BAB 7
“ANGAH! Nanti berhenti dekat pintu pagar warna putih tu,” ujar Ilham Izany pada Iman Nur Aleeya sambil tangannya menghala ke arah rumah yang hendak dituju.
“Yang mana satu ni? Angah tengok kebanyakkan pintu pagar kat sini semua warna putih je. Yang mana satu ni?” ujar Iman Nur Aleeya sambil matanya melilau-lilau mencari rumah yang dikatakan oleh adiknya itu. Tengok tu. Kebanyakkan pintu pagar kat situ warnanya putih. Tak boleh nak salahkan aku kalau kau tak tahu yang mana satu. Isyk… mana satu ni?
“Angah ni orang dah tunjukkan tadi. Tu hah… rumah yang tu. Ala rumah yang berbumbung biru tu. Nampak ke tak?” ujar Ilham Izany geram sambil memegang kepala eh helmet yang berada di atas kepala angahnya itu kea rah rumah yang ditunjukkan itu.
“Amboi! Bukan main kau eh! Nasib baik tak tergeliat leher angah ni tahu,” ujar Iman Nur Aleeya sedikit bengang dan marah.
“Habis angah tak nampak. Zany tunjukkan lah,” ujar Ilham Izany membela diri.
“Banyaklah kau. Mana satu ni?” ujar Iman Nur Aleeya masih mencari.
“Isyk… angah ni memang lah. Tu hah!” ujar Ilham Izany sambil menunjuk arahnya.
“Mana? Tu ke? Yang rumah dua tingkat yang ada beranda tu ke?” soal Iman Nur Aleeya inginkan kepastian.
“Yelah, yang tulah. Apalah angah ni. Rumah yang sebegitu besar pun tak nampak,” ujar Ilham Izany selamba mengutuk angahnya itu.
“Ooo… sedapnya kau mengutuk orang ye. Orang dah tolong hantarkan pun nak banyak songeh. Angah turunkan kat sini karang baru tahu,” gertak Iman Nur Aleeya pula.
“Okey. Sorry-sorry. Cepatlah,” ujar Ilham Izany memohon maaf. Macam lagu Super Junior lah pulak.
Iman Nur Aleeya yang baru ternampak rumah tersebut menunggang skuter purplenya dengan kelajuan sederhana.
‘Selang dua buah rumah lagi,’ bisiknya sambil melajukan kelajuan skuternya.
“Angah! Perlahanlah sikit. Nanti terlang….” belum pun sempat Ilham Izany meneruskan ayatnya, tiba-tiba sebuah kereta meluncur keluar dari rumah dua tingkat itu.
Iman Nur Aleeya terkejut apalagi tak sempat mengelak, lalu terlanggar bumper kereta tersebut.
Bumm!!! Stritt!!
Terjatuh Iman Nur Aleeya disisi skuternya.
“Aduh! Sakitnya,” jerit Iman Nur Aleeya mengerang kesakitan. Dia sempat menoleh ke belakang. Dilihat adiknya, Ilham Izany tiada di belakangnya. Melilau matanya mencari.
‘Mana pulak pergi si Zany ni? Takkan masuk bawah kereta ni kot,’ bisik hatinya lalu matanya menghala ke bawah kereta.
“Takde pun,” ujarnya. Matanya lingkas masih mencari adiknya itu.
Ternampak di suatu sudut di tepi tong sampah berwarna hitam, adiknya itu terduduk di atas jalan raya. Berkerut dahi Ilham Izany menahan sengal di punggungnya. Iman Nur Aleeya hanya mampu tersengeh melihat keadaan adiknya itu. Mujur tak cedera teruk.
Lantaran itu, seorang pemuda keluar dari kenderaan tersebut lalu menghala ke arah belakang keretanya.
“Ya Allah! Habis… kereta aku. Baru aje ganti ni. Isyk… hamba Allah mana pulak ni yang punya angkara?” bebel Iqram Daniel. Pantas matanya menghala ke arah orang yang sedang landing dengan skuternya di atas jalan raya itu.
Iman Nur Aleeya yang masih termanggu-manggu sempat lagi mengangkat skuter purplenya itu dan menongkatkannya sambil memandang pemuda yang menuju ke arahnya.
‘Adui… sakit pulak kaki ni. Terseliuh agaknya,’ bisik hatinya.
Iqram Daniel membalas pandangan gadis yang berada di hadapannya itu.
“Apa cite ni? Seronok ke langgar kereta orang? Dah tak nak hidup ke? Nak berlumba pun janganlah kat kawasan perumahan ni. Pergi tempat yang lebih sesuai. Ada faham?” ujar Iqram Daniel dengan nada memerli. Marah sebenarnya tu.
Iman Nur Aleeya hanya mampu diam. Dipandang lelaki itu.
‘Aik! Macam pernah ku lihat, tapi di mana ye?’ bisik hatinya.
Iqram Daniel turut memandang gadis itu dengan pandangan marah.
“Macam pernah lihat awak ni,” ujar Iqram Daniel kepada Iman Nur Aleeya cuba mengingati di mana dia pernah terjumpa gadis itu.
Tiba-tiba mulutnya terlopong. Serta merta didekati gadis itu.
“Hah! Gotch you. Kau kan yang langgar kereta aku hari tu? Hari tu kau lari macam tu aje kan. Tapi sekarang ni jangan harap kau boleh lari lagi,” ujar Iqram Daniel lantas dipegang pergelangan tangan gadis itu.
“Eh! Apa ni? Apa pegang-pegang ni? Haram tahu. Lepaslah. Zany… tolong angah,” ujar Iman Nur Aleeya sambil menepis tangan lelaki itu. Suka hati dia je nak pegang tangan anak dara orang. Nasib baik berlapik dengan baju lengan panjang. Kalau tak, ada yang pengsan kat situ karang.
Ilham Izany yang masih terduduk di atas jalan raya itu lantas bangun apabila mendengar panggilan angahnya itu. Macam serius je. Terhinjut-hinjut dia berjalan menuju ke arah kakaknya itu.
“Angah!” panggil Ilham Izany.
Iqram Daniel dan Iman Nur Aleeya serentak menghala pandangan mereka ke arah empunya suara.
“Angah tak apa-apa ke?” soalnya lantas memandang angahnya dan pemuda yang sedang erat memegang pergelangan tangan kakaknya itu.
“Eh! Abang Iqram!” sapa Ilham Izany kepada pemuda itu iaitu abang kepada sahabat baiknya, Iqbal Daniel.
“Hah! Kamu Zany. Apa yang kamu buat kat sini?” tanya Iqram Daniel ingin tahu sambil memerhati kedua-dua hamba Allah yang berada di hadapannya itu. Tangannya masih tidak melepaskan pergelangan tangan Iman Nur Aleeya. Syok la tu dapat pegang. Hehehe… Iman Nur Aleeya pula sedari tadi berusaha melepaskan pegangan lelaki itu. Tapi tidak juga berjaya. Semakin ditarik semakin kejap pegangannya. Ada jugak yang kena gigit nanti.
‘Isyk…sampai bila nak pegang tangan aku ni. Karang aku gigit tangan ni baru tahu,’ bisik hatinya.
“Zany datang ni nak jumpa Iqbal. Ada discussion sikit,” ujar Ilham Izany sambil melihat angahnya yang berusaha menarik pergelangan tangannya dari pemuda itu.
Ingin dia bertanya kenapa dipegang tangan kakaknya itu. Tapi…
“Hei! Awak. Sampai bila nak pegang tangan saya ni? Saya takkan lari. Lepaslah. Naik sakit tangan ni. Awak pegang kuat sangat ni kenapa? Saya bukan nak lari pun. Lepaslah,” ujar Iman Nur Aleeya masih lagi cuba menarik tangannya dari pegangan lelaki itu. Apa punya tanganlah dia ni. Keras macam batu. Sampai sakit tangan aku ni.
Serta merta Iqram Daniel melepaskan pergelangan tangan gadis itu. Lantas berpaling ke arah Ilham Izany.
“Kamu ni kenapa? Jalan terhinjut-hinjut. Dari mana?” soal Iqram Daniel apabila melihat Ilham Izany jalan sebegitu rupa.
“Err… saya tak apa-apa. Saya dari rumah tadi,” ujar Ilham Izany sambil mengosok punggungnya yang terasa sengal.
“Ni siapa? Kamu datang dengan dia ni ke?” soal Iqram Daniel sambil menjeling ke arah Iman Nur Aleeya.
Iman Nur Aleeya membalas jelingan lelaki itu. Ceh! Ingat kau tu sapa hah! Polis? Soal-soal orang pulak.
“Oh! Ni kakak saya. Kakak saya yang nombor dua. Kenapa abang Iqram? Abang kenal ke dengan angah saya ni?” tanya Ilham Izany ingin kepastian.
“Emm… memang kenal sangat. Kalau kereta abang ni boleh bercakap memang dah kena kakak kamu ni Zany,” peril Iqram Daniel sambil matanya melirik ke arah Iman Nur Aleeya.
‘Ceh! Perli aku lah tu. Okey takpe. Hari ni hari kau esok lusa siapa tahu? Eh! Tak nak tak nak… tak mau aku jumpa dengan orang spesis ni lagi. Merana aku nanti. Asyik aku aje yang jadi mangsa,’ bisik hati Iman Nur Aleeya.
“Zany percayalahh cakap dia tu. Dahlah kasar. Tak beradab pulak tu. Suka suki dia je pegang tangan angah ni. Zany kenal dengan dia ni?” tempelak Iman Nur Aleeya lantas menghadiahkan jelingan maut kepada lelaki itu.
‘Eleh! Main jeling-jeling. Kang juling mata tu baru tahu,’ bisik Iqram Daniel sambil membalas jelingan gadis itu. Ingat dia sorang pandai jeling aku pun tahu.
“Eh! Kenapa angah cakap macam tu? Tak baik tau. Umi selalu berpesan jangan bersangka buruk terhadap orang. Nanti kita jugak yang rugi. Zany kenal dengan abang Iqram ni. Abang Iqram ni abang kepada Iqbal. Dia baik apa,” ujar Ilham Izany menerangkan perkara sebenar. Ye ke baik si Iqram ni? Huhuhu…
Tersengeh Iqram Daniel pabila dipuji sebegitu.
Iman Nur Aleeya mencebik.
‘Ceh! Puji sikit dah kembang setaman. Perasan betul,’ bisiknya sambil memandang lelaki itu.
“Zany, cakap kat kakak awak ni, kalau nak bawak motor laju-laju, pergi main kat litar. Kat sana tak de kereta. Kalau dah kemaruk sangat nak melanggar, langgar aje tayar-tayar yang bertimbun kat situ. Tak cederakan orang. Diri sendiri mungkin cedera kot,” ujar Iqram Daniel geram dengan nada memerli sekali.
“Hei! Apa pulak main orang tengah ni? Kan saya asa kat depan awak ni, cakap ajelah kat saya. Awak ingat saya pekak ke? Saya dengarlah,” ujar Iman Nur Aleeya bengang.
‘Dia ingat aku ni siapa? Sesuka hati aje mengutuk aku kat depan adik aku. Tak gentleman langsung. Apa punya lelakilah macam tu? Sebijik macam orang perempuan bergaduh. Berbalas mulut. Lepas tu takkan nak bertarik rambut kot lepas ni. Isyk… mengarut… mengarut..’ bebel Iman Nur Aleeya dalam hati sambil memandang Iqram Daniel. Lama.
“Apa pandang-pandang? Ada hutang? Hah! Memang ada pun kan?” ujar Iqram Daniel tersenyum sinis.
“Heh! Tak boleh ke? Saya ada mata. Suka hati sayalah nak pandang ke nak apa ke. Takkan awak malu kot? Tadi bukan main garang lagi. Awak takut dengan saya ke? Jangan takut. Setakat ni saya makan nasi je. Memang pun saya ada hutang dengan awak. Nak bayar sekarang ke?” ujar Iman Nur Aleeya bermain kata walaupun dalam hati hanya Allah aje yang tahu. Tak ke naya kalau lelaki tu minta ganti rugi. Mana dia nak cekur duit. Adui! Tu lah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Kan dah terkena batang hidung sendiri.
Dilihatnya lelaki itu terkulat-kulat dengan kata-katanya. Mengelabah pulak si Iqram ni. Tak disangka gadis di hadapannya ini sangat berani. Ingatkan nak berdalih. Alih-alih dia yang terkena. Ini tak boleh jadi.
“Apa kau kata? Kenapa aku perlu takut dengan kau? Tak ada sebab pun. Kau tu yang sepatutnya takut sebabnya nanti kau kena bayar ganti rugi kereta aku ni. Mahal tahu. Dahlah minggu lepas aku baru ganti. Ini kena ganti lagi. Ini semua kau punya pasallah. Tak pasal-pasal aku kena pergi bengkel kereta tu lagi. Ingat aku takde kerja lain ke nak buat. Berlambak tahu. Dan sekarang ni dah tergendala semua kerja aku. Ada kau amik kisah?” ujar Iqram Daniel melepaskan geramnya. Amik kau sekali dia marah semua keluar. Tahan ajelah telinga tu. Nasib kau lah Aleeya.
Iman Nur Aleeya hanya mampu terdiam. Karang kalau dia membalas kata ada yang kena nanti. Baik diam aje. Terkebil-kebil matanya melihat lelaki itu yang sedang meraup wajahnya. Nak tenangkan hatilah tu agaknya.
Ilham Izany diam. Dia tak tahu nak mencelah kat mana. Karang tak pasal-pasal dia yang kena. Biar dia jadi hakim untuk meredakan keadaan. Tunggu dan lihat.
‘Hai! Mamat ni. Kenapalah aku asyik terjumpa dia. Takkan la aku ada jodoh dengan dia kot? Eee… tak nak aku. Garang bukan main. Kasar pulak tu. Merana hidup aku nanti,’ bisik hati Iman Nur Aleeya. Uih! Aleeya sampai ke situ pulak difikirkannya. Hehehe…
“Hah! Apa kau nak cakap sekarang? Nak cari idea nak larikan diri lagi?” ujar Iqram Daniel serkap jarang apabila melihat gadis itu berdiam diri macam memikirkan sesuatu.
Ilham Izany yang memerhati hanya mengelengkan kepalanya. Dah besar panjang pun nak bergaduh lagi. Apalah… isyk..isyk..
Lantas dia menyampuk.
“Dah habis ke?” soal Ilham Izany tiba-tiba.
Kedua-duanya terdiam. Mereka memandang satu sama lain sambil menggaru kepala masing-masing yang tidak gatal sebenarnya.
“Apalah angah dengan abang Iqram ni, gaduh kat tengah jalan macam ni. Kalau orang tengok tak ke malu. Mesti dia orang fikir laki bini bergaduh. Hal rumahtangga pun bawak kat luar rumah. Apalah korang ni. Dah macam budak-budak tadika bergaduh nampak dari gayanya,” ujar Ilham Izany menyedarkan kedua-dua orang itu.
Iqram Daniel terdiam. Dikerling gadis itu.
Iman Nur Aleeya masih diam. Dia sedang berfikir agaknya.
‘Adui! Apalah malang betul nasib aku. Asal terserempak dengan mamat ni aku aje yang terkena tempiasnya. Aku je yang dapat sakit. Dia takpelah duk dalam kereta. Paling tak pun kereta yang kena. Tapi kau ni, macam mana? Memang akulah yang terkena. Nak selamat macam mana semua on air. Apa aku merepek ni? Uish!’ bebel Iman Nur Aleeya dalam hati.
‘Alah… macam mana ni? Dia macam tengah marah. Apa aku nak buat ni?’ bisiknya lagi.
“Err… awak, saya minta maaf. Saya tak sengaja nak terlanggar kereta awak ni. Tak sempat nak elak. Tu yang terkena tu,” ujar Iman Nur Aleeya memohon belas kasihan. Kononnya. Tapi dalam hati sumpah seranah agaknya.
“Ada aku kisah? Asyik-asyik minta maaf. Tak sengaja. Kalau sengaja memang kau ada niat nak langgarlah ye. Takde ayat lain ke nak cakap? Kalau hulur duit ganti rugi untuk kereta ni tak apa jugak. Ini tak maaf, maaf,” ujar Iqram Daniel masih lagi dalam mood marah. Bukan marah sangat pun. Cuma nak gertak gadis itu je. Huhuhu… nakal kau ye Iqram.
‘Apa ni? Minta maaf pun salah ke? Tak faham aku dengan mamat ni. Muka aje hansome. Huh! Perangai macam singa. Asyik nak marah aje kerjanya. Cakap elok-elok tak boleh ke?’ bebel Iman Nur Aleeya dalam hati. Asyik bebel dalam hati si Aleeya ni. Takut ke apa nak luahkan. Eh! Ye tak ye jugak kang si Aleeya ni hambur semua kat si Iqram ni tak ke naya budak tu kena.
“Hei! Awak! Yang awak nak marah saya ni apasal. Saya kan dah minta maaf. Lainlah kalau saya lari macam hari tu. Bolehlah awak nak kutuk ke nak apa ke ikut suka awaklah. Bukan saya dengar pun. Ini tak, saya dimarah lagi adalah. Kan saya dah kata takkan lari. Awak nak cara macam mana nak ganti rugi ni? Nak saya bayar terus ke atau apa?” bebel Iman Nur Aleeya menghabur semua rasa hatinya. Amik kau, kan dah terkena tempias.
“Huh! Kan senang macam tu. Okey sekarang ni kalau aku minta ganti rugi tu sekarang mesti kau tak boleh bagi kan? Aku tengok keadaan kau, aku dah dapat agak. Mesti tak mampu kan? Sebagai gantinya aku nak kau basuh kereta aku tu setiap hari jumaat selama sebulan. Ada faham. Tugas itu bermula lepas kereta ni siap direpair. Macam mana? Setuju?” ujar Iqram Daniel membuat syarat on the spot.
Apa macam boleh ke si Aleeya ni. Dah kira untunglah tak payah bayar dengan duit tapi kena bayar dengan keringat. Berbaloilah. Apalagi Aleeya. Setuju jelah. Karang tak pasal-pasal dia tarik balik syarat tu. Tak ke naya nak cari duit. Dahlah belum dapat kerja. Ni dah ditimpa hutang pulak. Apalah nasib kau Aleeya?
“Hah!? Tapi…” ujar Iman Nur Aleeya cuba mencari alasan lain.
‘Fikir-fikir. Aduh… idea tak datang. Mati aku kena jadi orang suruhan tak bergaji selama sebulan. Mampukah aku? Macam mana nak cakap dengan umi nanti? Asyik keluar setiap jumaat… isyk… macam mana ni?’ bisik hatinya.
“Kenapa? Tak mampu ke? Dengan duit memang kau tak mampu. Takkan dengan tenaga pun tak boleh kot?” ujar Iqram Daniel tersenyum sinis.
Iman Nur Aleeya memandang ke arah adiknya itu meminta pertolongan.
Ilham Izany yang sedari tadi berdiri memerhati duduk di atas batu yang berada berdekatan pintu pagar rumah itu. Lenguh agaknya. Tapi dua orang hamba Allah tu tak tahu penat agaknya. Dari tadi berdiri,. Bertekak lagi. Tak penat ke bertikam lidah macam tu. Haila…
‘Amboi! Boleh pulak dia senang lenang duduk kat situ. Aku yang kat sini terkontang kanting mencari idea dia sedap-sedap je duduk terconggok kat situ. Apa punya adiklah. Tak tolong kakak langsung,’ bebel Iman Nur Aleeya sekadar dalam hati.
“Macam mana? Setuju tak?” soal Iqram Daniel.
“Err…”
“Macam mana? Okey tak?” tanya Iqram Daniel lagi. Terus didesak gadis itu dengan soalannya. Biar dia rasa. Tengok niat tak baik tu ada je kat mana-mana. Masalah…masalah…
“Okeylah,” jawab Iman Nur Aleeya lemah. Mengiyakan dalam keterpaksaan.
Nasib baik waktu sekarang ni takde orang lalu lalang kat sini. Semua orang dah siap masuk rumah. Budak dua orang ni tak sedar agaknya hari dah semakin dah nak senja.
“Abang Iqram. Iqbal ada tak?” soal Ilham Izany yang sedari tadi menjadi pengadil tak bertauliah mengadili pergaduhan itu.
“Abang rasa ada. Tadi abang ada Nampak dia kat dapur. Entah apa yang dibuatnya? Sibuk je nampak gayanya,” ujar Iqram Daniel sambil matanya mengerling gadis yang berada di sebelahnya.
Iman Nur Aleeya yang berada di sebelah Iqram Daniel menjarakkan diri apabila terasa lelaki itu berdiri terlalu dekat dengannya. Iqram Daniel yang sengaja berbuat begitu tersenyum nakal melihat tingkah gadis itu.
‘Tahu pun takut. Tu baru aku berdiri dekat dengan dia. Kalau aku buat benda lain nanti apa pulak tindakan dia agaknya,’ bisik hati Iqram Daniel lantas tersenyum nakal memandang gadis itu.
‘Isyk… mamat ni bila pulak dia berdiri dekat dengan aku ni? L saja nka ambil kesempatan. Dasar lelaki buaya agaknya,’ bisik Iman Nur Aleeya.
“Zany, nanti pukul berapa nak suruh datang ambil?” tanya Iman Nur Aleeya kepada adik lelakinya itu.
“Emm… pukul berapa ye?” soal Ilham Izany kepada dirinya sendiri.
“Tak apa. Nanti aku tolong hantarkan dia balik,” ujar Iqram Daniel menawarkan diri.
‘Aik! Baiklah pulak,’ peril Iman Nur Aleeya sekadar dalam hati. Karang cakap depan-depan ada pulak yang bertambah episod nanti.
“Tak payahlah. Saya boleh datang ambil dia nanti. Tak payah nak susahkan diri tu,” ujar Iman Nur Aleeya memerli sambil menghadiahkan jelingan kepada iqram Daniel.
Membulat mata Iqram Daniel mendengar kata-kata gadis itu.
‘Eh! Orang nak tolong pun sombong,’ bisiknya.
“Eleh! Aku cuma nak tolong aje. Itu pun salah. Jual mahal. Tak berterima kasih langsung. Sombong betul kau ni kan,” ujar Iqram Daniel bengang.
Iman Nur Aleeya mencebik lantas memuncungkan bibirnya.
Ilham Izany pulak menggelengkan kepalanya.
‘Hai… angah aku ni ade je,’ bisik hati Ilham Izany pula.
“Aik! Nak gaduh lagi ke korang berdua ni?” soal Ilham Izany mencelah apabila melihat ketegangan di antara angahnya dengan lelaki itu.
Kedua-duanya memandang antara satu sama lain lantas berpaling ke arah Ilham Izany.
“Tak apalah angah. Nanti Zany minta tolong Iqbal tolong hantarkan. Angah tu bukan Zany tak tahu bukannya boleh kena angina malam. Nak-nak naik motosikal. Sejuk tu. Tak pasal-pasal demam pulak. Baik angah duduk je kat rumah. Zany pun tak pasti pukul berapa habis discuss dengan Iqbal nanti. Angah tak payah risaulah. Zany kan lelaki. Pandailah jaga diri. Angah tu perempuan. Dah nak senja ni. Angah hati-hatilah balik tu nanti,” ujar Ilham Izany bersungguh-sungguh. Panjang lebar celotehnya. Ambik kau sekali dia bagi.
Iman Nur Aleeya termanggu-manggu.
Iqram Daniel pula terdiam. Memberi laluan dua beradik itu bercakap. Dia menjadi pemerhati.
“Emm… kalau dah Zany kata macam tu, angah nak cakap apa lagi. Okeylah, angah balik dululah. Jaga diri kamu elok-elok. Kat sini ada ‘singa’. Karang tak pasal-pasal kau kena dengan ‘singa’ tu,” ujar Iman Nur Aleeya selamba sambil memandang ke arah Iqram Daniel.
Membulat mata lelaki itu mendengar kata-kata gadis itu. Matanya menikam tajam memandang Iman Nur Aleeya. Gerun pula gadis itu melihatnya.
‘Baik aku pergi cepat. Karang tak pasal aku kena,’ bisik hatinya.
Iqram Daniel masih memandangnya dengan pandangan geram.
‘Cis! Berani dia kata aku singa. Eh! Tapi dia tak kata pun nama aku? Ah! Memang sahlah dia mengata aku. Sebabnya aku je ada kat sini. Mana ada orang lain lagi. Nak mengata orang dia pun sama dua kali lima. Singa betina,’ bisik Iqram Daniel mengekori langkah gadis itu dengan ekor anak matanya.
Iman Nur Aleeya menghampiri skuter purplenya.
“Habis skuter aku. Alahai… kemek lagi. Adui… kesian kau calar sana sini. Takpe nanti kita pergi ‘klinik’ ye. Kita rawat mana yang ‘sakit’ ye,” ujar Iman Nur Aleeya kepada skuternya itu sambil mengosok-gosok permukaan yang ‘cedera’. Hai… skuter tu yang ‘sakit’ kea tau budak Aleeya ni yang ‘sakit’. Ada ke cakap dengan bendatak bernyawa tu. Bukan pun benda tu boleh bercakap pun. Aleeya… Aleeya…
Iqram Daniel pula melihat gelagat gadis itu tanpa sedar tersenyum.
‘Ada jugak orang taka care macam ni,’ bisik hatinya.
Iman Nur Aleeya mencapai helmetnya yang diletakkan di atas cermin sisi skuternya. Sambil memakai helmet matanya memandang tajam ke arah Iqram Daniel yang sedang memerhatikannya. Dia terus menghidupkan skuternya itu. Cubaan pertama tak hidup.
‘Aik! Apa hal pula ni?’ bisiknya.
Dicuba kali kedua. Masih tak hidup.
“Kenapa angah?” tanya Ilham Izany lalu menghampiri angahnya itu.
Iqram Daniel hanya memandang di situ. Tersenyum sinis. Cis! Bukan nak tolong. Tolong tengok je adalah. Apa da…
Iman Nur Aleeya dah mula bengang.
Dicubanya kali ketiga. Kali ni Berjaya.
‘Hah! Hidup pun,’ bisiknya.
Ilham Izany tersenyum. Angah aku ni memang hebat. Ceh!
“Okey Zany angah balik dulu. Assalamualaikum,” ujar Iman Nur Aleeya. Sebelum berlalu pergi sempat lagi dia berpaling lalu menjelirkan lidahnya kepada lelaki itu tanda ucapan selamat tinggal. Huhuhu… Terkejut Iqram Daniel.
‘Eh! Minah ni. Biar betul? Sah-sah layak isi borang masuk Tanjung Rambutan. Aih… ada jugak minah pelik macam ni ye…’ bisik Iqram Daniel lantas menggelengkan kepalanya.
Dengan deruman yang sengaja dibuat, gadis itu memecut skuternya dengan laju. Terkejut Iqram Daniel melihatnya. Fuh! Lajunya. Mdah macam minah rempit je lagaknya.
Sempat lagi adiknya melaung berpesan.
“Angah! Hati-hati,” jeritnya.
Iman Nur Aleeya yang mendengar sayup-sayup mengangkat tangan lantas melambai.
Iqram Daniel menghampiri keretanya itu. Nampak kesan kemek di bumper keretanya ituu. Aai.. kena pi ketuk pulaklah nampak gayanya. Lantas dia masuk ke dalam keretanya itu lalu menghidupkan enjin. Terbantut aktivitinya untuk hari ini. Semuanya gara-gara ‘minah singa betina’ tu. Woo… dah ada nama gelaran. Dimasukkan semula kereta itu di bawah garaj.
Iqram Daniel melintasi mamanya yang kebetulan berada di luar rumah. Pelik Datin Maysarah melihat anak terunanya yang masam mencuka. Langsung tidak ditegurnya Datin Maysarah di situ.
‘Ada masalah agaknya,’ bisik hati tuanya.
Ilham Izany pula menapak masuk ke halaman rumah itu.
Di situ dia terserempak dengan ibu Iqbal, datin Maysarah.
Datin Maysarah menjemput Ilham izany masuk ke dalam rumah. Sambil menunggu Iqbal Daniel, Ilham Izany berbual-bual dengan Datin Maysarah. Tahulah dia apa yang menyebabkan anaknya itu bermasam muka.
‘Patutlah muka budak tu masam semacam je tadi. Rupa-rupanya begitu ceriatnay…’ bisik hati Datin Maysarah.
Terdetik juga hati Datin Maysarah untuk mengenali kakak Ilham izany itu.
“Macam mana agaknya rupa gadis itu agaknya?” soalnya seorang diri apabila Ilham Izany meminta diri untuk ke bilik Iqbal Daniel.
“Hai… ada jugak perempuan yang tahan bertikam lidah dengan di Iqram ni. Berbisa jugaklah tu. Sesuai ke jika digandingkan? Tak meletus ‘perang’ ke? Takpe kita cuba dulu. Mana tahu lain pulak hasilnya nanti. Jadi lebih baik mungkin,” ujar Datin Maysarah seorang diri. Hai… lain macam je bunyi rancangan tu. Hehehe… ada jugak yang merasa nasi minyak ni. Oppss…
maaf ade kesalahan ejaan
BalasPadam