tadi rasa macam nak cubit-cubit je mulut kau tu. Tapi, aku tak jadi buat pun,” ujar Iman Nur Anis bersungguh-sungguh.
                “Habis tu, kenapa aku rasa sakit macam kena cubit je. Ni cuba kau tengok ni. Dah merah dah tangan aku,” ujar Nur Areesa Ayuni sambil menghulurkan tangannya ke arah Iman Nur Anis.
                “Meh! Nak tengok. Mak oi! Merahnya. Kau kena gigit ape ni? Nampak macam kena gigit kala jengking je,” ujar Iman Nur Anis cuba menakutkan temannya itu.
                “Hah! Biar betul kau Anis. Matilah aku nanti,” ujar Nur Areesa Ayuni macam rasa nak menangis je.
                Iman Nur Anis ketawa kecil.
                “Wei! Takkan itu pun kau percaya. Aku kelentong jelah. Tapi, kenapa tangan kau ni? Merah semacam je. Hei! Janganlah asyik mengaru je. Jom kita pi beli ubat gamat kat koop. Nanti entah apa-apa pulak jadi,” ujar Iman Nur Anis menghalang tangan temannya itu daripada mengaru. Ditarik tangan Nur Areesa Ayuni supaya mengikutnya ke koperasi berdekatan. Ooo… koop tu singkatan kepada koperasi. Hehehe…
               
                “WEI! Korang pergi mana hah!? Bukan main lama lagi. Keras sangat ke?” ujar Aliff Fikri selamba. Apa da. Buat malu je. Lantas menjauhi gadis itu.
                “Cis! Mulut kau. Control sikit. Tak ada insurans ke? Straight to the point betul kau ni. Aku pulak rasa segan. Kau memang nak kena pelakung aku agaknya kan Aliff,” ujar Nur Areesa Ayuni nak buat gaya nak lempang muka Aliff Fikri tu. Huh! Nasib baik kau lari dulu. Kalau tak memang dah kena si Aliff.
                “Eh! Prof dah pergi dah ke?” tanya Iman Nur Anis apabila tidak Nampak kelibat pensyarahnya itu.
                “Ooo… prof. Dia ad…” belum pun sempat Ahmad Aris meneruskan kata Iman Nur Anis dah potong. Hei… suka sangat potong cakap orang dia ni.
                “Fuh! Selamat aku,” sambungnya lagi.
                “Apa yang selamat?” sampuk satu suara.
                “Hah!?” terkejut Iman Nur Anis mendengar suara itu.
                ‘Aik! Bukan ke si Aris kata prof dah pergi,’ bisik gadis itu sambil memandang Ahmad Aris tanda tanya.
                Tulah orang belum habis cakap lagi dah potong. Hah! Sekarang tanggunglah sendiri.
                Empat pasang mata berpaling ke arah suara itu.
                “Err… prof,” ujar Iman Nur Anis perlahan.
                “Kenapa Iman? Awak nampak terkejut bila tengok saya. Ada apa-apa yang saya tak tahu?” ujar Prof. Adam Hakim sambil menjinjing beg laptopnya.
                “Err… takde apa-apalah prof. Saje je tanya dia orang ni,” ujar Iman Nur Anis menutup malu.
                Prof. Adam Hakim tersenyum mendengar kata-kata gadis itu.
                ‘Aik! Apasal prof bawak laptop? Ni ada projek apa-apa ke? Woi! Kawan-kawan tak ingat ke, lepas ni ada kelas,’ bisik Iman Nur Anis sambil menyinggul lengan Nur Areesa Ayuni.
                Nur Areesa Ayuni hanya mampu mengangkat bahunya.
                “Err… prof. Prof nak buat apa dengan laptop tu,” tanya Nur Areesa Ayuni ingin tahu.
                Belum sempat Prof. Adam Hakim nak bukak mulut si Aliff nak menyampuk.
                “Apalah kau ni Ari. Nak buat apa lagi? Nak buat kerja la. Itu pun mahu tanya,” ujar Aliff Fikri. Saja je nak naikkan darah budak tu.
                Nur Areesa Ayuni mengacip giginya tanda geram.
                “Aku bukan tanya kaulah. Aku tanya prof,” balas Nur Areesa Ayuni pula.
                “Yelah, aku tolong sampaikanlah tu bagi pihak prof. Kan prof kan,” ujar Aliff Fikri tak mahu kalah.
                “Err… bukan ke kejap nanti kita ada kelas?” sampuk Iman Nur Anis yang dari tadi terdiam.
                “Eh! Korang tak tahu ke kelas En. Sai… opps… tersasul pulak En. Yusuf dibatalkan,” ujar Ahmad Aris mencover ayatnya. Kan dah tersasul kat depan prof. Tu lah suka sangat gelar orang belakang-belakang. Kan dah terkantoi.
                Prof. Adam Hakim membuat mimik muka pelik.
‘Kot-kot belakang aku pun dia orang ni kutuk khaw-khaw kat aku,’ bisik Prof. Adam Hakim sambil menggelengkan kepalanya. Macam-macam hal budak-budak zaman sekarang ni. Ada je akal nakal nak kenakan orang. 
                “Hah! Ye ke? Habis kena aku dengan Ari tak tahu. Bila dikhabarkan tu. Siapa yang beritahu?” soal Iman Nur Anis terkejut. Eleh! Takkan itu pun terkejut. Action lebih. Depan proflah katakan. Huhuhu.
“Aliff kau tak beritahu kat dia orang ke? Aku kan suruh kau mesej tadi. Takkan lupa kot,” ujar Ahmad Aris sambil memandang Aliff Fikri.
                “Alamak! Aku lupa. Aku dah nak hantar mesej, tetiba kredit habis. So, aku tak teringat nak beritahu kat kau suruh mesej kat budak dua ni semula,” ujar Aliff Fikri memberi alasan. Entah ye entah tidak.
                “Banyaklah kau terlupa. Kredit habislah konon. Padahal kedekut. Nak save kreditlah tu. Nak mesej gan awek kan. Ingat aku tak tahu. Kalau kau tahu takde kelas, baik aku gan Anis balik je tadi. Kau ni kan Aliff buat aku geram je,” ujar Nur Areesa Ayuni sambil mendekati temannya itu. Jaga-jaga Aliff, Ari dah naik angina tu. Cabut.
                “Err… relaks la Ari. Itu pun nak naik angin. Asyik-asyik nak marah je kerjanya. Aku memang terlupa la. Aku ni cuma manusia biasa, tak lari dari buat salah dan masalah,” ujar Aliff Fikri. Kononnya nak memujuklah tu. Biar kasi sejuk sikit hati si Ari tu.
                “Hah! Mengaku pun kau,” balas Nur Areesa Ayuni.
                “Dah-dahlah tu. Takkan kat sini pun nak gaduh. Prof. Adam ada kat depan ni. Respectlah sikit. Kalau nak gaduh kejap lagilah. Aku nak tumpang sekaki,” ujar Ahmad Aris selamba. Boleh pulak buat lawak tengah-tengah serius.
                Prof. Adam Hakim yang mendengarnya turut ketawa.
                “Habis tu apa yang korang buat kat sini lagi? Siap dengan prof bawak laptop dia sekali. Ada projek besar ke?” soal Nur Areesa Ayuni kepada temannya itu inginkan kepastian.
                “Tulah kau lama sangat kat tandas tadi. Ni hah, prof nak bincang pasal aktiviti yang kita nak buat masa pi kat pula utu nanti. Nak join tak ni Ari, Anis?” ujar Aliff Fikri kepada dua orang temannya itu.
                “Ooo… ye ke? Boleh jugak. Jom Anis,” ujar Nur Areesa Ayuni sambil menarik tangan Iman Nur Anis supaya terlibat sekali dalam perbincangan itu.
                “Err…” hanya itu yang termampu keluar dari mulut Iman Nur Anis.
                Iman Nur Anis hanya menurut. Kalau ikutkan hatinya ingin saja dia balik ke rumah sewa. Daripada duduk semeja dengan profnya itu. Kenapa pulak? Ada-ada ajelah Anis ni. Ada ke nak jadikan prof tu musuh. Kalau jadikan calon suami takpelah jugak kan. Kui…kui…kui…
               
               

2 ulasan: